Skip to main content

Solat lalai itu kejam!!

Pertamanya diucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi di Sabah baru-baru ini. Memang mengejutkan bila negara Malaysia yang cukp dikenali dengan tahap keamanannya yang tinggi kini terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini. Mana nak sangka,semuanya tiba-tiba. Sungguh Malaysia bukan Malaysia lagi. Moga ianya satu petanda bahawa Malaysia akan jadi islam sepenuhnya tidak lama lagi.

Namun sebesar apapun masalah yang sedang menimpa negara tercinta,aku sebenarnya sedang menghadapi masalah yang lebih besar lagi. Masalah yang cukup mengganggu hati dan fikiran. Masalahnya ialah kerana belum dapat rasa khusyuk didalam sembahyang.

Aku sendiri hairan,mengapa konsep membalas budi,menghormati dan membesarkan orang yang cukup berjasa itu sangat mudah,logik dan auomatik kita boleh applykan kepada manusia,tapi tidak kepada Tuhan? Walhal semua tahu betapa Tuhan itulah segala-galanya bagi kita. Namun sepertinya,mengetahui akan keagungan Tuhan itu belum cukup untuk kita sampai mampu menyerah seluruh jiwa raga kita kepadaNya terutama didalam sembahyang. Kenapa jadi macamtu ye?

Aku sedih..sedih sangat. Sebab aku baru tahu bahawa solat dalam keadaan lalai itu rupanya ialah satu kekejaman yang cukup besar kita lakukan terhadap Tuhan. Aku selama ni tak rasa salah pun bila sembahyang tak khusyuk. Malah aku hairan bila Abuya dalam sajak-sajaknya selalu menyatakan rasa susah hati bila selesai mengerjakan solat. Sedangkan aku kalau dah sembahyang tu memang akan legalah. Lega dah sembahyang...

Jenuh aku mencari logiknya akan hal ini. Akal aku ligat kesana kemari. Bayangkan..kita didalam majlis diraja. Sedang raja sibuk bertitah didepan,kita pula sakan bersembang dibelakang. Siap gelak ketawa lagi. Tak kurang hajar ke? Aku pernah direzkikan masuk ke istana,diundang untuk santapan tengahari. Makan semeja dengan Agong dan Permaisuri. Tuhan je tahu betapa kecutnya aku waktu tu. Nak makan pun serba salah. Pakai sudu ke,garpu ke,sudu kecik ke. Nak makan mana dulu? Nasi ke lauk? Takut bising bunyi sudu kena pinggan. Serba tak kena. Lepastu pulak dijemput nasyid. Dahlah sorang,nasyid tu pula dimeja makan tu jugak. Yaallahhh.. Tegang gila perasaan waktu tu. Aduii..

Tapi sayang..mana pernah aku rasa macamtu pun bila berdepan dengan Tuhan. Sembahyang boleh mengantuk lagi. Dalam sembahyang boleh buat macam-macam. Boleh pergi jalan-jalan,lepastu masak,lepastu berangan,lepastu boleh nak tergelak,sedar-sedar je dah bagi salam. Oh Tuhan..kenapa macamni sekali jadinya aku ni? Boleh ke aku maafkan diri aku atas kejahatan terbesar ini? Lebih-lebih lagi apakah kau sudi ampunkan aku atas maksiat yang aku lakukan 5kali sehari secara berulang-ulang kali pada setiap hari ini?

Aku rasa sedih sangat bila ada orang tak hargai perasaan aku. Terasa macam kejamnya orang tu. Tapi aku sendiri? Tak kejam ke? Tak cukup zalim ke? Tuhann.. Atas dosa sebesar ini,aku sepatutnya layak untuk dizalimi sepanjang hidupku. Tapi engkau tak pun lakukan itu. Elok saja kau layan aku,bagi aku itu ini,aku teringin apa semua kau bagi,aku sedih kau pujuk,aku menangis kau hiburkan. Yaallahh..

Tuhan..aku tak tau nak cakap apa lagi.. Maafkan aku Tuhan.. Sembahyangku selalu saja dapat kat setan. Tak pernah ku beri sebaiknya untukMu. Aku tak nampak pun setiap solatku yang akan dicampak kembali ke mukaku. Maka neraka weil lah untuk aku yang lalai dalam sembahyang..

Comments

Zack07 said…
Syukran atas perkongsian ilmu
Nurul Cake's said…
salam ibu....ini dehya dr zon pusat......nk tnye....tp xde kene mengene ngan tajuk nie........nk tnye setting camera dslr utk tvnm ....resolution yg sesuai berape???
yg 1920x1080 fp25 atau 1280x720 fp50
Unknown said…
Ana x mampu nk tahan sebak air mata bila baca ni .. rupanya diri ini masih trlalu bnyk masalah dgn tuhan ..

patut pun waktu smbahyang, rukuk lama2 pun masih x dpt rasa takut .. sbb bnyak dosa2 lalu yg masih belum ditaubatkan.

syukran atas perkongsian yg sangat mahal nilainya ini. mzb
Anonymous said…
..Terima kasih..dan semoga Allah merahmati atas artikel dan rasa dalam rasa dari penyampai yang mampu aku menitiskan air mata paling sebak...kerana ternyata penyampaian dari hati penuh kehambaan...
syukran...dan sesama berdoa kita sesama perolehi rasa khusyuk yg kita cari dan idamkan sebelum mati mendatangi kita.

anak arwah mohd dahlan
Anonymous said…
bagaimana saya boleh menghubungi khaulahattamimi? saya ingin belajar tentang solat dan puasa yang sebenar-benar solat dan sebenar-benar puasa. harap dapat bantu saya.
Anonymous said…
bagaimana caranya nak hubungi khaulahattamimi? saya mahu belajar solat yang sebenar-benarnya dan belajar puasa yang sebenar-benarnya. melalui artikel2 dlm blog ni saya yakiin khaulah boleh bantu saya. harap boleh beri alamat emel atau apa saja yg mudah utk saya belajar.

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj...

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun...

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiy...