Skip to main content

AIO - Kulli Fi Wahed

AIO. Singkatan untuk All In One. Istilah yang diambil untuk pertandingan pencarian bakat anjuran Abuya dan Ummu sejak di Labuan dulu. Tidak hanya mencari bakat nyanyian/lakonan,tapi turut memfokuskan kepada mereka yang petah berkata sebagai pembawa acara,pendeklamator yang lantang dan lain-lain bakat lagi. Sebab tu disebutkan all in one-semua dalam satu. Sekarang dinaik taraf ditambah bahasa arab yang berbunyi kullu fi wahed (aku pun tak pasti betul ke tidak terjemahannya tapi macam sedap pulak bunyinya).

Idea bermula bila kami GH adik beradik kandung (yang lain tu adik beradik tak kandung) diagih ke beberapa negeri/zon. Bila dah agih,wajiblah mencari tenaga baru untuk menampung kekosongan yang ada. Dengan kerjasama TVIkhwan sebagai penyiar rasmi,Kementerian Kebudayaan yang meminjamkan ramainya jasa-jasa yang berbakti,dan digembelinglah tenaga GH dari semua negeri maka bermulalah program AIO untuk musim yang pertama ini. Dan GH Borneo telah menjadi pencetus dengan memulakannya di Miri. Bravo 3aleikum! Dipaksa dan diasaklah para remaja disana untuk mengeluarkan segala bakat yang terpendam mahu pun yang nyata! Dan setelah itu dilancarkanlah pula ditengah,utara dan pantai timur. Memang agak ralat bila tak dapat jejak ke selatan,Negeri Sembilan.. Takpe nanti kita buat kat situ pulak. Oh ya.. AIO ini juga sedang berlangsung di Indonesia. Apalah cerita mereka agaknya?

Pada 5/3/2014 bermulalah sesi perkampungan kami dengan 20 orang peserta yang telah disaring dari sekian ramainya yang menyertai ujibakat. Masyaallah.. Terkejut terpaku terpana kami melihat ramainya bakat-bakat yang dahsyat! Rasa lega sangat kalau nak bersara pun! Umur muda-muda lagi tapi kebolehan luar biasa. Ummu sebut,Allah yang buat. Bukan ada sapa ajar pun. Dan tugas kami bukan nak kerah bakat depa dah,cuma nak bantu sama-sama hidupkan jiwa. Bakat tanpa jiwa : sia-sia tak kemana.

Hari pertama para peserta kelihatan blur dan sugul akibat terpaksa berpisah dengan kawan-kawan dan berjauhan dari tempat asal. Allah.. Bukanlah berasal dari Eropah ke,Timur Tengah ke.. Selayang je pun! Ada tu dari Kuang! Puchong! Tapi cara nangis tu,hish.. Bila aku bagitau yang mereka nanti tak boleh balik ke tempat asal dah,semua pakat tunduk. Paksa rela paksa! Takpe.. Kita percaya pada kuasa sebuah doa kan.. Ha sekarang ni kalau nak hantar balik ke tempat lama,mulalah tacing tahape2!

Jadual harian bermula seawal bangun tidur. Diajak kemaskan ibadah,selawat,mengaji dan sebagainya. Dan disusunlah kelas-kelas kebudayaan seperti kelas lakonan,kelas vokal,sajak,lontaran suara,tarian dan lain-lain. Yang utamanya ialah kelas motivasi membangun jiwa para peserta dan juga tenaga pengajar yang terlibat sama. Para peserta diberikan tugasan yang wajib dilunaskan pada persembahan setiap minggu. Ingatan untuk kami tenaga pengajar kononnya ni ialah dari AIO ni lah kita nak lahirkan sebanyaknya pelapis yang akan sama-sama menjadi pejuang budaya islam. Sepertilah kita juga dilahirkan dan dilatih oleh Abuya dan Ummu bertahun lamanya,apakah kita tidak rasa bersalah andai ilmu yang sangat berharga itu tidak kita kongsikan dengan anak bangsa? Ok ucapan semangat macam hari kemerdekaan! Dengan niat nak bayar hutang yang takkan terbayar itulah,maka kita gagah untuk ambil peranan ini! Disamping kita juga boleh belajar dari mereka para peserta.

Persembahan minggu pertama berlangsung di BCH Rawang. Setelah itu diangkutlah sekalian peserta menghala ke Utara iaitu Kampung Pochan. Dan kini dah hampir 3 minggu berada di Gong Kulim,Kelantan. Bila dah lama duduk sekali ni,mulalah timbul masalah bila nak berpisah. Tuhan lah yang mengikat hati untuk mengeratkan kasih sayang sesama kami. Awal-awal tu renyah jugaklah. Sekarang ni dah sebati,dah rasa macam adik-adik sendiri. Terima kasih Tuhan..

Semua peserta yang ada ni alhamdulillah telah kami sapu bersih untuk diserap menjadi GH disetiap negeri. Ummu pun pesan macamtu. Bahkan Ummu telah pun rasmikan Akademi Generasi Harapan yang diharapkan dapat mengumpul seramainya tenaga/pejuang atas nama kebudayaan islam. Berkebudayaan cara Abuya bukan sekadar nak jadi artis,tapi nak jadi abid pejuang pembela Allah dan Rasul. Misinya senang dikata,payah dikota. Mengharapkan doa yang dipanjatkan supaya Tuhan akan memandu semuanya.

Sekelip mata saja,eh taklah sekelip mata sangat. Berkelip-kelip jugaklah.. Allah hadiahkan team baru yang diharapkan dapat menambah meriahkan lagi persada seni budaya islam. Harapnya TVIkhwan pun bakal meriahlah dengan pelbagai bahan yang akan dihasilkan. Kamera dah dapat sorang satu bahkan ada yang 2 kan? Ha.. Silalah jangan sia-siakan! Sape yang tak buat bahan,maka akan diambil kembali semua kemudahan. Hehe.. 

Doakan kami doakan kami doakan kami.. 

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...