Skip to main content

Minggu sibuk-Jerash

Assalamualaikum..

Minggu sibuk sudah bermula. Kembali bersama keluarga besar Bandar Ikhwan Jerash,Jordan. Seronok tengok adik-adik ni semakin masyi(sebati) dengan aktiviti masing-masing. Penambahan beberapa projek baru juga menambah meriahkan suasana disini. Terima kasih Tuhan kerana sentiasa melimpahkan rahmatMu keatas kami. Semoga kami mampu menjadi hamba yang bersyukur.

Bila tengok ahli-ahli baru di bandar ni,bertambah terhibur. 2 ekor kuda,Ibrahim dan Hajar juga 20 ekor ayam membuatkan tak menang tangan hendak mengurusnya. Kesian juga tengok adik-adik yang dah semakin kurus. Maklumlah,muka bumi Jordan yang berbukit bukau ni membuatkan kami seolah berada diatas bukit dan dilereng-lerengnya. Setiap hari kena berlari kebawah bukit,dan mendaki bukit lagi. Mana tak pecah lemak semua. Hehe..
Kadang-kadang binatang-binatang dah sendawa kekenyangan,tapi orang tak sempat nak sarapan. Hai..naik lemak betul menatang-menatang tuh.

Alhamdulillah..perjalanan restoran pun semakin lancar. Secara lahirnya kerana musim sejuk sudah dipenghujungnya dan sekarang memasuki musim bunga. Menurut pengalaman pekerja-pekerja disini,musim sejuk adalah musim yang agak slow berbanding musim yang lain kerana cuaca yang sejuk membuatkan jarang orang yang keluar rumah. Apa lagi restoran ni merupakan restoran pelancongan. Jadi,biasanya orang akan datang ketika cuaca agak panas. Kerana musim panas,angin disini lebih baik. Namun kita yakin bahawa Tuhan memberikan rezki itu tidak tertakluk pada musim.

Tak lama lagi kolam renang dah nak kena isi air sebab bila cuaca agak panas,orang ramai akan datang untuk bermandi manda disini. Tak sabar rasanya menunggu saat mendapatkan teman-teman baru. Inilah kelebihan rakyat Jordan yang sangat peramah(dan juga pemarah) membuatkan mudah untuk mendapatkan kenalan-kenalan baru. Dengan cara itu moga ukhwah dapat dipanjangkan sesama manusia berbilang bangsa.

Dicelah-celah kesibukan itu,tetaplah adik-adik ni sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang diberikan cikgu di Pusat Bahasa Universiti Philadelphia. Ada juga mereka mengeluh terlalu sibuk,tapi insyallah semuanya mereka dapat handle dengan baik. Yelah..waktu usia masih muda nilah hendak mengumpulkan sebanyak-banyaknya ilmu dan pengalaman.

Dalam masa yang sama,team video klip dah sampai dari Indonesia dan Malaysia. Hmm...nak kena bahagi masa juga untuk siapkan projek video klip tu. Rasa macam dah tak ada masa yang tersisa,hanya berharap Tuhan akan berikan waktu yang terbaik untuk kami.

Mohon doa dari semua semoga apa yang dirancang akan berjalan sebaiknya tepat dengan kehendak Tuhan.

Comments

Auni said…
semoga sume berjalan ngan baik.amin. :)

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...