Skip to main content

Kini kutemui kekasihku..

Aku memulakan tulisan ini dengan linangan airmata.. Hatiku sebak sekali. Rasa yang berkecamuk didalam hati,hanya Tuhan yang maha mengetahui.
Sudah lama ingin ku coretkan tentangnya,tapi hati ku kira belum bersedia.Hinggalah kini aku benar-benar pasti akan apa yang sedang hatiku ini rasakan.
Aku kira,hampir tidak ada orang yang sedang sibuk memikirkan dan merenungkan akan satu hakikat yang maha besar.Perihal seorang lelaki yang telah menangis hampir lebih seribu tahun lamanya.Menangisi akan nasib orang-orang kesayangannya yang kini telah menjadi tawanan musuh hingga mereka itu semua tidak lagi terhubung dengannya.Padahal jika mereka sedarlah bahawa,kehidupan mereka hari ini sepenuhnya adalah kerana Dia.Ya..dia lah Rasulullah,Nabi Muhammad,nabi akhir zaman.Tuhan lah yang mengutuskan dirinya sebagai keselamatan buat seisi alam.Kewujudannya mendahului semua yang ada didunia dan akhirat.Dan..kewujudan semua itu adalah kerananya..
Ya Rasul..selama ini aku hanya tahu tentangmu dengan akalku.Dengan ilmu yang kudapatkan dari sekolah.Dari penceritaan didalam buku-buku yang ku baca.Dan juga dari lagu-lagu yang sering aku dendangkan.Tapi aku hakikatnya tidak pernah mengenal dirimu.Bersua muka aja tidak pernah,bermimpi tentangmu juga tidak.Aku hanya tahu tentang engkau sebagai nabi ku,tapi tidaklah begitu serius memikirkan tentangnya kerana mungkin diriku tidak pernah melihatmu.Membuatkan aku sempat lupa bahawa engkau sebenarnya ada disini dan disana.
Ya..Engkau sangat sedang ada dan tidak pernah tiada.Engkaulah satu-satunya makhluk yang selalu ada disepanjang umur dunia.Engkaulah yang selalu ada untuk mendatangkan rahmat Tuhan keatas alam semesta.Tapi..kenapa aku seolah-seolah tidak pernah tahu tentang semua itu? Kenapa dunia hari ini tidak pernah memperlakukan engkau dengan selayaknya? Padahal engkaulah seagung-agung ciptaan yang pernah Tuhan wujudkan.
Berdosanya aku wahai rasul..berdosanya aku..Aku tidak pernah tahu tentang cerita bahawa engkau sedang sangat menangis melihatkan hati dan diri kami ummatmu sepenuhnya kini telah dikuasai yahudi.Yahudi yang merupakan musuh Allah dan Rasul.Yahudi yang telah Tuhan izinkan kepada mereka untuk menawan dunia hingga semuanya dapat dipalingkan dari Tuhan.Yahudi yang begitu membenci dan sangat memusuhi Nur Muhammad.Dan kerana kebencian mereka yang amat mendalamnyalah akhirnya mereka bersumpah akan melenyapkan engkau selamanya dari dunia.Tapi mereka lupa bahawa engkau bukanlah manusia biasa yang hidup hanya dengan jasadnya.Engkau adalah nabi,pemimpin yang begitu hebat kemampuan rohnya hingga mengatasi jasadnya.Yahudi tertipu dengan kewafatannya hingga menyangka bahawa Muhammad sudah tiada.Tapi kini Yahudi itu jugalah yang sedang kepanasan menderita kerana sedar bahawa Muhammad itu sentiasa ada hanya mereka yang tidak dapat melihatnya.Malah kini Muhammad semakin hebat jauh meninggalkan musuh-musuhnya.Nur Muhammad itu kini sedang bekerja keras mengumpulkn hati-hati manusia untuk disambungkan kepadanya.

