Skip to main content

Turki..tandas paling mahal di dunia?

Setelah beberapa jam didalam perjalanan,bas berhenti disebuah R&R untuk solat subuh. Kami diberi masa sekitar 1 jam untuk buang air,solat dan makan. Adik-adik sudah mendahului turun dari bas menuju tandas. Setelah mata agak celik,saya pun menyusul mereka. Pelik! Dari jauh kelihatan adik-adikku itu masih diluar,belum masuk ke bilik air.

“ Kenapa tak masuk lagi ” tanya saya dengan mulut yang dikawal kerana belum berus gigi

“ Macam biasa...” jawab mereka

“ Yaallah..” keluh saya sambil mengeluarkan dompet dan menyerahkan 1 lira setiap orang untuk membolehkan mereka beratur untuk masuk ke bilik air.

Itulah fenomena paling menyebalkan ketika berada di Turki. Dimana-mana pun kena bayar masuk tandas. Tak kisahlah tu. Masalahnya mahal! Standard rate ialah 1 lira Turki-2.50 rm. Kami 10 orang dalam rombongan. Tiap kali nak masuk tandas kena keluarkan rm25. Tak aci betol!!! Semua toilet tak terkecuali. Yang dikampung mahupun dibandar. Malah ada juga bilik air dikampung yang menggunakan sistem penghadang besi,yang bila kita masukkan duit,dia akan bergerak dan kita boleh masuk. Ala..macam nak naik LRT tu. Canggih tak?

8 hari di Turki mengukir banyak sekali kenangan yang tak boleh dilupakan(ayat biasa bila cerita pasal kenangan) Yang manisnya banyak.. Hanya 2-3 yang pahit. Alhamdulillah. Kepahitan itu perlu untuk kita mengekalkan rasa hamba kepada Tuhan. Tapi memang susah nak redha kalau nak masuk bilik air pun kena keluar sampai 25rm kan? Ish..kenapa ulang ni?

Gabungan Eropah dan Asia menjadikan Turki adalah antara negara yang terkenal dengan keindahan semula jadinya. Pengalaman selama disana membuatkan hati jatuh cinta kepada negara yang pernah menjadi empayar suatu ketika dulu. Di tangan Sultan Mohd Al Fateh islam berjaya menawan konstantinopel dari tangan tentera kristian. Perihal konstantinopel akan ditawan itu sendiri sebenarnya telah pun disabdakan oleh Nabi Muhammad 700 tahun sebelum itu. Maka para sahabat yang ikut sama mendengar kata-kata nabi itu berlumba-lumba merebut peluang berharap ditangan mereka lah akan berlakunya kejayaan itu.
Di makam Sultan Mohd Al Fateh



Salah seorangnya ialah sahabat yang bernama Abu Ayub Al Ansari. Namun,sudah ditakdirkan bahawa dia bukan lah orangnya. Dia akhirnya meninggal dunia sebelum sempat melihat peristiwa itu berlaku. Makamnya yang terletak betul-betul dipintu masuk konstantinopel menjadi bukti bahawa dia pernah mencuba untuk membenarkan kata-kata Rasul itu. Kini,menjadi tradisi setiap pemimpin yang baru naik di Turki akan berziarah ke makamnya untuk mengambil keberkatan.

Di makam Abu Ayub Al Ansari



Turki yang berjaya membina empayar ditangan raja,rakyat dan tentera yang terbaik itu kini sudah jauh dari apa yang pernah dikecapinya. Ia tidak lagi menjadi sebuah negara islam yang cukup kuat dan berwibawa dimata dunia. Saya kira untuk itu Malaysia kini jauh mengatasi.

Kelihatan kubah dan menara Masjid Biru



Rata-rata ummat islam disana berpegang dengan mazhab Hanafi. Katanya mazhab Hanafi membenarkan memegang anjing. Jadi disana orang islam kebanyakannya membela anjing dirumah mereka. Saya rasa anjing di Turki lebih banyak dari anjing yang ada di Thailand. Adik saya,Sofwah paling takut anjing. Kalau berjalan di Thailand dan Turki,langkahnya memang terhadlah. Jenuh kami meyakinkan bahawa anjing tu kalau kita tak lari dia tak akan kejar. Entah betul ke tidak teori tu saya pun tak tahu..

Hai,saya sofwah. Saya takut anjing. Kucing saya suka..



Antara hal lain yang memberi kesan kepada saya ialah tabiat orang Turki yang gemar berjalan kaki.

“ Jalan kaki ni badan sihat,” kata Mohamad,pemandu pelancong yang mengiringi kami

Kami hanya mampu tersenyum pahit setelah hampir 2 jam dibawa berjalan kaki. Bila kita tanya,berapa jauh lagi? Mereka akan berkata,dekat je. Depan tu je. Sikit lagi je. yang jelas,didepan kami ialah jalan yang masih panjang.

“ Kita ambil teksi jelah,” desak kami

“Teksi tak nak ambil,sebab dekat sangat,” Mohamad menjawab sambil tersenyum riang. Tak pasti apakah kerana dia terlalu gembira dapat berjalan sebegitu lama atau dia mengetawakan kami yang sudah tidak mampu berjalan tegak!

Memang kadang-kadang kasih sayang Tuhan itu berada dilipatan kesusahan.

Turki..mg Tuhan rezkikan kami menjejakimu lagi.

Untuk mereka yang suka melancong,Turki adalah tempat yang sangat baik untuk tujuan itu. Hanya saja anda harus siapkan budget khusus untuk tandas ye :-)

Dipintu masuk Muzium Tokapi

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...