Skip to main content

Chalet Nur Muhammad


Dah lama sangat aku nak buat entry ni. Tapi baru la ni ada kesempatan. Dah jadi jeruk pekasam kot cerita ni. Takpelah.. lagipun aku rasa banyak je orang suka makan jeruk dengan ikan pekasam kan? Jadi,terimalah..(bajet nak buat konsert)

Aku sekarang tinggal dan bertugas di Chalet Al wahah atau nama komersialnya ialah Chalet Nur Muhammad. Chalet ni milik syarikat Global Ikhwan sdn bhd dan rasanya merupakan satu-satunya chalet milik orang melayu kat Mekah ni. Chalet NM ni terletak di Shumaisi,Mekah(dulu dikenali dengan nama Hudaibiyah)berada betul-betul diborder antara tanah haram dan tanah halal. Kalau korang biasa ke Mekah korang taulah apa tu tanah haram dan halal. Panjang pulak aku nak cerita. Chalet ni terletak ditanah halal. Dekat dengan Hudaibiah,tempat miqat bagi mereka yang ingin berumrah. Kedudukan chalet ni memang strategik gilela sebab memang tepi highway Mekah-Jeddah. Susahla kalau kata sesat tak jumpa cari. Tak cari pun memang akan jumpa,insyAllah..

Pintu masuk ke Chalet

Sekali imbas tengok chalet ni macam zoo pun ada. Sebab antara tarikan disini ialah terdapat banyaknya binatang yang manja-manja belaka. Unta,kuda,keldai,kambing,ayam,burung,ikan,kucing pun ada. Tapi kucing tu kategori binatang jalananlah yang suka benor menumpang makan. Disini anda akan berpeluang untuk bermain dengan binatang-binatang ni sambil minum susu mereka yang fresh dari ladang. Itu untuk binatang yang ada susu lah. Ayam burung tu idok le..

Pokok kelapa sebagai lambang Malaysia-melambai macam kat kampung je.

Tapi yang lebih besar dari itu ialah Chalet NM ini dibangunkan bertujuan mengajak pengunjung untuk sama-sama menghayati kehidupan Rasulullah. Kita taukan Rasulullah dulu hidup dipadang pasir. Susah payah pahit maung merentas sempadan. Berhijrah,berdagang dan berperang bersama binatang-binatang kesayangan baginda. Jadi itulah yang cuba diterapkan dalam Chalet NM ini. Memang pun antara keunikan chalet ni sebab ia terletak dipadang pasir. Siap ada khemah badwi lagi. Mano nak dapek kek Malaysia nuun :-)

Khemah badwi. Siap ada aircond. Mai la try.



Jarang sebenarnya orang memperkenalkan satu lagi sisi sejarah dalam kehidupan Rasulullah dengan menggambarkan kehidupan baginda dipadang pasir ni. Hatta orang arab sendiri pun mengakui bahawa,dalam tempoh 100 tahun lagi pun mereka takkan terfikir untuk buat macam ni(Chalet NM)

Bukan takde kat Hudaibiyah ni orang arab bela unta tepi jalan. Bahkan antara tempat wajib yang akan dikunjungi jemaah umrah/haji ni memanglah tempat nak minum susu unta. Aku pernah pergi tempat unta arab. Tapi minta maaflah..tak sanggup nak minum susu kat situ sebab keadaannya sangatlah tidak cun. Bukanlah nak kutuk ke apa,tapi aku rasa terkilan sebab bertahun-tahun mereka menyambut tetamu Allah dengan persembahan yang sungguhlah tak cantik. Bau najis unta tu je dah menghilangkan selera. Belum lagi tengok tempat keluar susu yang dah bertepek najisnya sekali lepas tu mengalir masuk dalam cawan dan kita minum. Sedapkan? Aku pun taklah perasan sebelum ni,tapi bila belajar sendiri cara perah susu unta,barulah tau. Memang kena basuh tempat susu tu,kalau tak kompem najis masuk sekali. Ala..macamlah nak kena basu telur ayam sebelum masak. Huhu..panjang pulak cite pasal susu unta.


Susur masuk ke tempat binatang. Kiri kanan tu rumah depala.

Alhamdulillah..sekarang Chalet NM ni memang jadi tumpuan tetamu arab tempatan dan juga rombongan umrah. Kan sebelum ni aku ada cerita pasal aku sambut tetamu tu. Haa..depa tulah yang mai.

Terima kasih Tuhan..kami menerima banyak komen positif dengan terwujudnya chalet ini. Moga semua nikmat Tuhan ini dapat kita kongsi bersama dengan penuh syukur dan takut.

