Skip to main content

Surat dari Sofwah

Assalamualaikum 

Kak Atiyyah yang sangat-sangat pernah berjasa pada kami adik-adik khususnya. Hanya Allah mampu membalasnya dengan menyelamatkan Kak Atiyyah dan kita semua di dunia dan di akhirat atas keberkatan para kekasihNya. Namun, atas nama kebenaran. Inilah yang kita kena sama-sama lalui. Moga kita di ampunkan. Atas keberkatan para kekasih Tuhan .

1- Memang  tak dinafikan Kak Atiyyah sangatlah seorang kakak yang prihatin. Sangat memastikan kebajikan kami bahkan orang lain. Makan minum pakaian. Tapi Kak Atiyyah tertipu, kerana Kak Atiyyah hanya pentingkan kebajikan lahir. Malah sanggup mencuri untuk keperluan lahir. Sedangkan  roh, sangat-sangat Kak Atiyyah tak ambil berat bahkan tak nak ambil berat! 

2- Ummu ada beberapa kali ceritakan, yang mana dari dulu lagi Ummu tahan hati dengan  Kak Atiyyah. Sampaikan Ummu tanya pada Abuya. Kenapa Abuya tunaikan je kehendak Atiyyah. Atiyah minta duit, Abuya tak pernah tak bagi. Lepas itu Abuya jawab, "Tak apa, satu hari nanti kita rentap, dia dah tak boleh cakap apa!" Takutnya dengan Abuya ya. Patutlah Ummu pernah sebut, kena takuti Abuya itu, sebab Abuya boleh buang kita demi Tuhan. Kalau kita tak nak terima kebenaran yang Abuya bawa. 

3- Pernah satu hari saya ingatkan Kak Tiyah  tentang baju raya anak-anak remaja perempuan di Jordan yang belum ada. Saya kata; “Kak Tiyah, ada beberapa remaja yang belum ada baju raya.” Waktu tu Kak Tiyah jawab. "Tak payah nak ingatkan Kak Tiyah, Kak Tiyah tahulah kerja Kak Tiyah!" Rupanya dalam memikirkan kebajikan orang lain, Kak Tiyah dah sangat rasa berbuat. 

4- Pernah YBM Ibu Gina ceritakan, bagaimana di waktu syarikat GISBH di hadiahkan dengan janggut Rasulullah SAW (oleh seorang Syeikh besar) ketika di Turki. Habis saja program, Tuan Rasidi masuk ke bilik, hal pertama yang Tuan Rasidi terus cakap pada Ibu Gina ialah, Moga-moga dengan dapatnya juzuk suci Janggut Rasulullah SAW ini, moga Atiyah dapat  diselamatkan. Dahsyatnya hati Tuan Rasidi. Yang sangat inginkan keselamatan Kak Tiyah, anak pada Guru Mursyidnya! 

5- Kakak Barokah pernah ceritakan pada saya. Kakak terdengar Tuan Nasir cakap pada Emir Idris (anak kecil Tuan Nasir), Emir, Emir, Emir doakan ye. Nanti bila Cik Tiyah dah sembuh, kita minta semua zon GISB buat kenduri sembelih lembu, tanda syukur! Itulah hati Tuan Nasir yang sangat  nak selamatkan Kak Tiyah. Orang yang Abuya pernah sebut; “Tak apalah Abuya mati dulu! Jangan Nasir yang mati.”

6- Dulu, sebenarnya Tuan Nasir itu sempat jadi pengarah zon Jerash, Jordan. Tapi sampai satu masa, Ummu tukarkan pada Tuan Nasar jadi pengarah zon Jordan. Jadi waktu tu, Ummu minta kak Atiyyah bercakap mengulas hal itu dalam majlis. Saya ingat lagi Kak Atiyyah cakap “Bezalah sangat keadaan Jerash sebelum  ini dan sekarang. Sekarang nampaklah terbela, zon turut bantu khususnya kewangan.” Semua orang sangat faham, Kak Atiyyah maksudkan sebelum ini zon dengan Tuan Nasir tak terbela. Tapi Ummu cepat-cepat cakap dan betulkan, "Atiyyah tahu tak yang Jerash terbela sekarang ni pun berkat doa ‘ORANG JAUH’. Itulah dia Tuan Nasir!.

7- Waktu Kak Atiyyah dah di Turki, Cik Zura selalu tanya pada kami semua, adik-adik perempuan Kak Atiyyah.  "Dah berapa kali doakan Kak Atiyyah? Makan-makan tu ingat Kak Atiyyah tak?  Cik zura makan daging, lemak ayam, kulit ayam teringat sangat Atiyyah! Cik Zura malam-malam sapu kepala Kak Tiyah. Waktu Kak Atiyyah tidur. Kamu semua ade buat tak? "Kami Semua jawab: “Tak!”. Cik Zura sedih sangat sebab; “itu kan kakak kandung, kenapa tak rasa nak selamatkan.” Kak Atiyyah!!  Itulah hati Cik Zura pada Kak Atiyyah. Pada kita semua. Orang  yang sedang Kak Tiyah hina-hina tu. Itulah hati Ummu. Ertinya Kak Atiyyah sedang hina Ummu. 

