Skip to main content

Hukum mewujudkan alternatif

Salam semua..
Hidup ini satu pilihan. Tuhan memberi kita hak untuk memilih. Pilihannya cuma dua. Jalan yang baik dan jalan yang buruk. Tidak ada jalan tengah-tengah untuk mereka yang tidak mahu memilih diantara dua jalan itu. Kerana dihujung jalan itu hanya ada dua penyudah,syurga dan neraka. Tidak ada pilihan bagi mereka selain kedua itu. Kita tak pernah dengar pula kalau siapa yang tak nak ke syurga(ada ke?) atau neraka,boleh tinggal kat dunia. Tak pernah kan? Hmm.. Jadi itulah dia..

Kita melihat fenomena dunia hari ini penuh dengan pelbagai pilihan. Ambil contoh pilihan jenama beg. Ada orang suka prada,ada yang suka louis vuitton,chanel,ada yang suka jenama swan(hanya untuk 12 tahun kebawah) ade juga yang hanya suka ber beg kertas ataupun plastik. Terpulang pada selera masing-masing ye. Tapi,jika satu hari ada syarikat yang datang mengatakan semua jenama beg tu tak bagus,mahal,tak cantik,jangan beli dan sebagainya,syarikat itu WAJIB lah mewujudkan satu alternatif kepada jenama beg yang sedia ada. Kan? Yelah.. beg tu satu keperluan. Takkanlah nak pergi travelling,bawa baju dengan tangan kan? Jadi,pihak yang melarang itu mestilah memperkenalkan satu jenis beg yang lebih baik dari apa yang dikatakan. Supaya masyarakat boleh memilih. Jika ternyata beg mereka memang bagus,pasti masyarakat akan beralih kepada jenama itu. TAPI,kalau beg itu sebenarnya hanya indah khabar dari rupa,janganlah syarikat beg itu marah kepada orang-orang yang akhirnya kembali menggunakan beg jenama kesukaan mereka sebelumnya. Fair kan? Setiap orang mendapatkan hal yang sama. Setelah itu hendaknya janganlah ada pihak yang bermasam muka. Terima seadanya. Kalau memang tak berpuas hati dengan pengguna beg swan,doakanlah. Moga hati mereka terbuka untuk beralih kepada beg adabi(jenama ni tak pasti ada ke tak) Tak mau gaduh-gaduh. Nanti mula lah nak gaduh kat FB la,twitter la,blog la..Tak mau tak mau..Tak mau buat benda-benda macamtu..

Ok..itu saja. Memang,tak semua hal boleh dikiaskan dengan perkara kat atas tu. Tak apelah..kita kiaskan mana yang boleh je la eh. Wallahu a3lam..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...