Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.
1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.
2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.
3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak agresif pada mereka.
4. Kak Atiyah sesekali jangan salahkan dan libatkan Tuan Nasiruddin dan Cik Zura dalam hal Kak Atiyah ini. Sepatutnya Kak Atiyah bersyukur setelah ketiadaan Abuya dan Ummu ada orang nak jaga kita. Makan minum pakai kita dan lebih besar dari itu nak selamatkan kita.
5. Kami adik-beradik terpaksa berkeras dengan Kak Atiyah kerana kami malu Kakak kami macam orang gila hanya kerana gilakan seorang remaja lelaki yang dulunya pelajar Kak Atiyah jaga, kawan baik kepada Abang Adib. Atas nafsu dan kepuasan Kak Atiyah, Kak Atiyah gunakan dia menjadi ‘driver’ Kak Atiyah. Dalam kereta itu lah Kak Atiyah selalu berdua-duan. Saya sendiri pernah tengok Kak Atiyah saja cari peluang untuk berdua-duaan dengannya.
6. Budak-budak yang Kak Atiyah jaga boleh nilai lah tapi mereka takut dengan sikap Kak Atiyah.
7. Patutlah Ummu risau dan pernah tanya pada Kak Atiyah, “Atiyah nak kahwin ke ?“. Tapi kak Atiyah nafikan sebab Kak Atiyah dah ada hati dengan remaja yang lurus bendul yang boleh saja dikudakan oleh Kak Atiyah dan takkan sesekali bangkang Kak Atiyah. Tak malu ke? Orang sanggup jaga manusia macam kita?
8. Dan waktu di Turki, keluar dari mulut Kak Atiyah, ketika kami semua mandikan Kak Atiyah dalam kolam di pegang oleh Abang Fida dan Abbad untuk jaga keselamatan Kak Atiyah, Kak Aityah ceritakan kelakuan Kak Atiyah yang sangat memalukan bersama remaja yang Kak Atiyah gilakan itu. Kami semua menangis sebab tak pernah menyangka begitu sekali kesanggupan Kak Atiyah membuat perkara yang mendekati zina. Kerana Abuya Ummu sahaja saya tidak sanggup berterus terang tentang kelakuan Kak Atiyah itu. Kalau kita benar, Allah takkan biarkan kita sampai serosak itu Kak Atiyah!
9. Syukurlah ada yang nak selamatkan kita dengan memberitahu kesalahan kita untuk kita taubat dan membaikinya. Tapi bila cakap dengan Kak Atiyah, Kak Atiyah takkan terima, lebih-lebih lagi kami ini hanya adik-adik. Sedangkan Tuhan pun Kak Atiyah boleh persoalkan.
10. Kak Atiyah nak orang layan Kak Atiyah, raikan Kak Atiyah tapi ingat tak dah berapa ramai orang yang Kak Atiyah zalimi. Sekarang Kak Atiyah minta pembelaan dari manusia yang tak kenal Kak Atiyah dan Kak Atiyah pun tak kenal mereka untuk bela Kak Atiyah atas apa yang Kak Atiyah katakan bahawa Kak Atiyah dizalimi, didera. Entah berapa lama lah orang tahan untuk jaga Kak Atiyah.
11. Sedarlah Kak Atiyah, dalam dunia ni yang nak jaga kita walaupun sanggup dihina oleh satu dunia, tapi tetap akan jaga kita kerana Mursyidnya, hanya Tuan Nasiruddin dan Cik Zura yang Kak Atiyah tuduh menyeksa Kak Atiyah di depan ahli di Turki.
12. Tuan Nasiruddin dan Cik Zura yang minta bawa Zainab dengan harapan agar Kak Atiyah berubah tapi anak Kak Atiyah yang Kak Atiyah kata rindu tu Kak Atiyah tengking herdik je dia. Dia ketakutan melihat maknya. Cukuplah Kak Atiyah dengan segala penipuan Kak Atiyah.
13. Kalau Kak Atiyah bacalah apa yang kami tulis ini, Janganlah Kak Atiyah rasa pula kami nak menghina. Sebab Abuya dan Ummu tak pernah ajar begini tapi demi menjawab tuduhan Kak Atiyah terhadap perjuangan Abuya dan orang-orang Abuya, kami kena menebusnya dengan membuat pembelaan ini. Kerana kita anak Abuya tapi kita paling tak membela Abuya.
