Skip to main content

Surat dari Yah

Bismillahirrahmanirrahim...

Kepada Kak Atiyah yang diingati, Mudah-mudahan apa yang Yah tulis ni untuk Yah sendiri terus mengambil pengajaran dari apa yang dah berlaku. Sebab Iman itu bukan boleh diwarisi walaupun atas nama darah daging sendiri. 

1. Yah masih ingat macam mana pernah Yah sendiri tengok dari dulu lagi K.Atiyah kalau ditegur oleh Abuya (kadang-kadang ditegur tu hanya gurauan sahaja) tapi K.Atiyah akan merajuk dan tarik muka pada Abuya. Maksud Yah kongsikan ini, Sebab memang dari dulu lagi K.Atiyah ni sikap tu macam ni, macam yang dah diceritakan oleh K.Khaulah sendiri yang lebih kenal K.Tiyah. 

2. Bahkan pernah sahaja K.Atiyah (ketika tu masih ada Ummu lagi) punyalah K.Atiyah geram dengan Zainab sebab adalah Zainab ni buat perangai (perangai sebagai budak kecillah, bukan Zainab tu dah dewasa) Sampai K.Atiyah punyalah tak sabar, ambil cawan baling hampir nak kena pada Umu waktu itu. Tapi Umu tenang sahaja sebab Umu kenal sikap K.Atiyah tu. 

3. Ampun maaf K.Atiyah, Zainab sendiri cerita pada Iyah, K.Atiyah pernah ajak semua kawan-kawan di Jerash untuk menghina-hina pemimpin di Jerash. K.Atiyah kenapa tak jaga adab depan anak sendiri. Jadi jangan peliklah Zainab tak nak duduk dengan Mama dia. Patutlah sekarang K.Atiyah sanggup hina-hina dan fitnah pemimpin sebab dari dulu lagi macam tu.

4. Walaupun masih kecil Zainab dah pandai menilai, Zainab akan cakap, Abi lagi baik. (Abi tu Tuan Fadhil). Maksud Zainab cakap macam tu bukan dia tak suka mamanya. Tapi sebab dia tengok Mama dia pun tak boleh didik dia, apa lagi nak bagi Zainab Tuhan. 

5. Zainab juga ada cerita pada Yah. Kalau Zainab jumpa Abinya tu, selalu Abinya tu cakap pada Zainab, "Doakan Mama ye "... Itulah hati Tuan Fadhil yang K.Atiyah sedang hina-hina sangat di FB, report polis, grup Tarekat dan pada NGO sekarang!!

6. Kami adik beradik sebenarnya juga banyak buat kesalahan. Tapi tujuan tulisan ini niatnya nak kita sama-sama sedar bukan cara macam ini yang kita diajar oleh Abuya dan Ummu untuk selesaikan masalah. Kan diajar untuk kita mengadulah pada Tuhan. Tapi Yah jadi pelik kenapa K.Atiyah yang Yah kenal tapi dah makin jauh menyimpang sampai sanggup tunjuk tangan aurat di youtube semata-mata nak tunjuk parut. Sedangkan dulu, K.Atiyah yang selalu ingatkan kami adik2 untuk jaga syariat! Kalau tunjuk pada saksi, hakim atau doktor, mungkin boleh terima. 

7. Sedangkan Yah sendiri belajar dan rasakan untuk benar-benar dapatkan rasa sayang atas nama fitrah dan atas nama perjuangan sesama adik-beradik kita tu bila kita duduk dengan Tuan Nasir dan Puan Azura. Sebab Tuan Nasir dan C.Zura sangatlah faham hasrat Abuya dan Ummu terhadap anak-anaknya.

8. Sebenarnya tengok apa yang berlaku ujian pada K.Atiyah ni kecil sahaja nak dibandingkan dengan orang lain. Orang lain yang tak faham akan membesar-besarkanlah masalah ini. Sedangkan kalaulah semua di luar sana yang ikuti perkembangan ini nak tahu, kepimpinan GISB yang dihina-hina, khususnya Tuan Rashidi, Tuan Nasir dan Tuan Dato Lokman yang sangat-sangat menjaga K.Atiyah lebih dari anak sendiri.

9. Sebagai contoh simplelah di Turki tu klu K.Atiyah dah buat-buat perangai tu, nanti Tuan Nasir akan cakap pada kami adik beradik, "Cuba tanya Atiyah tu, mungkin dia lapar tu, ajak lah dia makan". 

10. Ampun maaf ye K.Tiyah, janganlah senang-senang nak cakap kami adik beradik ni digunakan oleh Tuan Nasir untuk sakiti K.Atiyah sebab pada Yah atas nama fitrah pun bukan Yah tak ada geram dengan sikap K.Atiyah tapi berkat duduk dengan Tuan Nasir dan C.Zura lah Yah di ajar bersabar. Sedangkan Yah akui dan tak boleh nafikan, begitu juga dengan adik beradik yang lain, dengan Tuan Nasirlah kami baru dapat rasakan perasaan sebenarnya fitrah sesama adik beradik yang hakiki lebih-lebih lagi atas nama Perjuangan iaitu kena sayang pada kakak atas nama Allah, bantu K.Atiyah betulkan perasaan terhadap Allah dan syariatNya.

