Skip to main content

GISB kaya 2

Nak sambung sikit entry GISB kaya tempohari. Bukan main lagi kau cakap pasal kaya banyak kali!

Sebenarnya,didalam sesebuah bisnes secara umum pun memang kita faham bahawa tidak semua keuntungan itu dinilai dengan duit. Contohnya seperti syarikat-syarikat yang menaja baju atau apa-apa sajalah kepada para artis/selebriti,mereka tidak dibayar dengan duit,tetapi mendapatkan promosi secara meluas dikeranakan produk mereka dipakai oleh golongan ternama juga merupakan 'duit' yang banyak. Kita pun sudah sedia maklum betapa besarnya kuasa iklan. Aku kecik-kecik dulu selalu tengok iklan kicap. Siap ada lagu lagi..kicap 3 ayam enak bila dimakan,1 2 3 melazatkan makanan. Lepastu gagahlah minta orang beli kicap 3 ayam. Sekali rasa dia memang cap ayam! Ciss.. Ok itu contoh.

Jadi apa yang berlaku didalam GISB ialah,ada projek yang kita memang tidak sasarkan keuntungan berbentuk wang. Menyebut tentang untung ni memang berbagai macam keuntunganlah yang kita dapatkan. Tidak terhad pada duit saja. Pernah ada orang ke Syria (orang yang kurang senang dengan GISB) datang ke restoran milik GISB disana. Setelah itu dia canangkan,alah..restoran kecik pun nak kecoh.aku dah tengok dah.. Assalamualaikum..restoran kecik tulah yang menteri-menteri,kedutaan,datuk-datuk pakat datang. Kat Syria tu dapat bukak yang kecik tu pun kira besar tau! Kalau memang senang nak bukak,pasai apa hang tak bukak pun? Dok harap kat GISB jugak.

Contohnya di Jordan kita ada menyewa sebuah restoran 3 tingkat lengkap dengan kolam renang dan kawasan yang luas. Kita juga turut menyewa sebuah kebun yang boleh tahan besarnya yang terdapat dikawasan restoran itu (ownernya sama). Dilihat pada kadar sewa dan kemasukan jualannya serta lain-lain maintanence,alhamdulillah..lebih dari cukup. Dan yang lebih menguntungkan lagi ialah bila kita tidak perlu menyewa tempat tinggal untuk menempatkan hampir 60orang pelajar kita disana. Tingkat 2 dan 3 restoran itulah kita jadikan penempatan. Kebun yang disewa itu pula siap dengan telaga air yang mampu membekalkan air keseluruh kawasan itu. Siapa yang duduk Jordan tahulah betapa kroniknya sistem air disana. Sebelum ni kalau menyewa dirumah sewa biasa,kadang tu seminggu 2 kali je air ada. Selebihnya jenuhlah kena beli air,angkut dari masjid dan lain-lain. Tapi sekarang bila dah ada telaga sendiri,wahh..mandi 10 kali sehari pun air tak luak. Malah kolam renang yang gabak tu pun airnya diambil dari sumber telaga itu tadi. Kalau nak beli air nak isi kolam renang olimpik tu mau ribu riban jugak.

Itulah serba sedikit contoh didalam memperkatakan tentang kaya ini. Ada juga projek yang lebih bersifat memberi mata kepada syarikat. Bila orang tengok lahir projek tu gempak,maka datanglah kepercayaan orang untuk bekerjasama. Tapi apapun kekayaan yang sebenar itu ialah bilamana kita dapat menyandarkan kekayaan itu kepada Tuhan. Sebab Tuhan itu maha kaya. Kekayaan Tuhan itu tiada hadnya. Bila kita menjadikan Tuhan itu sebagai modal,maka segala kekayaan itu boleh saja Tuhan wariskan kepada kita atas nama islam. Abuya dari dulu cakap,sistem kewangan Abuya ni bila perlu Tuhan bantu. Jadi berapa banyak pun yang kita perlu,insyAllah Tuhan akan cukupkan. Abuya mengajar untuk tidak pernah risau dengan duit yang sedikit,tapi risaulah dengan dosa yang banyak kerana dosa itu akan menghijab dari turunnya bantuan Allah.

Comments

Anonymous said…
Sye sokong GISB....sye hrap saudari khaulah dpat luangkn mse utk update blog ni slalu..blog saudari,buat sye trtunggu2..
Anonymous said…
Yup btol tu..
Zack07 said…
Cap cap cap, kicap kipas udang, lepas makan kita berkipas ^_^

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...