Skip to main content

Aku dan sembahyang

Tuhan datangkan sembahyang untuk memberi kita ruang dan peluang bertemu dengaNya yang maha agung. Namun kita hamba yang penuh dengan seribu satu kelemahan,manakan mampu merebut peluang ini dengan sebaiknya. Ada saja dosa dan kesalahan yang berlaku dimana-mana. Sembahyang yang didirikan hanya bersifat fizikal sahaja. Sedang Tuhan menilai hatilah yang sepatutnya bersembahyang.

Engkau maha tahu wahai Tuhan betapa hati kami ingin sekali benar-benar bersembahyang. Rukuk sujud kami penuh ketakutan. Rayuan pengharapan disepanjang penyembahan. Memohon keselamatan dari kesesatan. 
Namun engkau tahu juga betapa hati kami penuh kelalaian. Sangat terpaut dengan dunia yang melambai..

Aku rasa macam mustahil nak dapat sembahyang khusyuk. Yelah..dalam kesibukan bekerja,tiba-tiba kena berhenti sembahyang,fikiran perasaan tu tak mampu nak alihkan fokus dari dunia kepada Tuhan. Aku pernah rasa bahawa sembahyang khusyuk tu hanya untuk nabi-nabi para sahabat je kot. Orang biasa macam kita ni memang takde harapan rasanya. 
Tapi bukankah Tuhan itulah satu-satunya tempat yang penuh dengan harapan? Mana ada selain Tuhan yang mampu memenuhi semua harapan manusia tanpa had. Dengan harapan itulah aku selalu cakap kat Tuhan. Aku teringin sangat nak dapat sembahyang khusyuk. Bila aku dengar cerita para sahabat tu bila sembahyang sampai menggigil. Bau hati mereka yang hangit dengan Tuhan tu sampai keluar dapat dihidu oleh orang lain. Seperti Saidina Ali yang dipanah kakinya,dan untuk mencabut panah itu dia minta dilakukan waktu dia sedang bersembahyang. Sebab waktu solat tulah dia asyik mabuk dengan Tuhan sampai tak rasa lagi apa-apa yang berlaku. Dahsyatnyaa..
Abuya pun selalu cakap,walaupun perniagaan besar tapi kerja Abuya sebenarnya ialah menunggu waktu solat.  

Boleh ke aku dapat hati macam mereka? Sedangkan aku tak pernah serius pun mengambil sembahyang sebagai cara untuk dekat dengan Tuhan. Bercakap,mengadu,meminta jauh sekali. Yang ada,dalam sembahyang tulah fikiran aku menerawang kemana-mana. Semua barang yang hilang aku jumpa dalam sembahyang. Aku rasa sembahyang nak cepat-cepat sebab lepastu nak sambung kerja balik. 
Sedangkan dari kecik Abuya Ummu ajar untuk menjadikan sembahyang yang paling utama dalam hidup. Kerja lain takde guna kalau sembahyang macam apa! Tak payah gebanglah kata cinta Tuhan kalau sembahyang lintang pukang. Ingat Tuhan bodoh ke bila kita konon-konon sibuk bekerja untuk islam tapi sembahyang tu ala kadar je. Walhal sembahyanglah yang akan mula-mula ditanya..

Tuhan..kau tahukan betapa aku nak sangat dapat sembahyang yang berkualiti. Sembahyang yang mampu melahirkan peribadi yang sangat agung. Peribadi yang menjadikan hanya Tuhan segala-galanya dalam hidup. Tidak takut selain Tuhan,tidak cinta selain Tuhan. 
Tapi aku tak mampu..aku lemah. Tak larat nak berjuang sungguh-sungguh dapatkan hati khusyuk dalam sembahyang. Untuk itu bantulah aku Tuhan. Berilah..sikit pun jadilah. Moga-moga aku sempat mendapatkannya sebelum aku menutup mata..

Wahai Tuhan yang sedang menghitung sembahyangku apakah diterima atau ditolak,tolong terimalah Yaallah. Walaupun penuh dengan kekurangan. Jadikanlah ketakutan ini mensyafaatkanku dihari hisab bila sembahyang yang mula-mula ditanya dan aku lulus..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...