Skip to main content

Hangin satu badan!

Aku termasuk dalam kategori orang yang susah untuk jatuh sakit sebenarnya. Orang kata antibody kuat ye? Nak demam panas sampai melarat-larat tu setahun sekalipun payah.
Tapi tahun 2012 menjadi tahun yang paling banyak aku jatuh sakit. Demam,masalah perut,pendarahan dalaman dan macam-macam lagi. Mudah-mudahan itu adalah cara Tuhan untuk menghapuskan dosa-dosa yang dah menimbun seiring dengan peningkatan usia. Nak harap aku sendiri tebus dosa,memang tak tertebuslah rasanya. Banyak sangat. Tapi dengan sakit ni harapnya dapatlah tertebus sikit-sikit.

Waktu tahun pertama di Jordan dulu aku ni memang degil. Degil dengan cuaca. Kalau winter tu boleh je melengging dengan tshirt nipis. Stokin pun malas pakai. Rasa macam kuat gilelah kan. Tetapi kesannya sangatlah aku rasa bila dah balik Malaysia. Aku diserang semput kesukaran bernafas. Selalu rasa macam nafas tu berat sangat. Tak tau nak tarik nafas ikut mana. Lepastu setiap pagi aku akan muntah kuning atau hijau. Sempat jugaklah Ummu curiga. Ingat kot ada apa-apa. Astaghfirullah..

Tahun demi tahun barulah aku sedar sebenarnya sakit-sakit yang aku alami itu ialah berpunca dari angin. Angin kan ibu penyakit. Semput aku tu ingatkan sebab asma ke sakit jantung ke. Tapi bila cek ke doktor pakar,dia kata takde masalah apapun dengan sistem pernafasan aku. Organ semua ok je. Maka doktor pun nasihatkan aku untuk elakkan makanan yang terlalu pedas,yang berangin dan sewaktu dengannya. Tapi biasalah kita,ada ke nak dengar nasihat doktor? Waktu nilah konon tauhid kuat sangatkan,cakap takpe je makan semua tu,Tuhan yang akan beri kesan. Huhu..

Tulang-tulang aku pun rasa macam bermasalah. Bila sejuk sikit,dia macam berkeriuk. Rangup ke apa? Tapi memang ada tengok iklan kata wanita Malaysia ramai yang sakit tulang. Rheumatism ke apentah nama dia. Aku salah sorang la tu. Pulak tu jenis tak suka minum susu. Memang mengundangla. Diet seimbang tu macam dongeng je kot bagi aku. Langsung tak ambil berat. Aduii..

Ni pun aku baru je sembuh dari sakit tekak selama seminggu. Ini bukan sakit tekak main-main,ini memang serius sebab membuatkan susah nak makan banyak. Sakit dia Tuhan je tau. Yela..mata ikan ada sebiji kat bibir pun sakit kan. Ini siap ada 2-3 lagi betul-betul kat anak tekak dan sekitarnya. Pandai betul depa pilih pot untuk berserambi. Nak minta Tuhan sembuhkan,malula pulak. Sebab sihat dah lama sangat. Baru seminggu kot sakit. Aku hanya mampu harap moga sakit ni buatkan aku makin dekat dengan Tuhan.

Tapi kira sekarang ni aku dah pandai sikitla nak jaga kesihatan. Walaupun makanan berlemak tetaplah sukar dielakkan. Tapi dah pandai tidur pakai stokin. Makan angin-angin pun lepastu akan minum air panas ke,sapu minyak ke,supaya tak melarat. Tak angkat berat-berat dah,tak lompat-lompat. Kira prestasi semakin baiklah.

Maka suka untuk aku nasihatkan pada korang yang masih muda belia tu untuk jagalah kesihatan baik-baik. Bagi yang duduk diluar negara tu jangan jadi macam aku. Kita ni bukan kebal. Apalagi kereta kebal! Wali tidak,karamah pun tarak. Memang Tuhanlah yang akan memberi bekas. Itu wajib kita yakin. Tapi Tuhan juga minta kita berusaha. Macam lepas bersalin kenalah pantang untuk sembuh. Bukannya main redah je lepastu rasa Tuhan yang akan matikan. Orang yang jaga kesihatan pun boleh je Tuhan matikan,apalagilah yang kalau tak jagakan? Ok salam..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...