Dataran chalet tempat tetamu lepak sambil menonton persembahan kebudayaan islam


Kat sini ada juga motor padang pasir yang disebut dabbab. Sakanlah makcik pakcik tu lenjan mende alah tu. Yelah,kat Malaysia bukan senang nak jumpa. Ada..tapi payah dilihat. Eh tapi aku lupa nak ketip gambar dabbab tu. Korang cari kat tenetla eh. Tapi memang ada kat sini. Aku tak tipulaa..!

Aku sebenarnya nak panjangkan lagi entry ni tapi mintak mahap sangat aku dah tak larat. Penat sangat. Aku janji akan buat part 2 dan akan ceritakan pulak tentang kawan-kawan aku kat sini iaitu para binatang yang comels belaka. Namun tidaklah dapat aku berjanji bilakah entry tu akan dibuat.
Oh Tuhan..
Sebagai deposit untuk part 2,aku sertakan gambar ini..



Kita jumpa nanti tau!





Comments

zack said…
Hoyeah, bravo bravo
che ali said…
hebat! x terjangkau pemikiran orang biasa untuk melakukan seperti ini melainkan semuanya dlm jadual Tuhan. moga dpt merasainya satu hari nnt... dabbab tu mcm motor pantai ke?
white rose said…
Syukran di atas perkongsian, muga-muga kami yang jauh ini direzekikan Tuhan untuk merasai kehidupan Baginda Rasulullah SAW.
Anonymous said…
Tempatnya dihiway Jeddah-Makkah yg baru atau hiway lama?
fathiyah ipoh said…
skrg dah ada d mekah.. mmg mencari peluang utk ziarah. ada sesiapa utk dhubungi?

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim..
Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga.
Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran..
1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelajar yang ditaja oleh…

Surat dari Adib

‎السلامعليكمورحمةاللهوبركاته، ‎بسماللهالرحمنالرحيم.
Buat kak Atiyyah yang dikasihi.. Ini sedikit Luahan hati Adib untuk Kak Atiyyah, salah seorang dari 2 orang Adik lelaki kandung kak Atiyyah yang sangat  sangat mengharap Kak Atiyyah semakin nampak betapa hebatnya Allah membolak balikkan hati-hati setiap kita.
Maha besar Tuhan dari menzalimi hamba hambanya, melainkan hamba itu sendiri menzalimi akan diri mereka. Kak Atiyyah ingat tak Abuya Umu? Ayah dan Ibu Kandung Kak Atiyyah!!! dan yang paling besar Ayah ibu kepada hati hati kita yang ajar didik kita agar Takut Allah  Rindukan Nabi. membesarkan dan mentaati Pemimpin.
Kak Atiyyah ingat tak? waktu Umu ada..sebelum Umu pergi tinggalkan kita. Umu selalu cakap dan ingat ingatkan pada kita. "dalam Al Qur'an yang kita baca, Allah ceritakan Aku siapkan Syurga Neraka untuk hamba hambaku tapi Allah ingatkan pada hamba hambanya..Akan Nikmat Syurganya dan azab api nerakaNya. Allah juga ingatkan akan kekuasaaNya!!! Tapi ramainya hamba-hambaku y…

Surat dari Yah

Bismillahirrahmanirrahim...
Kepada Kak Atiyah yang diingati, Mudah-mudahan apa yang Yah tulis ni untuk Yah sendiri terus mengambil pengajaran dari apa yang dah berlaku. Sebab Iman itu bukan boleh diwarisi walaupun atas nama darah daging sendiri. 
1. Yah masih ingat macam mana pernah Yah sendiri tengok dari dulu lagi K.Atiyah kalau ditegur oleh Abuya (kadang-kadang ditegur tu hanya gurauan sahaja) tapi K.Atiyah akan merajuk dan tarik muka pada Abuya. Maksud Yah kongsikan ini, Sebab memang dari dulu lagi K.Atiyah ni sikap tu macam ni, macam yang dah diceritakan oleh K.Khaulah sendiri yang lebih kenal K.Tiyah. 
2. Bahkan pernah sahaja K.Atiyah (ketika tu masih ada Ummu lagi) punyalah K.Atiyah geram dengan Zainab sebab adalah Zainab ni buat perangai (perangai sebagai budak kecillah, bukan Zainab tu dah dewasa) Sampai K.Atiyah punyalah tak sabar, ambil cawan baling hampir nak kena pada Umu waktu itu. Tapi Umu tenang sahaja sebab Umu kenal sikap K.Atiyah tu. 
3. Ampun maaf K.Atiyah, Zainab send…