Skip to main content

Tetamu yang diundang

Tetamu yang datang membawa rahmat,perginya membawa dosa. Kalau orang faham betul apa yang dimaksudkan dengan kata-kata tu,mesti orang akan berebut-rebut untuk menyambut dan melayani tetamu. Tapi disebabkan tak faham maka tetamu dianggap hal yang merenyahkan. Aku la tu kadang-kadang.

Aku membesar melihat ayah ibuku adalah antara orang yang paling suka melayan tetamu. Sampaikan tamu bila datang rumah kami akan rasa macam rumah sendiri. Makanan dihidang disepanjang meja. Dan satu hal lagi ialah ayahku akan menunjukkan selera makan yang tinggi supaya tetamu rasa selesa untuk makan sepuasnya tanpa perlu malu-malu kucing tak nak tambah makan sebenarnya lapar.

Kalau mengikut ranking bangsa yang paling terer melayan tetamu ni aku rsa bangsa arab berada ditempat tertinggi. Bertahun-tahun aku mengabdi dinegara arab ni dan sangat dapat melihat adat mereka yang ikram dhuyuf (memuliakan tetamu) Semua makanan akan diberi pada tetamu,kalau ada sisa barulah disimpan untuk orang belakang. Bukanlah bermaksud jiran belakang rumah tapi lebih kepada keluarga tuan rumah yang mengintai tetamu dari belakang.

Aku sendiri kelemahan yang paling ketara ialah kurangnya sifat melayani. Mungkin juga sebab Abuya Umu jenis tak manjakan anak. Jadi aku rasa macam semua orang kena kuat jiwalah. Nampaklah bodohnya aku disitu. Padahal tetamu tu tak termasuk dalam pakej yang kau nak kena didik. Tapi aku nak sangat jadi orang yang pandai melayani dan meraikan orang. Sikit-sikit aku cuba buang sifat buruk aku yang kejung kaku bila berdepan dengan tamu.

Maha suci Allah. Aku duduk ditanah suci ni Tuhan buka peluang seluasnya untuk latih diri pandai melayani tetamu. Bukankah Allah yang maha agung itu juga melayani dan menerima kita sebagai tetamunya disini? Manusia dari sekelian pelusuk dunia datang memenuhi undangan Allah sebagai tetamu yang sangat dimuliakan. Takkanlah kita hamba yang selekeh ni tidak malu dan insaf dengan kebaikan Tuhan itu? Aku insaf..

Aku tak sempat lagi nak cerita tentang kehidupan aku di Chalet Nur Muhammad. Nantilah aku simpan cerita tu untuk dikampil bersama gambar. Cukuplah aku nak kongsikan yang disini aku bekerja sebagai salah satu staff di chalet yang dikelolakan oleh Global Ikhwan sdn bhd ini. Boleh dikatakan chalet ini sekarang menjadi salah satu destinasi baru bagi jemaah umrah terutamanya yang datang dari negara belah Asia. Disini disediakan perkhidmatan bilik,khemah badwi,minum susu unta dan kambing,menunggang kuda dan menaiki motor padang pasir yang dikenali disini sebagai dabbab. Ada jemaah yang datang meninap disini sebelum berangkat pulang kerana chalet ini terletak di jalan utama Mekkah-Jeddah,laluan nak ke airport. Ada juga yang datang mengadakan kenduri akikah,kenduri arwah dan lain-lain. Peluang inilah yang aku gunakan untuk bermesra,berkenalan sambil belajar melayani tetamu dengan sebaiknya. Jemaah yang datang tu pula baik-baik dan meriah semuanya. Maklumlah berjumpa orang senegara diluar negara. Memang macam-macamlah cerita. Aku turut gembira dengan kebahagiaan para tetamu. Alhamdulillah..sampai hari ini kami telah pun dikunjungi lebih 600 orang tetamu yang datang disepanjang bulan Mac. Dan kemarin kami telah mengadakan majlis meraikan 3pasang pengantin disini dan tetamu yang hadir sekitar 150 orang yang semuanya dari jemaah umrah. Kami pun turut menumpang keberkatan para tetamu Allah. Moga-moga Tuhan memberi nilaian taqwa diatas usaha-usaha kecil yang dilakukan.

Banyak lagi yang aku nak kongsikan tentang kisah menerima tetamu di Chalet Nur Muhammad ini tapi sekarang dah nak gerak ke Jeddah untuk meneruskan misi pencarian barang lagi. Doakan ye. Mzb

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...