Skip to main content

Dari dapur sampai ke bulan

Saya masih ingat sewaktu salah seorang abang saya berkahwin,waktu tu sekitar tahun 2005,ada satu isu yang timbul yang menyebabkan perbalahan antara kami. Ala..bergaduh kecil-kecilan. Bukanlah sampai jadi macam kat Libya tu. Tapi,kecik-kecik pun,isu tu tetaplah menjadi bahan fikiran saya sampai ke hari ini.

Topik yang menjadi perdebatan kami melalui Yahoo messenger(saya berada diJordan dan abang ada diMalaysia) waktu itu ialah,bagaimanakah ciri-ciri wanita solehah itu?

Abang berpendirian bahawa,wanita yang baik itu ialah isteri yang pandai menguruskan suami,anak-anak dan hal ehwal rumahtangga dengan baik. Tempatnya pula adalah dirumah/didapur,tepat seperti gelaran suri rumah untuknya. Dikepala saya terbayang seorang wanita cantik,ayu,putih,sedang bersanggul,berkain batik,tangan kanan mengendong anak,dan tangan kiri mengacau gulai diatas dapur. Tiba-tiba bunyi hon kereta suami,dia akan bergegas lari mendapatkan suaminya,salam,dan menguruskan pula makan minum pakai suaminya.
Sedangkan saya pula berpendapat bahawa,isteri yang baik itu bukan sahaja dapat menjadi seperti wanita cantik diatas,tapi dia juga ialah seorang wanita yang mampu menyisakan sedikit waktunya untuk turut berkhidmat kepada agamanya. Tak semestinya jadi tokoh wanita macam Ustazah Dato’(dato’ ke ustazah dulu?) Siti Bahyah. Tapi cukup sekadar dia pandai mengabdikan dirinya tidak hanya untuk kehidupan peribadinya,tapi juga untuk masyarakat. Walaupun yang saya bayangkan juga ialah wanita cantik diatas(setelah anak tidur dan gulai dah habis dimakan suami) sedang berdiri diseminar antarabangsa bercakap tentang isu-isu global hingga boleh menjadi tempat rujuk didalam satu-satu permasalahan.
Sebenarnya tak ada salahnya dengan dua ciri wanita yang disebutkan. Dua-dua pun ok. Namun apa yang menimbulkan ketegangan urat jari kami waktu itu ialah(sebab gaduh sambil menaip) bila abang menyebutkan tentang TEMPAT. Tempat isteri yang baik itu hanya dirumah,katanya. Marahlah saya! Tak pastilah marah pasal saya memang suka berjalan ke apa. Tapi saya rasa macam tak fair la kan. Sebab kemampuan setiap orang lain-lain. Memang ada wanita yang kelihatan cantik bila didapur,tapi macamana pula dengan wanita yang lebih cantik bila dia berada dipejabat atau dipentas mahu pun dewan? Ada wanita yang diberikan akal untuk hanya berfikir soal rumah,langsir,pasar,penyapu,vacuum atau blender. Tapi ada juga Allah berikan pada sesetengah wanita kepintaran dalam account,computer,kereta,office,mesin faks dan photostat ataupun printer. Sayanglah rasanya,atas nama islam,wanita hanya diletakkan dibelakang tabir sedangkan barat mempamerkan wanita-wanita mereka yang gah menjadi peneraju dunia. Ok..jap! Jangan salah anggap dengan mengatakan saya bersetuju bahawa perempuan boleh jadi pemimpin negara. Tak...yang saya maksudkan ialah,bukankah wanita juga boleh diletakkan pada peranannya dalam membantu hal ehwal sesebuah syarikat,negara dan bahkan dunia.
Sekarang ni pun ada je wanita yang memang aktif diluar rumah,tapi juga cekap didalam rumah. Dua-dua bidang indoor dan outdoor dia boleh kuasai. Bukankah itu lebih baik daripada hanya mampu menguasai satu bidang?

