Skip to main content

Masjid Terapung

Dalam pakej umrah jemaah Indonesia biasanya akan ada tambahan destinasi selain Mekah dan Madinah iaitu Jeddah. Di Jeddah ni ada sebuah masjid yang dibina diatas laut dan dipanggil masjid terapung. Masjid terapung ni kira jadi macam tempat wajib lawat jugalah bagi kebanyakan travel dari Indonesia. Selain daripada mereka dibawa juga ke Corniche untuk shopping. Haish.. Pergi umrah tapi jadual shopping lebih banyak nampaknya daripada program-program mensucikan hati.

Disebabkan tempat ni memang menjadi tumpuan jemaah umrah Indonesia,maka telah wujudlah sebuah warung kecil menjual bakso ditepi masjid ini. Gila kau Indonesia! Saudi ni dah jadi tempat korangla..


Beberapa hari lepas kami ke masjid terapung tulah untuk shooting. Kalau ikut penat sebenarnya memang rasa tak bernafas nak siapkan drama ni. Tapi ku gagahi jua demi islam. Cheewahh.. Tapi sembahyang kat masjid ni memang bestla pasal siap boleh mengadap laut lagi. Angin sepoi-sepoi bahasa tu sedikit sebanyak menambah kekhusyukan didalam sembahyang (pandaila..) Yaallah..malasnya nak cerita panjang. Korang layan jelah gambar secoit ni ye. K salam..

Laris gile
Ibu-ibu cari bakso walaupun baru je kot tinggalkan Indonesia!
Warung bakso dipinggir masjid
Eh jap.. Lepastu jalan-jalan lagi jumpalah benda alah ni pulak. Kalau kat Indonesia dulu aku setiap hari wajib beli ni. Rasanya yang sedap gile itu telah mengelabui mata siapa yang memakannya. Tak sangka nak jumpa kat sini. Tapi sedih..yang kat sini punya tak sedap langsung. Dah beli baru tau. Dahlah mahal. Kat Indonesia (panjang nak taip Indonesia ni sebab takut nak tulis Indon dah) harga 2 ringgit je. Kat sini bantai sampai 10ringgit. Sakit betul! Lepasni nekad nak buat sendiri!!
Warung bakso dipinggir masjid
Rotiboy

 

 

Comments

Anonymous said…
Nampaknya lbih banyak cerita bakso dari cerita masjid.ni betul2 rindu lah ni!rindu kat bakso Indonesia.kat tempat kami ada tepayaki.k olah jmputlah datang.Rm 10 per head!
Zack07 said…
Kat mane tepayaki rm10 tu?
Zack07 said…
Asal muke penjual bakso mcm bangla je? Xde pun gmbr masjid, yg ade hanye gmbr pejual bakso mcm bangladey
Anonymous said…
Ye tak ye juga .shopping masuk dlm agenda haji ziarah ✗ masuk.gaknya ziarah maqam2 pun ✗ juga lah ye.ye lah dah disetkan gitu.pergi haji selesai rukun n wajibnya dah selesai.kira2 bersihlah diri dosa n noda...jd utk ustaz yg dlm kesah ini khususnya dan utk kita amnya ada coretan sikit maaflah k olah dah pnjg ni tmbah pulak."̮...Pergi keMekah bukan saja beribadah.Tapi pergi belajar serta mengambil hikmah.menanamkan semangat berkorban sprti nabi Allah Ibrahim n Nabi Ismail,meniru kesabaran s Hajar.dalam bersusah payah mengerjakan haji mengenang2kan kesusahan Rasulullah membina empayer Islam.,susahnya dakwah cara sulit.diburu2 masa hijrah berhadapan dgn yahudi n munafikin madinah.jadi semua kenangan itu harus dibawa balik ketanah air utk kita bangunkan Islam ditempat kita.rasanya ramai ✗ sedar masyarakat di malaysia cthnya dah kembali ke era jahiliyah.klu kata gitu ramai marah tp cuba cek anak2 melayu keliling kita.pergaulan, pakaian. akhlak dah mcm2.jd tulah yg haji2 n hajjah2 patut bw balik...roh haji..utk betulkan masyarakat islam yg dah rosak ni.tp ramai yg blik bw title aje..yg bab sesat tu mcm islamnya Abu Suffian lah.satu hari nnti yg menuduh sesat akan jd lemah ✗ bermaya kehilamgan hujah oleh sinar Power kaabah.kita tunggu saat n ketikanya.Ampun maaf dr saya.
Anonymous said…
Andai roti boy pasaraya grande boleh ∂ï kirim, rasa nak kirim utk k olah :)
Anonymous said…
Hidup k. Olah ☺
Anonymous said…
Cerita santai....bace pun santai....

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...