Skip to main content

Kuat perasaan

* artikel ni aku tujukan untuk diriku dan juga kaum sejenisku. Terutama buat Kak Izzah yang diingati :-) Tak lupa buat anak-anak sedaraku yang dikasihi. ;-)

Penyakit paling sinonim bagi wanita ialah penyakit kuat perasaan. Merajuk,merungut,sedih tak kena gaya,muncung sana sini dan sewaktu dengannya. Macam-macam pula alasan untuk menambah kuatkan lagi penyakit tu seperti datang bulanlah,tengah mengidamlah,tengah pantanglah.. Semua tu dijadikan tiket untuk membenarkan 'kuat perasaannya' itu.

Tahukah anda wahai kaum wanita,penyakit yang direkayasa itu berpunca dari jiwa yang lemah. Bak kata orang,'jiwek'. Bila jiwa lemah,itu yang penyakit kuat perasaan menyerang. Macamlah kalau antibodi lemah,mudahlah diserang selsema,batuk,demam dan lain-lain penyakit lagi.


Yang lucunya,pengidap penyakit kuat perasaan (KP) ini kadang tu tak sedar kalau mereka sedang diserang sindrom itu. Mereka bahkan merasa wajar-wajar saja. Yang lebih parah ialah bilamana penyakit itu dijadikan perisai untuk mereka bertindak sesuka hatinya. Eh bukan merekalah. Kita lah. Aku lah tu. Haish

Hasil survey yang aku jalankan terhadap kawan-kawan dan keluarga terdekat,kebanyakan mereka mengakui akan diserang fenomena KP itu pada waktu-waktu tertentu. Waktu yang paling kerap ialah diwaktu petang bawa ke senja. Nak bagi lengkap lagi ialah kalau lepas tertidur ba'da asar. Wanita,anda familiar dengan situasi ini? Bila rasa sedih/kesal menyerang secara tiba-tiba. Mulalah rasa nak nangis,nak marah tak tentu hala. Tegang muka,panjang muncungnya..!


KP ini juga meliputi sejenis merajuk yang tersembunyi. Maksud disini ialah,kita orang perempuan ni kadang suka tak ngaku kalau sedang merajuk. Konon nak jaga wibawa. Padahal obvious kot yang awak tu sedang ngambek (merajuk dalam bahasa indon). Maka dibuat-buatlah bentuk merajuk tu sekira-kira orang tak tau. Contoh diri sendiri. Bila Ummu marah/tegur sebab ada berbuat salah,mulalah.. Bila orang kata,ni Ummu panggil makan. Maka kita akan kata,takpelah.. Pergilah makan.. Saya taknaklah makan dengan Ummu,takut Ummu terganggu. Saya ni kan banyak salah. Kesian pulak Ummu nanti. Wahhh.. Inilah kejadian yang sungguh realiti. Bila ingat balik terasa geli dihati. Mengaku jelah yang kau tu kuat merajuk,tak boleh kena tegur,jiwek.. Lagi mau sorok-sorok ka. Sekali lalu dengar tu macam tawadhuk,baik,betul-betul taknak susahkan Ummu. Tapi yang terselindung dijiwa lemahmu ialah sebaliknya. Ala.. Semua pun pernah buat macamtu kan? Janganlah tak mengaku. Lagi-lagi dengan suami,tambah pulak yang ada madu.. Perbuatan merajuk tersembunyi ni dah macam makan jajan je. Kan?


Berlaku jugak bilamana KP menyerang,maka kita akan heret orang lain sama untuk turut merasakan perasaan tak tentu hala kita tu. Maka berjangkitlah KP tu kemana-mana dan bila-bila. Huru hara dibuatnya. Contoh lagi,bila kita sakit. Demamlah biasanya. Kalau sakit nak bersalin aku agak tak sempatlah nak KP lagi dah. Kadang demam tu takdelah berat sangat. Sikit je. Tapi kerana hati yang lemah,maka demam yang sikit dah macam barah! Lagilah bila orang macam buat tak tau. Kadang bukan orang tak heran,tapi sebab waktu tu manja lebih,jadi rasa macam orang tak peduli. Mulalah keluar detikan macam-macam. Biarlah aku mati.. Semua orang tak peduli.. Aku mati soranglah ni.. Orang tak heran pun. Ceh! Drama queen sungguh kau ya! Aku ingat lagi Ummi cerita,bila Ummi ngadu kat Abuya kata Ummi demam. Abuya boleh kata apa? Abuya ni lagilah.. Dah 40 tahun demam. Maka terbantut teruslah demam Ummi. Kak Atiah pun pernah ngadu,Abuya.. Mulut ada mata ikan. Sakit. Abuya terus tunjuk mata ikan Abuya yang ada berpuluh-puluh dalam mulut. Tapi tak sikit pun Abuya mengeluh. Terus kita rasa sihat! Ummu pun hasil didikan Abuya,bila sakit tak pernah aku tengok mengaduh sana sini. Ummu selalu cakap,biarlah Ummu sakit bersama Tuhan. Kan sakit tu dari Tuhan.

Penyakit KP ni kalau tak dirawat,ianya boleh menambah parah. Semakin menebalkan mazmumah. Kita belai-belailah perasaan yang salah! Contoh lagi ye.. Dalam hal poligami. Perempuan sibuklah kesana kemari bising-bising pasal teruji sangat dengan poligami. Apa ingat orang laki tak teruji ke? Tapi pasal depa ni kurang beremosi,maka didiamkan sajalah. Yang perempuan ni pasal KP tulah yang jadi heboh sedunia. Ha.. Tak ke  besar kesan akibat buruk tu? Kalau hanya kecik-kecik takpe,ini kalau dah sampai menentang perintah Tuhan,parahhhh!!

Maka wahai kaum hawa,marilah kita ubati KP ini yang merupakan satu tanda penyakit hati. Jadilah kita wanita yang kuat perasaannya terhadap Tuhannya. Alihkan segala kesedihan tak tentu hala itu kepada sedihnya kita dengan dosa. Bila agak-agak KP ni menjelma,cepat-cepat bawa kepada Tuhan. Biarlah Tuhan saja yang tahu keluh kesah kita. Jangan sampai merosakkan hubungan dengan manusia. Memang pun Tuhan saja yang boleh mengubati segalanya. Untuk apalah membuang masa tunjuk perasaan sesama makhluk yang tidak pun mampu membantu apa-apa.. 

* tapi dah dikenal pasti kaum lelaki ada juga yang terkena penyakit KP ini *

P/s : tolong doakan show teater kami malam esok di Kuantan!! Tolong tolong tolong (diserang KP)


Comments

picis picisan said…
Alhamdulillah. Dapat juga membaca entri terbaru di blog Puan.
Okay. Semoga show Puan bersama group di Kuantan di bantu Insyaallah.

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...