Skip to main content

Kembara Paris - Samara part 2

Sabtu - 28 September 2019

Aku terjaga bila motor home kami membelok untuk parkir. Tak sedar betapa nyenyaknya tidur walaupun hanya di atas kerusi motor home yang tempat sandarnya tegak macam seat Air Asia.

“Jom! Kita solat subuh kt sini,” aku tak pasti siapa yang bersuara dari luar tingkap. Cik Ita dan Tsuwaibah pun nampaknya dah bangun. Mereka tidur berdua di atas katil di belah belakang motor home. Rupanya kami dah sampai di bandar Hannover yang jaraknya sekitar 800km dari Paris. Kami capai segala perlengkapan dan segera turun dari motor home. Mana masjidnya? Gelap. Sejuk. Sunyi.

“Olah kat masjid ni ada dapur. Kalau boleh minta izin boleh masak kat sini.” Mesej dari Cik Baya masuk ke hp ku. Cik Baya yang menaiki kenderaan lain sudah mendahului kami masuk ke tempat solat.

“Kami tak jumpa pintu masuk,” balasku. Tak lama kemudian Cik Baya keluar dari pintu dan kami ikut masuk ke dalam Pakistan Zentrum (center).

Jerman merupakan negara kedua paling ramai orang Islam di Eropah. Kerana itu terdapat banyak juga islamic center di setiap kota. Mencari makanan halal di Jerman tidaklah susah. Hanya saja kita perlu tahu selok beloknya. Biasanya kedai Turki yang banyak menjual makanan halal. Ada fakta yang mengatakan bahawa ada sekitar 40 ribu kedai kebab Turki di seluruh Jerman dan di Berlin saja ada 4000 kedai menjual kebab. Bahkan kedai kebab Turki di Berlin lebih banyak berbanding di Istanbul sendiri.

Selesai subuh kami bergegas keluar memikirkan kudapan yang perlu disiapkan. Sejuk-sejuk begini pasti semuanya kelaparan. 3 kotak mee segera dah disiapkan untuk waktu-waktu emergency begini.




“Kalau tak sempat masak atau tak cukup lauk boleh makan maggi. Ada maggi cup kan?” Teringat pesanan Cik Zura di grup semalam. Walaupun Cik Zura jauh di Sarajevo tapi sangat fikirkan keadaan kami yang sedang dalam perjalanan ini. 3 in 1 ada? Lauk cukup? Nasi masak macamana? Ada dapur tak? Belum lagi nanti ditanya, ada baju sejuk tak? Long johns, inner cukup? Itulah kasih sayang seorang ibu.

Motor home kami ni dah jadi dapur bandar nampaknya. Segala keperluan makan minum ada di sini. Masak nasi, panaskan lauk, masak nasi goreng pun sempat. Nak bagi makan ahli xpdc yang lain. Lebih lagi tengok para pilot yang memandu tanpa henti. Bila tengok semua dah mengantuk, Adib pun gagah berusaha hidupkan suasana. Bernasyid melalui walkie talkie, bagi teka teki dan macam-macam aktiviti lagi.




Abuya pernah cakap, bila bermusafir ni kita boleh kenal watak orang. Lagilah dengan perjalanan yang panjang. Bukan sepanjang masa senang. Terkorban rehat, sakit badan, ada masa kena menahan lapar, di situlah nanti kita akan teruji. Tapi jika kita faham apa yang Allah nak beri, melalui permusafiran jugalah kita jadi makin dekat dengan Allah dan bertambah kuat kasih sayang sesama kita. Aku ingat satu bait lagu ‘Tuhan memanggil’ yang sangat disukai oleh Bonda Ummu iaitu, ‘aku akan jinakkan (diri pada Tuhan) dengan berkelana’. Moga kami semua direzkikan hati yang makin jinak dengan Tuhan di hari kedua permusafiran ini.







Dalam perjalanan ini, kami lihat bagaimana Tuan Anuar yang simple orangnya. Bila kami sibuk nak panaskan lauk pauk, Tuan kata, “ana ni makanan panas ke sejuk ke sama je.” Di saat kami semua cari air panas di tengah cuaca yang sejuk, Tuan Anuar pula lebih suka dengan air sejuk bahkan ais batu. Tuan Anuar sendiri lama tinggal di Perancis. Belajar di sana. Tapi memilih untuk tinggalkan kesenangan dunia untuk bersusah-susah atas nama Islam. Sempat Adib cerita pada aku semalam waktu dia pindah sekejap naik motor home dengan kami tentang bagaimana merendah dirinya Tuan Anuar. Semua pandangan yang diberikan oleh para remaja, sangat diterimanya. Memberi ruang kepada cadangan dan idea yang para RPU kemukakan. Kalau kaum ibu pula mereka semuanya lulusan universiti. Cik Baya dan Cik Qilah lama juga menetap di UK. Tapi kalau dilihat bagaimana humble nya mereka, tak ada siapa yang menyangka.





Makin kenal Tuhan, makin banyak faham tentang Islam, rupa-rupanya boleh membuatkan seseorang cukup merendah diri, penuh rasa hamba. Bila si hamba sanggup merendahkan dirinya, di situlah kemuliaan baginya. Allah akan angkat darjatnya. Tapi kalau terus dengan pakaian sombong, meminta dihormati, marahnya kalau ada yang tidak membesarkannya, tersinggung bila disentuh hal peribadinya, itulah kehinaan bagi hamba yang memang sedia hina. Kita tak tersinggung pula bila ada orang yang tidak membesarkan Allah dan tidak membela Islam! Tapi hal berkait dengan diri, tercabarnya!

Perjalanan kami diteruskan lagi dengan merentasi negara Jerman yang boleh tahan besarnya. Namun dengan sistem highway yang sangat baik, maka perjalanan terasa mulus. Ada highway di Jerman ni yang had lajunya unlimited! Kami dijangka akan melepasi border Jerman - Poland pada hari ini. Walaupun perjalanan sedikit tergendala, tapi kena terus pecut supaya boleh segera sampai ke destinasi yang dituju. Perjalanan masih panjang. Apa yang Allah siapkan untuk kita di depan?

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...