Skip to main content

Destinasi cinta baru

Alhamdulillah.. Sudah hampir 3 bulan aku direzkikan untuk singgah di satu destinasi baru dalam kamus permukiman aku. Ok ayat macam tak faham. Dah biasa aku bagitau yang aku ni Tuhan takdirkan hidup berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Sesekali akan sempat menyinggah lama dan tempat tu aku panggil tempat mukim baru sementara. Tak pastilah orang nak faham macamana cara hidup aku ni. Tapi itulah yang berlaku. Setelah Malaysia,Jordan ialah negara kedua. Cara nak tau negara kedua ke tak ialah negara yang aku sempat memiliki almari baju walaupun akhirnya baju-baju ku dipindahkan ke dalam stor akibat dah mula berlama-lama di negara yang lain. Kini aku sebatang kara tanpa sebarang almari.

Negara ke 3 ku kini ialah Arab Saudi. Negara yang paling ramai dikunjungi tetamu dari luar kerana disini adanya haramain iaitu 2 tanah haram Makkatul Mukarramah dan Madinatul Munawwarah. Mekah yang mulia dan Madinah yang bercahaya.

Entry-entry lepas ini pastilah berkisar disekitar negara ini memandangkan aku telah mendapat pekerjaan tetap disini sebagai...ok sebagai makcik kantin dan penjaga keldai. Mesti orang pelik,awat aih pi jauh-jauh gheja tu ja. Apa lagi kalau orang Kampung Temalang mendengar cerita ini pasti mereka akan bertandang kerumah tok ku dan bertanya-tanya perihal aktiviti anak cucunya disini. Maklumlah..nanti mereka juga akan menumpang tuah bila kesini mengerjakan umrah akan seronok bertemu orang sekampung dan bolehlah dibawa berjalan-jalan. Setakat ni je dah ramai geng Kg Temalang yang bertandang kerumah kami disini. Alhamdulillah..nikmat Tuhan ini dapat dikongsikan bersama bukan saja dengan sanak saudara,apa lagilah hanya 8 orang anak seperti yang digosipkan dalam akhbar,malah kini dapat dikongsikan bersama masyarakat juga.

Kalau nak ceritakan tentang hidup baruku ini memang tak dapat diceritakan. Terlalulah banyak pengalamannya. Takpe,pelan-pelan kayuh. Pasni bulih buat entry banyak-banyak,panjang-panjang khusus untuk bercerita sambil cover dah berapa lama biar blog dalam gobok! Oh sungguh kejam rasanya. (dalam hati tolong Tuhan beri aku kerajinan)

Korang semua apa kabar? Senonohnya bertanya khabar setelah membebel panjang. Moga-moga semua didalam rahmat dan kasih sayang Tuhan. Moga hati dapat diselamatkan,ditambahkan rasa takut setakutnya kepada Tuhan untuk sampai berani seberaninya dengan manusia. Aku memohon agar keberadaanku dibumi ini kini akan membawa gelombang baru pada hati. Hati yang selama ini tidak pandai meletakkan Tuhan sepanjang masa didalamnya,moga berubahlah ia hendaknya. Kita saling doa mendoakan ye agar Tuhan rezkikan kebenaran ini sampai ke hujungnya.

Ok jangan main jauh-jauh. Jumpa lagi di coretan akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...