Skip to main content

Sedangkan mulut tempayan pun boleh ditutup..

Bila difitnah,dihina,dicaci maki,diaibkan ada juga terasa geram dihati. Tetapi bila sudah semakin sering dilemparkan dengan segala macam kejian terasa geli pula hati. Kerana kadang-kadang apa yang dilemparkan itu bukan sahaja jauh panggang dari api tetapi jauh bagaikan langit dan bumi. Lucu bila memikirkan agaknya bagaimanalah cerita karut ini boleh sampai dijadikan topik utama dikalangan mereka. Kalaulah mereka tahu bahawa apa yang mereka keluh kesahkan itu tiada langsung kebenarannya pasti mereka akan menepuk dahi dan berkata,buang masanya..!

Belajar dari Ayah yang tidak pernah mengambil kira cacian orang padanya membuatkan kami juga bagaikan diberi kekuatan untuk menghadapinya. Tuduhan yang mengatakan kita hanya mengecapi kesenangan hidup itu dinafikan oleh mereka yang melemparkan tuduhan itu sendiri. Buktinya..senangkah hidup seseorang itu bila kerap kali ditodong dengan pelbagai hinaan?

Sebagai manusia biasa yang tidak lepas dari segala dosa,setiap caci maki yang dihamburkan dijadikan bahan untuk koreksi diri. Kita cukup sedar dengan kelemahan yang Tuhan bekalkan dalam diri setiap anak Adam. Kita tak mungkin dapat menampung segala kekurangan itu melainkan hanya terus berharap agar segala ujian itulah yang menjadi penebus pada setiap dosa yang dilakukan. Dalam masa yang sama,kata nista itu hanya mengingatkan kita bahawa,jika memang mereka lebih baik dari kita,mereka pastinya tidak akan menggunakan kata-kata kesat untuk 'menegur' kesilapan yang kita lakukan. Sedangkan Rasulullah mengambil pendekatan yang cukup baik dan lembut dalam menghadapi musuh-musuh Baginda. Dan kalau mereka merasakan mereka lebih baik dari orang yang dihina,belajarlah dari Baginda Rasul dalam menyampaikan dakwah secara hikmah. Sedangkan orang yang mereka keji itu nampaknya lebih mendahului dengan mengambil sikap sabar dan berlapang dada persis seperti yang diwariskan junjungan mulia. Jadi..rasanya lebih baik kita berlumba-lumba untuk menjadi yang terbaik didalam mengikuti ajaran Allah dan RasulNya.

Masih berbekas difikiran bila terpaksa menanggung derita senggugut yang cukup menyiksakan didalam penerbangan Amman-Rome tempohari. Sampai 3 orang pramugari cukup sibuk ke hulu ke hilir berusaha untuk menyembuhkan 'pesakit tiba-tiba' mereka yang dah pucat sangat macam orang nak bersalin(ok..memang tak ada pengalaman bersalin apa lagi keguguran ye..) Waktu itu apa yang dirasakan hanyalah perasaan nak mati! Sakit melampau! Toleh kiri kanan adik-adik tidur nyenyak. Janganlah depa bangun nanti tengok saya dah keras. Allah.. Disaat itu hanya mampu surrender dengan Tuhan dan berulang kali saya ucapkan didalam hati,Tuhan..saya memang tak tahan menghadapi sakit ini. Tapi saya tahu,semakin sakit saya,hakikatnya itulah ukuran dosa saya. Tolong Tuhan..jadikan kesakitan ini sebagai pemadam api neraka yang sedang menyala untuk saya. Saya akan sanggup bersabar dengan harapan terpadamlah segala bintik hitam dihati.. Yang boleh nak cakap macam tu pun sebab memang dah sakit gila. Takut mati dalam keadaan tak redha lagi naya. Walaupun begitu,setiap hari berdoa agar bulan depan tak kena dah! Hehe..

Rindu pada Abuya. Menghadapi mereka yang berhasad dengki itu semakin menyuburkan ingatan pada Ayah yang sedari dulu mengajarkan agar segala ujian dijadikan hiburan. Kita berharap biar Tuhan yang mengadili walau manusia penuh iri hati. Hmm..mulut tempayan pun boleh ditutup..

Comments

Manismadu84 said…
mulut manusia pon boleh ditutup....lama dh add khaulah di fb tp tak approve...harap khaulah dapat follow saya balik ea...(nama khaulah sama dengan nama ank saya-khaulah mardeeyah)

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...