11. Tuan Nasir khususnya setiap dalam doanya tak pernah berhenti berdoa sebut "Ya Allah tolong kembalikanlah anak, isteri, cucu Abuya, keluarga Abuya ke pangkuan Abuya.

12. Hati Tuan Nasir dan C.Zura ni nak sangat kita anak-anak Abuya paling faham hasrat Abuya. Lagi-lagilah untuk K.Atiyah sangat lah Tuan Nasir dan C.Zura ni tak henti ingat-ingatkan. Sampai kadang-kadang C.Zura tu kalau kami makan di dapur (K.Atiyah di bawah tak nak makan bila dah diajak-ajak) C.Zura akan cakap pada kami, ”Kamu jangan seronok-seronok makan sahaja, tak ingat ke pada kakak kamu tu? Ada doakan tak setiap hari pada K.Atiyah? K.Atiyah itulah paling Abuya sayang dan sangatlah jadi kakak yang jaga kebajikan adik-adik waktu Abuya dan Umu keluar berjuang". 

13. Bahkan bukan pada K.Atiyah sahaja Tuan Nasir dan C.Zura sayang. Abang Dad, Abang Atho dan Abang2 yang lain2 tu sangatlah Tuan Nasir dan C.Zura ingat. Bahkan kadang2 C.Zura nangis depan kami teringatkan ada anak-anak Abuya yang tak faham perjuangan, tak faham kesusahan yang Abuya tempuh ini. (Walaupun Abang2 belah sana tu sangatlah menghina Tuan Nasir dan C.Zura. hmmm kesiannya lah) 

14. Tapi C.Zura sebagai seorang mak (yang kami sangat2 rasakan), Bila dia tengok anaknya dalam keadaan tak faham dan tak nak diberi faham tentulah perlu ditegur. Ibaratnya ada seorang anak umur 5 tahun tiba-tiba nak melintas jalan raya, mestilah mak nya akan usaha semaksimum mungkin untuk tarik anaknya, kalau perlu diheret dan buat apa-apa lah. Yang penting kan keselamatan nyawa anak itu? Peliklah kalau ada orang lebih pentingkan dirinya bukan keselamatan anaknya.

15. Yah cerita tentang Tuan Nasir dan C.Zura pada K.Atiyah ni sebab nak ingatkan pada K.Atiyah, tolonglah kenang jasa mereka. Jangan lah pandai2 nak menghina orang. Cukuplah untuk keperluan lahir K.Atiyah je, itu pun sangatlah dijaga oleh Tuan Nasir dan C.Zura. Apa lagilah tentang keselamatan K.Atiyah dunia dan Akhirat.

16. Belum lagi nak ceritakan macam mana Tuan PE dan Ibu Gina pula jaga K.Atiyah. K.Atiyah biasa je jerit-jerit depan Tuan PE. Dari sudut umur pun dah tak ada adab!.

17. Ibu Gina tu selembut2 manusia. Bahkan Ibu Gina tu selalu menangis untuk K.Atiyah. Tapi konon sekarang bila K.Atiyah duduk di sana tu, macam lah orang-orang yang dengan K.Atiyah sekarang ni kesian sangat pada K.Atiyah! Baru sangat duduk dengan K.Atiyah macam dah sangat lah prihatin dan jaga K.Atiyah tu.

18. Kamu semua tak tengok macam mana Tuan PE cakap pada ibu-Ibu yang turut juga membantu khidmat menjaga K.Atiyah sebab semuanya niat untuk ambil berkat K.Atiyah sebagai anak Abuya dan Umu. Tuan PE sampai cakap, tak apalah, sabarlah klu Atiyah tu nak marah2 hatta kalau buat sesuatu yang diluar jangkaan kita ( contoh baling-baling barang macam pinggan atau menjerit-jerit), Sedangkan kita semua ni Abuya yang selamatkan. Jadi Abuya bagi anak dia seorang sahaja untuk kita jaga. Kita jagalah elok-elok. Ampun Ya Allah. Macam tu ya hati Pemimpin yang mereka tak ada apa2 pun ikatan lahir dengan Abuya, bukan anak, bukan menantu.

19. Jadi kami adik beradik jadi malu sebab K.Atiyah bercerita tentang Pemimpin-pemimpin dalam GISB ni sangat-sangat dahsyat, K.Atiyah macam dah tak ada hati dan perasaan ye? Tak fikir sedikit pun kebaikan mereka. Patut kita malu K.Atiyah. bayangkanlah, mereka ni Pemimpin2 dan semua lah dalam GISB ni, mereka bukan ada darah daging dengan Abuya, Tapi bila mereka diuji dalam perjuangan ni, mereka sangat tahan dan sangat2 sanggup lalui macam2 ujian sebab mereka faham yang Abuya ajar tu bila diuji tu kembalilah pada Tuhan. Tapi kenapa ye kita yang ada darah daging Abuya dalam diri kita ni tak membayangkan akhlak Abuya? Abuya tu menghina orang ke? Bukankah orang yang menghina Abuya tapi Abuya tetap senyum? 

