Skip to main content

Macamana engkau boleh tanya soalan tu?

Baru ni saya dengar rakaman talk show di radio bincang tentang Kelab Taat Suami. Rancangan tu dah lama dah. Tapi baru la ni cek dapat dengar.

Seru abes bak kata orang indon bila dengar diskusi tu. Salut tengok keberanian Dr Azlina menjawab dan sesekali membidas ahli panel yang lain yang bukan calang-calang orangnya. Siap naik tangan lagi tu. Dahsyat.

Tapi saya rasa yang lebih dahsyat bila dengar satu kenyataan dari salah satu panel yang berkata pada Dr Azlina,kenapa semua hal nak kaitkan dengan Tuhan? Dia cakap omputih. Lebih kurang gitulah terjemahnya.

Ha? ternganga den. Boleh ke kita tanya soalan macam tu? Kita ingat yang kita dok kat bumi ni warisan nenek moyang kita ke? Atuk kita ke yang buat langit tu? Opah kita ke yang bagi nafas? Pakcik makcik kita ke yang bertukang buat laut dengan ombak tu?

Saya yang tak sekolah tinggi dalam mana-mana bidang ni pun tau yang tak sepatutnya soalan tu diajukan oleh orang yang mengaku ada sijil besar dalam bidang agama. Assalamualaikum..Kalau Tuhan stop kan nafas kita,tak yah lama-lama lah,3 minit cukup,confirm allahyarham tau! Allah..

Topik yang dibincangkan tu ialah pasal isteri nak kena taat suami. Yang suruh taat suami tu Allah. Mestilah nak kena cakap pasal Allah. Memang pun hidup kita ni dipenuhi dengan Allah(ciptaan,kuasa,kasih sayangNya dll) Yang lagi lucu bila soalan tak relevan tadi disambut dengan kata-kata,ye..kami pun muslim. Ok..mengaku muslim,tapi lagi mau tanya pasal apa nak kena cakap Allah kerap-kerap.

Rasanya kalau terkait dengan hal dunia ni,kita dah cukup ekstrem sangat dah. Tapi bila masuk tang Allah,semua pakat cakap.. Ala..Allah-allah lah jugak. Tapi tak perlulah ekstrem sangat. Sekali Allah terbalikkan bumi baru tau!

Cakap-cakap macam ni pun sebenarnya kena kat batang hidung sendiri yang memang tak mancung langsung! Padahal Tuhan yang bagi segala-gala-gala-gala-gala-galanya,tapi asik lupa je kat Allah. Kalau betul lah kita ni hamba yang benar-benar cinta dan takut kat Tuhan,Allah tu memang tak pernah lekang dari hati ni ha. Macam orang dok bercintalah. Angau dengan Allah.

Aku masih sibuk angau dengan dunia! Fa'fu "anni Ya rabb..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...