8- Satu ketika, Abuya sedang proses Ummu. Waktu tu Abuya di Nilai, Seremban. Beberapa bulan Ummu tak dibenarkan jumpa Abuya. Memang waktu tu, ada sebahgian ahli jemaah bahkan anak Abuya sendiri ambil peluang untuk mengata Ummu. Tapi yang saya sangat terkejut, boleh terkeluar dari mulut Kak Atiyyah, “Kalau Abuya buang Ummu, Kak Atiyyah nak ikut Ummu!!”.. Kak Atiyyah tahu tak, sedangkan Ummu sendiri sangat faham Abuya sedang proses Ummu. Bahkan Ummu sangat rasa tak mampu kehilangan Abuya. Ummu kan pernah cakap "Kalau Abuya buang saya, kucing kurap pun tak nak saya”. Begitulahh hati Ummu pada Abuya, kerana Ummu tak hanya melihat Abuya itu suami. Tapi Abuya itu Islam. Pada  Abuya ada Tuhan, Rasul, Iman, kebenaran! Abuya itu pemimpin yang nak bawa Ummu dpt Tuhan, Rasul. Macam mana Kak Atiyyah boleh cakap perkara sedahsyat itu. Sampaikan saya dan abang Humam mengadu pada Abuya waktu tu. Abuya terus cakap, "Ummu itu isteri Abuya. Abuya tahulah apa yg Abuya buat!" Ampunkan kami Abuya, ampuunn Abuya. Memang kami sangat tak kenal Abuya Ummu. Walaupun kami darah daging Abuya! Sangat-sangat jauh. Sedangkan  para pemimpin yang sedang memimpin GISB skrg ini, sangat  kenal dan mendapatkan Abuya itu dengan hati. Bagaikan mereka itu merangkak atas salji, susah payahnya nak dapatkan Iman dan Islam yang ada pada Abuya. Layaklah mereka itu Tuhan muliakan di waktu ini dan selamanya. Amin Ya Allahh. 

9- Kak Atiyyah, saya sekarang diberi peluang duduk di Turki. Untuk belajar, dan Tuan Nasir ajarkan agar niatlah buat apa pun untuk tebus dosa pada Abuya. Di sini ada anak-anak Tuan Nasir. Yang sangat saya belajar dan kena terus belajar dari  mereka. Ayah mereka yang Kak Atiyyah sedang hina tu, itulah orang yang sedang bela ayah kita, Abuya. Yang sedang sambung perjuangan Abuya, Ummu. Anak-anak Tuan Nasir bukan membesar dalam keadaan disanjung, ada jawatan, dimuliakan, diraikan macam kita anak-anak Abuya ni, tapi atas berkat Tuan Nasir, mereka jadi orang  yang sangat bertanggungjawab. Sangat ambil tahu dari hal dapur sampailah hal yang besar-besar dalam syarikat Abuya ini. Itulah yang sedang  Tuan Nasir tagih pada kita anak-anak Abuya ni. Jadilah sebaik-baik manusia, jadilah tawadhuk mcm Abuya.Patutnya Kak Atiyyah terima kasih pada Tuan Nasir, Cik Zura yang dah tolong jaga adik-adik Kak Atiyyah ni. Kan Kak Atiyah risau sangat kebajikan adik-adik. Sekarang  Tuan Nasir dan Cik Zura sedang  sangat jaga kebajikan kami lahir lebih-lebih yang ROH. Sebab  Tuhan tak nilai yang luar. Tuhan tengok hati kita.

10- Kak Atiyyah tahu tak? Itupun kalau Kak Atiyyah nak ambil tahu. Banyaknya  kata-kata Tok, tentang Tuan Nasir, Cik Zura. Antaranya,

i. Nasir tu baik. Dari kecik lagi  dia baik. Tak cakap banyak. Dia orang kaya, tapi lari dari keluarga sebab nak ikut Abuya".

ii. Azura tu mak yang paling baik sekali. Dia cakap elok-elok tak marah. Ummu tu dia macam lelaki, tak sempat ajar anak-anak. Azuralah yang ganti Ummu nak ajar anak-anak ini. Mak Ngah (kakak Ummu) pun pernah sebut, Azura tu sebijik macam Ummu. Kak Atiyyah tak sayu ke.

11- Di Turki setiap hari, tiap kali berdoa, dalam tahlil. Tuan Nasir akan doakan Abuya dan keluarga Abuya. "Ya Allah tolong selamatkan Abuya, keluarga Abuya, dan jemaah Abuya. Tolong kembalikan isteri, anak, cucu Abuya ke pangkuan Abuya". Setiap hari, setiap waktu. Inilah doa TUAN NASIR! orang yang Kak Atiyah sedang  benci tu. 

12- Pernah ada antara kita anak-anak Abuya, tanya pada Tuan Nasir. Sejak bila Tuan Nasir mula nak bela anak-anak Abuya? Tuan Nasir jawab, dari sebelum anak-anak  Abuya lahir lagi ana dah niat, ana nak bela".

13- Kita belajarlah, bukankah Ummu pun mengatakan, bahawa Ummu juga lemah untuk  memahami Tuhan yang Agung. Nabi yang sempurna. Tapi Ummu belajar, belajar merasakan terlalu perlunya pada Allah dan Rasul, juga terlalu perlu pada Abuya yang sedang membawa kebenaran ini. Atas nama kebenaranlah Abuya sampai berdoa, "Kalau ada anak Abuya yang jadi musuh pada kebenaran ini, Abuya doa mati. Tak mati, lumpuh! Tak lumpuh gila!“ hebatnya hati Abuya.

Bacalah sajak-sajak Abuya untuk anak-anak Abuya dan anak-anak pejuang untuk ingatan diri kita sendiri yang sangat masih jauh dan gagal dalam nak memahami hasrat Abuya, hasrat para pemimpin dan perjuangan. Kak Atiyyah, kita bacalah dengan hati moga hati kita Tuhan pimpin.


Fah, Turki

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a