Skip to main content

Cinta tanpa syarat

Pernahkah kau mengalami satu perasaan cinta yang datangnya dari lubuk hati terdalam kepada seseorang? Rasa cinta yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Hingga kadang menimbulkan rasa sakit didada. Cintakan seseorang dengan sepenuh hati hingga engkau sama sekali tidak mengharap balasan cinta darinya kerana engkau merasa tidak cukup sempurna untuk layak dicintai olehnya. Saban hari engkau berharap agar dia yang dicintai akan diberikan kebahagiaan oleh Tuhan selama-lamanya.

Disudut hati engkau sanggup untuk melakukan apa saja,berkorban segalanya,namun hakikatnya egkau terlalu lemah untuk mengotakan keinginanmu sendiri. Tapi betapalah engkau ingin sekali nyatakan bahawa kelemahan itu tidaklah sampai menafikan kecintaanmu padanya. Hanya kerana engkau memang seorang manusia biasa yang punya seribu satu kekurangan yang belum tertampungkan. Kau panjatkan doa pada yang maha esa,nyatakan padanya betapa engkau sangat mencintai dia. Dan..berharap cukup Tuhan yang menjadi saksi cinta.

Cinta tanpa syarat..Engkau sanggup memberi tanpa menerima. Sanggup mencintai tanpa dicintai. Sanggup berkorban dan terkorban. Sanggup memberi perhatian tanpa diperhatikan.

Cintamu jauh dari cemburu. Tiada hasad dengki. Ia benar-benar murni dan sejati.

Bahagianya bila mampu mencintai dengan sebenar cinta. Untuk mereka yang terlalu berjasa. Untuk mereka yang telah melakukan semuanya untuk sampai engkau mampu bahagia dalam derita.

Comments

Auni said…
interesting! :)
Anonymous said…
mendalam maksud kate-kate entry kak khaulah ni..=)..bahase yang indah..

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...