Skip to main content

Surat dari Adib

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،
بسم الله الرحمن الرحيم.
     

Buat kak Atiyyah yang dikasihi..
Ini sedikit Luahan hati Adib untuk Kak Atiyyah, salah seorang dari 2 orang Adik lelaki kandung kak Atiyyah yang sangat  sangat mengharap Kak Atiyyah semakin nampak betapa hebatnya Allah membolak balikkan hati-hati setiap kita.

Maha besar Tuhan dari menzalimi hamba hambanya, melainkan hamba itu sendiri menzalimi akan diri mereka.
  
Kak Atiyyah ingat tak Abuya Umu? Ayah dan Ibu Kandung Kak Atiyyah!!! dan yang paling besar Ayah ibu kepada hati hati kita yang ajar didik kita agar Takut Allah  Rindukan Nabi. membesarkan dan mentaati Pemimpin.

Kak Atiyyah ingat tak? waktu Umu ada..sebelum Umu pergi tinggalkan kita.
Umu selalu cakap dan ingat ingatkan pada kita.
"dalam Al Qur'an yang kita baca, Allah ceritakan Aku siapkan Syurga Neraka untuk hamba hambaku tapi Allah ingatkan pada hamba hambanya..Akan Nikmat Syurganya dan azab api nerakaNya. Allah juga ingatkan akan kekuasaaNya!!! Tapi ramainya hamba-hambaku yang derhaka. jadi selayaknyalah Allah campak ke dalam neraka !!!"
lebih kurang macam tulah maksudnya. Adib tak ingat ayatnya yang tepat, seperti mana yang Umu sampaikan.
Cuba kita tanya diri kita,
Kak Atiyyah tanya diri kak Atiyyah..
ada rasa apa-apa tak dalam hati bila dengar???

Kalau tak ada rasa apa-apa, jelaslah kita sebenarya tak rasa dan tak yakin pun tuhan tu ada.

Sebab tu Abuya ajar kita Takut Allah sampai ke dalam hati kita, bukan sekadar nak manis-manis bahasa dan jadikan modal untuk kita bercakap, tapi kitalah yang paling tak takut Allah.
Adib Nak cakap lebih lebih pun malu, Adib sendiri masih jauh nak dapat rasa tu.

Adib nak ajak kak Atiyyah ingat semula, waktu Abuya ada dulu, sebelum Abuya pergi, Allah uji Abuya sakit tak boleh jalan. Kalau makan tu, kita nak kena bantu suapkan Abuya. Waktu tu kita anak anak di gilir-gilirkan jaga Abuya. Kita picit Abuya, suapkan makanan pada Abuya dan kita sembahyang jemaah dengan Abuya.
Kalau yang lelaki jadi imam Abuya. tgklah Abuya, dalam sakit terus tetap mempertahankan sembahyang jemaah
Tapi waktu tu ramai anak anak Abuya yang nak tumpang seronok makan makanan yang di hidangkan pada Abuya, malah ada yang bergaduh dan berebut makanan.

Sampai Abuya luah pada Umu
"Anak Anak Abuya kalau picit Abuya, bila Abuya dah berdengkur semua lari tinggalkan Abuya"

Sampai sekarang Adib ingat Umu ceritakan pada Adib cerita ni, sebab Abuya sebenarnya tak tidur pun.
Sebagai anak pun kita gagal nak berkorban berkhidmat pada Abuya, Abuya yang dah tak terkira banyaknya jasa pada hidup kita sampai hari ini.

Sebesar-besar jasa Abuya kenalkan kita pada Allah dan Rasulullah, untuk dijadikan modal dalam segala aspek kehidupan. itupun sejauh mana kita rasakan dan bawa dalm hidup kita.

Sebenarnya Adib nak cerita, harap kak Atiyyah tak lupa peristiwa ni. Ada suatu hari kak Atiyah dijadualkan suap Abuya dan waktu tu Kak Atiyyah ketakutan nak suap Abuya sebab mungkinlah segan malu dengan Abuya. 

Bila sedang suap suap tu,kak Atiyyah tak perasan, termasuk tulang kambing sebesar biji guli dalam mulut Abuya. Abuya keluarkan tulang tu kemudian Abuya terus tinggi suara dan cakap, “nak bunuh Abuya ke?"
Yang Adib pelik sampai ke hari ini, Kak Atiyyah tak mintak maaf pada Abuya, tapi kak Atiyyah serta merta letakkan pinggan dan sudu tu tepi katil Abuya dan keluar dari bilik, merajuk sebab Abuya marah. Kalau kak Atiyyah nak tahu, lepas kak Atiyyah lari keluar bilik tu, terus Abuya senyum pada kami yang ada dalam bilik sekali.

Itu jelas sebenarnya Abuya bukan marah kak Atiyyah dari hati tapi nak uji ketahanan kak Atiyyah. Malangnya kak Atiyyah tak sanggup kena marah. keciknya jiwa kak Atiyyah.

