Skip to main content

Diriku bukan milikku

Wahai Tuhan,
diriku bukan milikku,
kini barulah kutahu,
aku bukan kepunyaanku, sedikit pun aku tiada kuasa ke atas diriku.
Bila kulapar padahal aku tak suka lapar,
aku tak mampu mengenyang.
Bila kusakit aku bukannya suka,
tapi aku tak mampu utk menyembuhkan diriku dgn berkata, sembuhlah wahai diri.
Aku mesti mencari doktor dan ubat tapi doktor dan ubat juga belum pasti
Doktor cuma kata, kita serah pada Tuhan.
Rupanya diriku bukan kuasaku,
bukan kepunyaanku,
diriku kepunyaan Tuhanku
Dia owner,
aku hampir sama dgn kereta,
kereta bukannya berkuasa kereta sepenuhnya tertakluk pada ownernya, pemiliknya.

Demikianlah penciptaku menciptakan aku ini,
bukan utk tujuanku
tapi rupanya Allah bermaksud utk ikut kehendakNya
Allah ingin menjadikan diriku ini untukNya
Sepertilah ibu ayah kandungku
mengharap agar aku tidak menderhakai mrk. Kebahagiaan ibu ayahku ialah bila aku syg sepenuhnya pd mrk
dan aku takut sekali kehilangan mrk

Allah penciptaku itu yg aku boleh hubungi melalui hatiku ini sentiasa menunggu ingatanku padaNya,
krn dia tidak pernah melupakan ciptaanNya,
Dia dlm keadaan tidak boleh melupakan aku,
tidak boleh berpisah dgn hatiku
maka selama ini Dia menunggu hamba ciptaanNya mengenanginya.
Dgn tegasnya Allah mengatakan dlm Al Quran,
Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan utk menyembahKu,
mengabdikan diri padaKu,
Ku jadikan manusia di bumi sebagai khalifah,
demikianlah tujuan Allah
Menciptakan aku sebagai manusia,
maka mahu tak mahu itulah tujuan sebenar hidupku ini,
Kan kucari Tuhanku
Dgn hatiku Dia ingin kekal dirasa di hatiku,
biarku habis umur utkNya agar nanti bila aku dipanggil padaNya
Dia memandangku dgn penuh redha padaNya,
dan utk itu aku menangis penuh gembira...

Nukilan Bondaku Hatijah Aam

Comments

Anonymous said…
Mudah2an dgn rasa hamba yang tinggi menjadiikan Ummu Jah orang yg penyabar, pemaaf, berbaik sangka, bertolak ansur dan benar2 takutkan Allah dan Rasul.
dayan dayak said…
http://cerobohlagi.blogspot.com/2013/03/bergambar-ummu-jah-berdepan-hukuman.html
Kasihan jika perkara ini benar2 berlaku. Jika setakat nasyid tak salah kot? Boleh beri maklumat lengkap pada saya?
Anonymous said…
Salam puan, tak mau update ke berita dari pusat tahanan?
dayan dayak said…
http://cerobohlagi.blogspot.com/
Aku berharap ada yang mahu memberi pertolongan kepada aku selepas membaca posting ini. Sebab aku rasa macam nak demam saja sekarang nih..Nak merempit pun dah tak ada mood!! DAN POSTING INI BUKAN UNTUK MENGAGUNG-AGUNGKAN ORANG YANG DISEBUT ATAU MENGIYAKAN AJARANNYA. Kerana aku bukan ahli jemaahnya, sekadar orang yang masih mencari jalan kebenaran saja.

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...