Skip to main content

Kampung Rasulullah, Kampung kita

Salam..

Bumimu bersejarah tempat tinggal kaum ansar
Membantu Rasulullah negara islam pertama
Tercatat dalam sejarah bumimu terlalu suci
Tidak boleh dinodai
Dibumimu ada Masjid Nabawi yang sunat diziarahi
Didalamnya ada Raudhah iaitu satu taman dari taman syurga

Oh Madinah berbahgialah..

Padamu ada Rasulullah..

Sesuai dengan namamu Madinah Munawwarah..

Watak Madinah sedikit berbeza dari Mekkah. Masyarakatnya lebih santun,cuacanya lebih nyaman,suasananya lebih tenang. Itulah kehebatan mukjizat Rasulullah yang disinilah jasadnya disemadikan. Walhal rohnya sedang bertebaran keserata dunia mencipta keajaiban terbesar diakhir zaman.

Sepanjang berulang alik Mekah-Madinah aku rasa macam ulang alik KL-Kedah je. Dah rasa macam kampung sendiri. Memang pun Mekah-Madinah kampung Rasulullah dan kampung seluruh ummat islam. Walaupun aku sibuk kehulu kehilir menyiapkan projek Malaysian Town disini,aku dan kakak ipar,Kak Azwa mesti akan menyempatkan diri bermunajat seketika dihadapan kubah hijau yang berkah. Hati aku sayu setiap kali memandangnya. Bayangkan..tepat dibawah kubah hijau itu adanya sekujur tubuh jasad manusia paling mulia didunia dan akhirat. Dia yang kerananyalah Tuhan ciptakan alam semesta. Dia makhluk pertama nisbah roh yang wujud. Hatinya yang putih bersih itu kini sedang menarik jutaan hati manusia untuk berdatangan kepadanya saban waktu tanpa henti. Mengembalikan semula hati-hati kepada Tuhannya.

Bila aku tengok manusia berebut,berasak,bertolak,berhimpit untuk dapatkan peluang bersembahyang didalam Raudhah,kawasan diantara makam Nabi dan mimbar,aku melihat keagungan aura Nabi yang sangat ditakuti Yahudi. Kerana terlalu takutkan pengaruh Muhammad lah Yahudi bermati-matian memastikan semua itu dapat dilenyapkan.

Aku tak percaya kita mesti sampai bertumbuk,berpijak demi mendapatkan Nabi. Bukankah mendapatkan Nabi manusia sekurang-kurangnya boleh sedikit meniru akhlak Nabi? Bahagiakah Nabi melihat kita bagaikan kambing keluar kandang,tapi membawa niat untuk mendapatkannya? Hati lah yang sepatutnya memiliki Nabi. Kerana jika hati dipenuhi Nabi,itulah keselamatan yang kekal abadi.

Berlaku juga baru ni,lepas isyak tu aku duduk dengan Kak Azwa depan Kubah hijau,kat dataran Masjid. Tengah asyik berdoa,datanglah 2orang penjaga kat situ. Depa suruh kami bangun dari situ,katanya kat situ bukan tempat untuk duduk. Padahal aku tengok ramai je orang lain tengah lepak sampai yang terbaring pun ada. Rupanya nak baring tergolek takpe,tapi jangan berdoa. Aku tengok Kak Azwa doa je lagi siap menangis. Tapi yang 2 ketol ni gagah nak halau jugak. Ish..aku dah mulalah nak angin ni. Kot ye pun,hormatla sikit orang tengah khusyuk doa tu. Dah depa hingaq sangat,kami pun berdiri. Tapi tetap kat tempat tu jugakla. Doa sambil tengok kubah. Yang 2orang ni panasla. Maka terjadilah dialog seperti dibawah..

Penjaga: Baliklah..kalau nak doa,masukla kat msjid (dalam bahasa arab)
Kami: Masjid penuh..kami nak doa kat sini je.
Penjaga: Tak boleh..kamu datang sini kan nak solat dimasjid. Kenapa doa kat sini? Bukannya ada apa-apa pun.
Kami: Adalah sangat..kami sedang doa pada nabi kami,ni ada kubah hijau.
Penjaga: Nabi dah mati. Mana ada apa-apa lagi. Jasad dia kat dalam tanah,bukan pada kubah. Dia dah jadi tanah.
Kami: Nabi wafat tapi roh dia ada. Setiap waktu sembahyang kita bagi salam pada dia.
Penjaga: Mana ada..dia dah mati tak dengar pun kamu panggil. Kenapa nak tengok kubah? Batu je pun.
Kami: Takpelah tengok batu pun. Kamu tu kalau tengok tv takpe pulak(tiba-tiba)

Sedang rancak,tiba-tiba nampak kereta macam perbandaran masjidlah. Kami perlahan-lahan berundur tapi sambil bercakap lagi. Aku cakapla,kamu ni tak hormat tamu. Orang datang dari jauh,layan elok sikit tak boleh ke? Mulalah keluar perangai gaduh dengan arab ni.

Sebelum ni kami selalu je duduk situ,tapi takdelah kena halau. Adalah dosa kami haritu. Tapi memang selama ni kalau doa mengadap kubah tu je,ada je orang yang akan tegur. Dari syekh-syekh sampaila ke tukang cuci semua akan ambil peranan menegur sapa-sapa yang dilihat berdoa disitu. Yang paling aku sedih bila depa cakap Nabi dah mati,dah jadi tanah. Nabi tak dengar pun kita panggil. Sedangkan mak ayah kita mati pun kita tetap ingat kat depa. Tak pernah lupa ziarah kubur setiap hari raya. Baca doa,siram air,tabur bunga. Inikan pula Nabi. Sama ke kewafatan Nabi dengan manusia biasa?

Hmm.. Apalah nak jadi. Penjaga masjid pun tak tau hakikat bahawa Nabi itu hanya wafat jasadnya,tapi rohnya sedang aktif berperanan. Aku kesian jugak tengok orang lain dari jauh datang nak doa,tapi puak ni tak bagi. Aku sempat dengar depa membebel-bebel kat penjaga-penjaga ni. Takpelah..mereka halang kita untuk dekat dengan jasad Nabi,tapi mereka tak mampu menghalang kita mendekati hati Nabi.

Datanglah Wahai Rasul..agar mukjizat kembali semula. Datanglah ubati hati kami..

Comments

yaya said…
sedih apabila ada yg ckp mcm tu..sampai hati..bila lah dpt kesna..rindunya Rasulullah..

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...