Lupakah kita pada isteri Nabi,Saidatina Aisyah yang disebut sebagai mahaguru para sahabat,wanita yang dimuliakan Tuhan dengan turunnya wahyu pada Nabi setiap kali beliau bersama dengan baginda? Juga pada Ibu Siti Hajar yang Allah nilaikan pengorbanan hebatnya didalam Al Quran sebagai wanita yang turut membangun perkampungan Allah dan Rasul di Mekah. Ramai lagi tokoh-tokoh wanita kebanggaan islam yang kisah mereka tak kurang hebatnya dengan pencapaian tokoh-tokoh dikalangan lelaki.

Saya bukanlah penyokong persatuan wanita yang sibuk melaungkan hak-hak mereka untuk berdiri sama tinggi dengan lelaki. Malah kadang-kadang saya menyampah juga dengan group tu. Saya cuma terfikirkan satu figure wanita yang mampu mentaati Allah,Rasul dan suaminya,menguruskan rumahtangga dengan baik,dan dalam waktu yang sama dia juga keluar membantu menyelesaikan masalah masyarakat,mendekati golongan-golongan yang memerlukan bantuan dan sebagainya.
Pemimpin utama tetaplah lelaki,suami. Sedangkan wanita itu ialah sayap kirinya. Kan orang cakap,dibelakang pemimpin yang baik itu ialah isteri yang baik. Maksudnya,saling lengkap melengkapila kan? Tak terbayang rasanya seorang lelaki,pemimpin hebat,cerdik,handsome(eh tak..) bila dia balik rumah jumpa isteri,dia hanya boleh bercakap mengenai hal ehwal rumah kerana kalau dia cakap pasal saham,isterinya akan tertidur. Ok..saham memang tak faham.. Tapi lebih kurang macamtula kan..

Saya pun teringin juga nak jadi macam wanita yang pertama tadi. Tapi masalahnya saya ni tak dilahirkan cantik ayu putih semua tu. Kesianla kan.. Jadi,mesti nak cari juga satu benda yang sekira-kira boleh coverla semua yang kurang tu :-) Isteri itu perlulah menjadi bidadari dan srikandi. Tapi kalau dah muka macam tak pakai bedak ni,manalah mampu nak jadi bidadari. Paling kurang,kot lah boleh jadi srikandi kan.

Tapi..tapi dan tapi..wahai kaum wanita sekelian..Jika anda sama seperti saya yang konon-konon nak tiru tokoh wanita seperti Siti Aisyah,Siti Fatimah,Siti Hajar(nama depa bukan ada siti tu. Siti tu merujuk kepada puan-dalam bahasa arab) janganlah anda hanya sibuk hendak meniru mereka disudut menonjolnya kepimpinan mereka seperti orang lelaki. Tapi yang paling utama,lihatlah hati mereka terhadap Allah dan Rasul. Perjuangan dan pengorbanan mereka atas nama islam. Jika kita belum pun berusaha kearah itu,nak taat suami pun terkedek-kedek,ibadah pun tunggang terbalik(aku la tu)toksahlah buat malu dengan keinginan kononnya mampu berdiri sama tinggi dengan lelaki. Cukuplah dengan hanya memakai high heel dan berdirilah kita syok sendiri sebab dah rasa sama tinggi dengan lelaki sedangkan Allah memandang dengan benci.
Boleh sama tinggi ke?


Jadi,dalam hal bergaduh dengan abang tadi,dua-dua pun menang sebenarnya. Sebab kita memerlukan kedua ciri wanita itu untuk keseimbangan dunia(dah macam pelajaran sains pulak) Tapi saya menang sikitlah sebab tak naklah duduk dapur je kan. Nakla juga duduk kat kereta,taman bunga dan sesekali boleh sampai ke bulan. Untuk sampai tangan yang menghayun buaian akan menghayun dunia..

Comments

Anonymous said…
bule tahan...sy sokong tu...

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a