14. Kak Atiyah mesti ingat tapi Kak Atiyah mungkin buat-buat lupa. Dari awal Ummu nak tinggalkan kita di Jerash. Kerisauan Ummu pada kita hingga Ummu sendiri tak boleh senyum. Sebelum pergi Ummu sebut pada kita semua, bagi siapa yang dengar. “Kalau kamu tak kuat dengan Tuhan, musuh boleh buatkan sesama kamu ini berzina!” Mana kita pernah rasa apa dalam hati Abuya dan Ummu. Musuh dalam diri nafsu pun kita tak dapat nak lawan, mana mungkin kita boleh nak kuat bila berhadapan dengan musuh lahir kita. Bahkan kita sedang bersekongkol sama denga mereka.
15. Dulu Kak Atiyah sakit pedih dan tak nak langsung baca apa ada dalam FB bila Kak Atiyah dapat tahu Abg Dad sendiri perli dan hina Ummu dan perjuangan ketika itu, sekarang Kak Tiyah buat lebih dari itu! Apa rasa Abuya ya pada kita anak-anak?
16. Baru ni dalam perjalanan Tuan Nasir sebut, ingat Abuya tak sedih ke apa berlaku pada Atiyah? Abuya sedih. Tapi kita anak- anak mana peduli perasaan Abuya. Sebaliknya adanya orang seperti Tuan Nasir yang kuat hatinya dengan Abuya, begitu juga para pemimpin yang lain dalam GISB ini, kita anak Abuya sakit hati pula dan berdengki. Jauhnya kita. Anak jenis apa ya kita ni? Sedihnya...
17. Sekarang apa yang Kak Atiyah nak pertahankan? Nak pembelaan cara apa? Kalau segala pembelaan yang dibuat oleh GISB Kak Atiyah rasa satu penzaliman. Kak Atiyah nak hidup mewah? Hidup bebas tanpa ada siapa tegur dan ingatkan Kak Atiyah? Tak terima Ummu jodohkan dengan Tuan Fadhil, Kak Atiyah ada pilihan sendiri dan Kak Atiyah yakin Kak Atiyah boleh bahagia tanpa ada masalah? Itulah tanda kita tak yakin dengan Abuya. Kita tak terima sistem Abuya sebenarnya dah lama dah. Jadi lihatlah apa nasib kita anak-anak Abuya sekarang. Lebih baik ke dari orang lain
18. Percayalah orang terima kita kerana berkat Abuya. Dan Tuhan masih muliakan kita kerana Abuya. Kita tumpang kebesaran Abuya tapi kita tak bela Abuya.
19. Sedangkan para pemimpin GISB sekarang ini sedang sangat menjunjung Abuya dan perjuangan Abuya walapun mereka dihina oleh keluarga Abuya sendiri. Mereka lebih mulia dari kita. Tuhan pandang hati mereka kerana itu GISB terus dibantu sampai sekarang atas kesanggupan hidup mati mereka untuk Abuya sebab itu orang tengok Abuya dah meninggal dunia tapi syarikat Abuya hidup kerana jiwa Abuya ada pada mereka.
20. Abuya tulis dalam sajak Abuya, Abuya kamu tak macam ayah orang lain. Abuya tak bagi kamu wang dan kesenangan tapi Abuya bagi kamu Tuhan. Kerana Tuhan itu terlalu mahal nilainya .
Untuk ingatan diri saya sendiri dan semua adik beradik khususnya Kak Atiyah pada waktu ini, saya terlalu yakin jika jemaah ini diserahkan pada kami anak-anak Abuya, lebih besar kehancuran akan berlaku berbanding kemenangan Tuhan kerana lihatlah sendiri bagaimana sikap kita. Sedangkan kalahnya musuh tehadap Abuya itu kerana akhlak tapi atas nama adik-beradik pun kita tidak mampu bersatu . Akhlak kita sangat merosot.
Adalah sebahgian di kalangan kita ini sedang nak disatukan dan dikepung atas nama perjuangan itupun kerana berkat orang-orang Abuya yang kini memimpin GISB ini.
Terimalah hakikat bukan kita orang yang berjasa dalam perjuangan Abuya ini walaupun kita anak Abuya. Kita sedang diajak sama. Ikutlah pemimpin yang Abuya lantik, pada mereka itu kita akan direzkikan untuk bersama Abuya.
Yakinlah! Selagi Tuhan masih beri peluang pada kita, belajarlah . Orang lain pun Abuya selamatkan, takkan anak Abuya, Abuya tak nak selamatkan. Tapi kalau kita tak berubah, Abuya bersedia untuk tinggalkan kita kerana Tuhan dan Rasul-Nya, Abuya takkan gadaikan prinsip Abuya walaupun kepada anaknya. Terima kasih Tuhan, terima kasih Nabi, terima kasih Abuya, Ummu, terima kasih para pemimpin kerana terima kami lagi. Ampunkan dosa kami wahai Tuhan dengan keberkatan mereka.
Kakak Boqah, Sepang.
Comments