Skip to main content

Penulisan lebih tajam dari mata pedang

Assalamualaikum..


Ada orang menulis kerana hobi,ada yang kerana minat,ada juga kerana mencari rezki. Tak kurang yang menulis untuk populariti,ada yang untuk mencaci maki,dan bermacam-macam tujuan lagi.

Tapi tahukah kita bahawa penulisan itu lebih tajam dari mata pedang? Kalau pedang yang tajam yang selalu keluar cahaya ting ting tu,boleh sampai memenggal kepala dengan sekali hayunan,bayangkan..penulisan itu bahkan boleh memenggal hanya dengan mata pena. Dahsyatnya..

Kerana itu,kita harus lebih berhati-hati dalam menulis ni. Kalau yang kita tulis itu berbentuk umum,peribadi dan sebagainya,itu masih boleh tahan. Tapi jika kita merupakan seorang penulis dimajalah,atau akhbar,atau pun wartawan yang membuat liputan,dan kita menulis mengikut kefahaman kita,itu mesti diteliti dengan baik. Apakah tulisan kita kelak akan sampai menimbulkan pecah belah,atau pun dengan tulisan kita akan menyelesaikan masalah. Semua itu harus diambil kira kerna setiap perbuatan kita akan ditanya.

Saya sering mendengar cerita mereka yang pernah ditemu ramah oleh majalah atau akhbar. Separuh dari mereka menyatakan,kenyataan yang mereka berikan selalunya tidak sama dengan apa yang dituliskan. Satu sudut,mungkin penulis merasakan perlunya penambahan-penambahan yang ada nilai-nilai komersial atau sesuatu yang menarik didalam tulisannya untuk membuatkan orang tertarik untuk membaca,tapi satu sudut yang lain,sebenarnya hal itu boleh dikatakan satu kesalahan. Jika hal yang dirubah itu tidak sampai menimbulkan kesan negatif,boleh dimaafkan. Tapi jika ternyata tulisan itu kemudian memberikan impak yang buruk,kesalah fahaman,macamana? Sedangkan pembaca meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada penulis dalam menyampaikan maklumat. Majoriti akan mempercayai sepenuhnya apa yang dibacanya. Hanya sedikit mungkin yang menyedari akan kemungkinan ada nya kesilapan didalam maklumat yang disampaikan.

Ada perkara yang dituliskan bahkan jauh menyimpang dengan realiti yang berlaku. Kadang-kadang penulis hanya mengandai-andai kemudian membuat kesimpulan sendiri. Hakikatnya pembaca membaca apa yang penulis fikirkan,tapi bukan suatu kebenaran. Akhirnya,berapa ramai yang menjadi mangsa penulisan yang tidak bertanggungjawab.

Sepatutnya penulisan menjadi satu momentum terbaik untuk menyampaikan kebenaran kepada masyarakat. Saya masih ingat bagaimana ayah saya menggunakan majalah-majalah untuk berdakwah sejak tahun 70 an lagi. Sampai sekarang banyak yang mengenali beliau melalui tulisan-tulisan didalam buku dan majalah. Begitu besar sekali kesan baik yang dapat dilihat disitu. Walaupun tak kurang juga yang mengenali beliau melalui tulisan-tulisan negatif yang dilemparkan terhadapnya. Hingga ada yang membenci ayah hanya kerana mengenalinya lewat bacaan. Itulah yang dimaksudkan dengan tajamnya penulisan melebihi mata pedang. Sama juga seperti pepatah,kerana mulut badan binasa. Kerana penulisan,ramai yang jadi mangsa.

Kita saling ingat mengingatlah ye..Kalau nanti saya silap,moga ada yang sudi menegur..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...