Skip to main content

Tuhan lebih tahu..

Tuhan lebih tahu tentangmu dari diriku. Maka,untuk dekat denganmu,aku harus dekat dengan Tuhanku. Kerana Tuhanlah yang memahamkan aku tentang siapa kamu. Aku tidak akan pernah mengenalimu jika bukan Tuhan yang membawamu kesisiku.

Aku tidak pernah membayangkan bagaimana bentuk jalan yang akan ku lewati. Semuanya ku percayakan kepada takdir Tuhan yang maha mengaturkan. Aku tidak percaya dengan usahaku sendiri. Sebaliknya Tuhanlah yang memberikan segala yang terbaik yang kudapatkan hari ini. Maha besar Tuhan.

Jarak yang sering berada diantara kita itu pun aku kira Tuhanlah yang mengisinya. Kadang aku adukan kepada Tuhan betapa hatiku kerinduan. Ajaib. Tuhan tidak pernah gagal dalam menghubungkan hati kita untuk tidak menjauh. Disaat aku punya banyak sekali hal yang ingin aku ceritakan,padamu,aku minta Tuhanlah yang sampaikan. Dan..setiap itulah aku sering mendapatkan jawapan.

Tidak banyak yang engkau tahu apa yang ada dihatiku. Dan aku juga tidak pernah berjaya memberitahumu segala perasaanku. Entahlah..mungkin kerana aku sudah lama percayakan Tuhan untuk menyampaikan semua isi hatiku padamu. Bukan tidak mahu meluahkannya sendiri. Tapi aku takut sekali kalau kata-kataku bakal melukakan hatimu walau mungkin dengan cara yang tidak aku sengajakan.

Kadang aku menangis. Terharu. Mengingatkan betapa Tuhan tidak pernah mengecewakan aku. Ada harapan-harapan yang tidak ku panjatkan sebagai doa. Kerana aku takut kalau-kalau aku sampai mementingkan diri diatas permintaanku kepada Tuhan nanti. Namun seringkali ku dapati bahawa Tuhan menghadiahkan hal yang lebih besar dari apa yang aku dambakan. Aku cemas. Cemas sekali. Jikalau anugerah Tuhan itu tidak dapat ku syukuri,Tuhan akan menarik kembali semuanya.

Aku mahu engkau tahu,jika sekali engkau ingin dekat denganku,aku malah punya keinginan itu seribu kali. Hingga aku takut sekali untuk memikirkannya. Takut jika keinginan itu tidak didapatkan dan aku akan kecewa. Makanya aku selalu membuang kehendak-kehendakku itu jauh-jauh kedalam hatiku. Biar ia tetap mekar dihati tanpa aku sedari. Dengan itu aku akan mampu untuk menjalani hariku tanpamu dengan tetap berbahagia.

Untuk itu,jangan sesekali engkau menganggap bahawa aku tidak berfikir tentang itu. Aku cukup sibuk. Kerana aku yang mencari kesibukan itu agar dapat sedikit melegakan apa yang bergolak dihati ini.

Semua rasa-rasa yang ada ini,aku nikmatinya dengan penuh hati-hati. Janganlah sampai semuanya melebihi dari apa yang Tuhan redhai.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...