Kak Atiyyah sendiri cuba kenangkan dan nilailah diri macam itu ke sepatutnya Kak Atiyyah buat pade Abuya??? Itu dalam keadaan Abuya sakit.

Sebenarnya atas fitrah seorang anak pada Ayah pun dah rosak! kak Atiyyah gagal dan sangat-sangat tak ada adab, bahasa kasarnya kurang ajar!

Waktu Abuya depan mata kak Atiyyah pun, sanggup kak Atiyyah buat macam tu?tak peliklah kalau kak Atiyyah jadi kak Atiyyah yang sekarang ni!!!

Abuya yang orang hormati pun kak Atiyyah sebagai anak tak hormat!!! nak Takut, nak malu, tak yah ceritalah.

Sekarang ni Kak Atiyyah rasa kak Atiyyah bebas, rasa  berkuasa tapi salah pilih kuasa.
Kak Atiyyah tahulah sangat dan selalu kak Atiyyah ungkapkan setiap kali kuliah-kuliah yang Kak Atiyyah berikan, Allah lah sebesar-besar yang maha berkuasa. Tapi kenapa sekarang ni nampaknya kak Atiyyah lebih besarkan kuasa-kuasa lain yang hakikatnya tak berkuasa pun untuk bela diri Kak Atiyyah dan akhirnya kak Atiyyah tak terbela pun, malah terhina sampai sanggup tunjuk lengan pada satu dunia.
Bukan kak Atiyyah tak tahu batas-batas syariat Perempuan dalam Islam. Adib tak buka aib kak Atiyyah tapi kak Atiyyah sendiri yang buka aib diri sendiri.

Sekarang Allah buka aib kak Atiyyah oleh diri kak Atiyyah sendiri. Eh!!!Tuhan yang izinkan berlaku!! kenapa Allah izinkan? tanyalah hati!tanyalah diri!
Ini Adib nak bantu jawabkan.
Sebab kak Atiyyah sendiri selalu buka aib orang! Maruah orang pun kak Atiyyah tak reti jaga!

Cukup Adib bagi 1 contoh:-
Pernah tak di Jarash tempat yang kononnya kak Atiyyah rindu sayang sangat tu. Kak Atiyyah ambil pakaian dalam  baju seluar remaja perempuan dan kak Atiyyah bawa kedalam perbarisan???  Tunjukkan pada remaja lelaki yang turut ada sekali dalam perbarisan pagi!!!

Siapa yang ajar Kak Atiyyah beri pendidikan pada remaja dengan cara yang macam tu? kononnya nak didik agar berdisiplin! ini lah penzaliman dan sangat sangat merosakkan. 
Kak Atiyyah renung-renungkan dan taubatlah!
Allah tak ampunkan selagi orang orang yang kak Atiyah zalimi tu tak maafkan kak Atiyyah. Adib tak rasa kak Atiyyah akan mohon maaf pada mereka. Adib ceritakan ni bukan dengar cerita orang tapi Adib sendiri tengok depan mata.

Moga moga Allah ampunkan kita.

Dalam Video yang kak Atiyyah sebarkan atas tujuan nak dapatkan pembelaan dan mempertahankan diri atas benarnya diri kak Atiyyah yang merasakan lebih baik sampai sanggup nak murtad dan mati Kafir, 
Kak Atiyyah tahu ke sebesar mana dosanya dan hukuman yang Allah akan timpakan?Kalau takut dan menyesal kak Atiyyah tanyalah sesiapa yang boleh ceritakan pada kak Atiyyah!!! Kak Atiyyah kan sedang ramai kawan-kawan yang nak membantu? Takkan tak ada seorang pun yang nak bantu ceritakan, mustahillah tak ada siapa yang boleh bantu ceritakan!

Dalam Video tu kak Atiyyah tak sebut yang kak Atiyyah janda, kenapa? malu ke? rasa hina ke? Kan Abuya ceritakan pada kita. Rasulullah sangat sukakan anak yatim dan janda2,
Rasulullah sering bergaul dan membantu mereka.
Kenapa salah berperasaan?

Dulu Kak Atiyyah kan selalu jerit-jerit sampai semua orang yang duduk dengan kak Atiyyah dengar, “Tuhan aku ni janda, aku tak boleh terima" sampai kak Atiyyah sebut "aku nk jual diri"

Pernah Zainab tanya pada Kak Atiyyah di Jarash, depan mata Adib. waktu tu kak Atiyyah sedang nak siap-siap pergi kenduri di rumah orang arab jordan. bukan orang tu jemput, tapi kak Atiyyah yang jemput diri sendiri. waktu tu Zainab tanya, “Mama nak pergi mana?"
Kak Atiyyah boleh jawab "Aku nak jual diri!"
Nasib baiklah waktu zainab kecil dia tak faham.