20. Begitu jugak Umu? C. Zura selalu cakap pada kita kan K.Atiyah? Umu tu sebagai fitrah dia seorang perempuan tu pernah cakap pada C.Zura (sebab C.Zura rapat dengan Umu). Umu cakap pada C.Zura, " Zura, ada orang letak muka babi pada gambar umu " . Maksudnya hati Umu macam tu sebagai fitrah tu sedih tapi cuba tengok Umu ada ke cakap2 pada orang ramai hatta dengan kita anak2 yang Umu tu sedih? Bahkan Umu sangatlah kuat. C Zura cerita pada kita tentang semua ni sebab nak suruh kita anak2 Umu khususnya yang perempuan jadilah macam Umu tu. Tapi K.Atiyah tak nak pilih jalan ni!!! K.Atiyah nak pilih jalan lain.

21. Ampun Ya Allah...Mudah-mudahan di dunia ni kita sungguh2 lah baiki diri di atas segala dosa2 yang sudah kita lakukan. Ampun maaf atas tulisan Yah ni yang sebenarnya Yah pun belum baik. Tapi Yah nak terus bersama dengan Tuan Rashidi, Tuan Nasir, Tuan Lokman, Tuan Fadhil, Puan Gina, Puan Azura, Puan Fauziah yang mereka inilah yang menyambung perjuangan Abuya Ummu untuk bagi kita Tuhan. Khususnya kita anak-anak Abuya. Mereka dah bersama-sama dengan Abuya dan Umu waktu senang susah dalam perjuangan ini. 

22. K.Atiyah kembali lah. Renunglah dengan rasa hati K.Atiyah bukan dengan akal dan nafsu tu. Sebab hati tu sifatnya dia taat dan dia jujur.. (itulah selalu yang Tuan Nasir ingatkan pada kita semua)

23. Sebenarnya kalau Yah nak tulis tentang kebaikan K.Atiyah sangat-sangatlah boleh sebab Yah tahu kelemahan diri Yah. Tapi sekarang soalnya bukan nak cerita kebaikan K.Atiyah sebab sekarang K.Atiyah sedang sangat-sangat tak faham, bahkan yang lebih besar menghina-hina orang yang banyak jasa pada K.Atiyah!! 

24. Tindakan yang K.Atiyah ambil sekarang ni sangat2 lah perlu diberi peringatan. K.Atiyah sendiri pun sangat banyak menyakiti hati orang. Sedihlah K.Atiyah hanya pandai mereka-cerita tentang kejahatan-kejahatan Pemimpin2 GISB khususnya Tuan Fadhil. Sdgkn kita lagi jahat dari orang, sebab kita anak Abuya, patut dari kita ni orang boleh dapat sesuatu.Itu yang sangat Tuan Nasir nak bina kita anak-anak Abuya ni. 

25. Tuan Nasir tu berkhidmat dengan Abuya tu lama K.Atiyah, lebih 16 tahun. Sejak dari Yah tak lahir pun lagi! Kita ni dengan Abuya pun sebenarnya kita tak kenal. Tiba-tiba boleh keluar statement yang jemaah ni nak diserah pada K.Atiyah. Ampun maaf, agaknya jadi bagaimana huru-hara GISB ni di bawah pimpinan K.Atiyah. Kalau tak sabar dengan anak kecil seperti Zainab pun cawan boleh melayang, bagaimana boleh sabar dengan ribuan ahli GISB. Tak jadi lah GISB macam yang sekarang ni yang dah disambung oleh barisan-barisan Pemimpin-pemimpin yang dilantik, Yang Akhirnya GISB ni sangat-sangat boleh memberi manfaat kepada manusia2 yang lain. Selamat ke Zainab duduk dengan mama dia yang kalau marah macam-macam objek boleh terbang?

26. Ampun maaf dari Yah . Mudah2an kita ditaubatkan di atas dosa2 kita. Yah nak belajar rasa diri berdosa pun sebab berkat Tuan Nasir dan C.Zura lah yang ajarkan. Dahsyatkan Pemimpin2 GISB ni? Hati mereka ni sangat bawa kita untuk renungkan diri di atas dosa2 yang kita lakukan. Sebab itulah mereka sangat layak untuk menyambung perjuangan yang dah Abuya tinggalkan pada mereka untuk menyambungnya. Tengok mereka nampak Abuya dan Ummu. Terubat rindu kita pada Abuya dan Umu..K.Atiyah cuba lah rasa2kan semua ini ya.


Dari Yah, GISB Padang, Indonesia.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...