Engkau menangis Ya Rasul? Sedangkan ibu ayah hari ini pun belum tentu dapat menangisi anaknya yang dilihat telah jauh melupakan Tuhan.Pemimpin-pemimpin yang ada didunia ini manalah ada yang pernah menangisi nasib rakyatnya yang telah berada dijurang neraka!Malah mereka lah yang telah digunakan yahudi untuk smpai berjaya membuatkan semua manusia kini begini sekali rosaknya.
Engkau bagaikan seorang ayah yang menangisi anaknya yang sedang lemas dilautan.Dan ku kira tangisan mu lebih dahsyat dari itu.Masakan tidak? Engkau wahai kekasih Allah Tuhan ciptakan dirimu dengan memiliki hati seputih salju.Hati yang tidak pernah dinodai dengan sebarang unsur kejahatan.Hati yang terlalu memikirkan akan keselamatan ummatnya.Dan..dengan hati itulah engkau sedang sangat menderita melihatkan ummat islam kini sudah tidak terikat lagi dengan nabinya.Yahudi sedang ketawa bangga kerana mengira mereka telah memenangi peperangan ini yang hasilnya telah mengorbankan jutaan hati ummat islam.Engkau menangis lagi dan terus berdoa..
Namun kini,engkau bisa sedikit tersenyum melihatkan ada dikalangan ummatmu sudah pun memiliki hati yang sangat merinduimu walaupun tidak pernah bertemu denganmu.Doamu sejak ribuan tahun kini sudah menampakkan hasilnya.Tuhan sedang mangabulkan doamu dengan menghadiahkan hati-hati manusia yang pandai menangis kerana cinta dan rindukanmu.
Tapi aku kerana baru menyedari betapa selama ini hidupku bagaikan sia-sia kerana tidak memperdulikan nabi ku,baru memulai tangisanku.Tangisan penyesalan kerana terlambat mengenalimu.Sedangkan segala apa yang aku dapatkan disepanjang hidupku ini adalah keranamu.Kenapa aku baru tahu? Tentang adanya seseorang yang sangat menyayangiku lebih dari ibu ayahku sendiri.Seseorang yang tidak pernah berhenti mendoakan aku agar hatiku ini dapat kembali ditautkan pada hatinya demi keselamatan didunia akhirat.Seseorang yang selama ini menjadi kekuatan padaku tanpa aku sedari didalam mengharungi jatuh bangun,pahit maung berperang dengan nafsuku.Seseorang yang tidak pernah meminta apa-apa dariku untuknya,sedangkan dia telah berbuat segalanya untuk ku.
Walaupun begitu wahai nabi yang aku baru belajar untuk mencintaimu.Aku mohon agar aku tidak pernah terlambat untuk mengisi hatiku ini sepenuhnya buatmu.Sudilah engkau berserambi dihati ini,agar hidup mati ku dapat ku serahkan semunya untuk Allah dan Rasul.
Terima kasih wahai nabi kekasih Allah dan juga kekasihku kini diatas kesempatan ini.Merezkikan aku untuk tidur baring tempohari bersamamu diMadinah Munawwarah cukup membuatkan aku malu sekali.Malu kerana baru sekarang menyedari betapa engkau sangat mencintaiku.Sedangkan aku sendiri lebih senang memberi hatiku pada dunia.Malah aku seakan prejudis saja denganmu.Apa benar engkau mampu mencintaiku sedangkan ummatmu begitu ramai sekali.Apa aku termasuk dikalangan mereka yang engkau doakan? Begitulah jahatnya hati dan fikiranku yang telah dirosakkan oleh nafsu.
Tapi kini aku berjanji,akan terus menyuburkan rasa cinta ini kepadamu dengan selawat sebanyak-banyaknya keatasmu sebagai bukti bahawa aku benar-benar ingin sekali bersamamu.Aku akan tinggalkan semua pengaruh yahudi dan aku akan sungguh-sungguh melawan nafsu ku ini.Aku bagaikan mati hidup semula ketika kau menghulurkan harapan bahawa suatu hari nanti semuanya akan dapat kau selamatkan.Dengan apa perlu ku bayar semua ini? Dengan apa Ya Nabi? Aku tidak pernah akan mampu untuk membayarnya.Engkau tahu itu bukan? Dan aku juga tahu engkau tidak pernah meminta bayaran.Kerana yang engkau mahu hanyalah keselamatan keatasku.Kalau begitu,ambillah hatiku ini wahai nabi yang dirindui.Ambillah,jangan pernah lepaskan aku lagi kepada dunia.Biar aku bisa terus bersamamu selamanya.Aku sudah tidak sanggup berjauhan lagi dengan engkau.Walau sikapku belumlah membuktikan,tapi hati ini sangat menginginkan.Aku sudah penat menjadikan nafsu sebagai rujukanku yang sangat mencelakakan aku.Aku tidak mahu lagi semua itu.Tolonglah..tolonglah aku.Aku tidak pernah memenangi peperangan dengan nafsu ini,dan aku kira engkaulah yang akan memenanginya untukku.
Wahai nabi..aku persembahkan hatiku kini untuk kau isi dengan Allah dan Rasul didalamnya.Aku pergi menziarahi tempat dimana hatimu dibedah oleh Allah melalui Jibril dan disucikan dengan air zam-zam.Dan aku berharap agar hatiku juga dapat dibedah dan disucikan olehmu.Walaupun tidak mungkin akan memiliki hati sebersihmu,tapi mendapatkan hanya sedikit sudah memadai.
Aku akan cuba membalasnya dengan bersungguh-sungguh berjuang dan berkorban demi Allah dan Rasul..
Teruslah mengutip hati-hati kami ummatmu wahai yang dirindu.Biarlah kami semuanya dapat segera dihubungkan denganmu.Bebaskanlah kami dari cengkaman nafsu yang dipengaruhi yahudi.Selamatkanlah kami hingga sampai kepada Allah..

Kini..kutemui kekasih ku..

Yaallah sampaikanlah salam rindu kepada
Cahaya sebagai sumber segala cahaya
Rahsia segala rahsia ubat seluruh penyakit
Anak kunci segala kejayaan

Dialah pemimpin yang kami rindu
Nabi Muhammad yang terpilih keluarganya yang suci
Serta para sahabat yang menjadi pilihan
Sebanyak bilangan nikmatmu dan kemuliaanmu Yaallah..

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...