Dengan Tuhan pun kita nak marah? Tuhan yang uji kita jadi janda. Kita nak lawan? Kita cabar Tuhanlah tu.
Orang macam ni ke Tuhan nak bela? Tuhan nak bantu?
Zainab sayang Kak Atiyyah atas sebab fitrah dia sebagai anak, tapi depan mata Adib jugalah zainab dia tak nak dengan kak Atiyyah! dia menangis bila Adib suruh berjalan dengan kak Atiyyah. Dia elak-elak nak berjalan dengan kak Atiyyah.
Dia budak lagi, hati dia suci bersih. Hati dia menilai dari apa yang dia nampak. Jangan sampai Allah hilangkan dan tarik rasa sayang Zainab pada kak Atiyyah!
Hati bukan milik kita tapi milik Allah.
Dengan keadaan kak Atiyah yang masih belum berubah, apa yang kak Atiyah harapkan supaya Zainab dikembalikan pada Kak Atiyah? Diri kak Atiyah pun tak mampu dijaga, apakah kak Atiyah juga nak rosakkan Zainab? Mengapa Zainab nak dijadikan mangsa?

Abuya kan ada buat buku 'mengenali diri melalui rasa hati' kak Atiyyah mesti dah habis baca. Yang Adib boleh kongsikan, Abuya nak ceritakan, dalam diri kita ni ada hati yang suci yang Tuhan Anugerahkan. hati inilah yang patut kita rujuk kita jaga untuk kita kenali diri, nafsu dan akal kita.
Tapi kebanyakkannya kita merujuk pada akal dan nafsu yang sangat jelas merosakkan.

Kami adik-adik kak Atiyyah sentiasa terus doakan kakak Sulung kami, di samping kami adik-adik kak Atiyyah sangat-sangat sedang di didik diingatkan dan di pandu oleh para Pimpinan yang Abuya Umu hadiahkan pada kami untuk kami mengenali Abuya Umu dan perjuangan dari mereka, atas pembuktian mereka yang sanggup susah-senang bersama, setia dalam perjuangan yang Abuya lagangkan ini. mereka tekankan dan tegaskan pada kami agar terus sentiasa rasa berdosa dan lebih-lebih lagi takut akan keselamatan dan nasib diri kami di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat.

Mohon Ampun ya Allah!!!kami mengharap atas keberkatan Rasulullah dan para kekasihMu, sudilah engkau ampunkan segala dosa-dosa kami. Dosa dosa yang telah kami lalukan yang sedang kami lakukan dan yang kalau-kalau kami lakukan di masa hadapan

#Di sini Adib sertakan sebuah sajak yang nak di hadiahkan pada kak Atiyyah

"Nafas perjalanan hati"

ku susuri aliran perjuangan ini
Perjalanan menghayati destinasi abadi
Menagih janji oleh Tuhan ku
Kan ku bangun berdiri dan terus maju

Bimbingan menghalusi perjuangan
Dengannya hati akn terus terpandu
Seorang pemimpin hati hadir dalam diri
Segala taqdir tuhan, aku terima

Pemimpin yang membongkar isi hatiku
Oleh caranya iaitu cara Tuhan dan Nabi
Ku cuba kenalinya dengan cara ku namun gagal!
Rupanya roh suci sahaja mampu mengenalinya

Ganjilnya dia kerana lahirnya sepertiku
Tetapi linangan air mata membasahi perjuangannya
Aku tidak melihat perbezaannnya dengan islam
Kerana islam itu nafasnya

Menggila nafsuku oleh dirinya
Kekuatan rohnya mencabar kejahatan 
Hari demi hari terasa perubahan hati
Barulahku tahu nafsu ini sudah mula tunduk akur

Wahai jambatan hati 
Dikau ialah keselamatan abadi.



Wabihi wallahu a'lam 

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim..
Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga.
Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran..
1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelajar yang ditaja oleh…

Surat dari Yah

Bismillahirrahmanirrahim...
Kepada Kak Atiyah yang diingati, Mudah-mudahan apa yang Yah tulis ni untuk Yah sendiri terus mengambil pengajaran dari apa yang dah berlaku. Sebab Iman itu bukan boleh diwarisi walaupun atas nama darah daging sendiri. 
1. Yah masih ingat macam mana pernah Yah sendiri tengok dari dulu lagi K.Atiyah kalau ditegur oleh Abuya (kadang-kadang ditegur tu hanya gurauan sahaja) tapi K.Atiyah akan merajuk dan tarik muka pada Abuya. Maksud Yah kongsikan ini, Sebab memang dari dulu lagi K.Atiyah ni sikap tu macam ni, macam yang dah diceritakan oleh K.Khaulah sendiri yang lebih kenal K.Tiyah. 
2. Bahkan pernah sahaja K.Atiyah (ketika tu masih ada Ummu lagi) punyalah K.Atiyah geram dengan Zainab sebab adalah Zainab ni buat perangai (perangai sebagai budak kecillah, bukan Zainab tu dah dewasa) Sampai K.Atiyah punyalah tak sabar, ambil cawan baling hampir nak kena pada Umu waktu itu. Tapi Umu tenang sahaja sebab Umu kenal sikap K.Atiyah tu. 
3. Ampun maaf K.Atiyah, Zainab send…