Skip to main content

Surat dari Fatim

Assalamualaikum
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi.
Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi.

2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun! 

3. Ohh rupanya Kak Atiyyah selama ni buat baik pada orang kerana mahu dibalasi, mahu dihargai, mahu dipuji, mahu dibayar kembali. Bila orang tak hargai Kak Atiyyah kerana sikap Kak Atiyyah yang selalu melampau, maka Kak Atiyyah pun akan ungkit-ungkit. Selama ini begitulah Kak Atiyyah! Semakin terserlah selama 3 tahun ini, itulah yang kami dapat saksikan. Tidak ada di bibir Kak Atiyyah kata-kata yang baik tentang orang lain tapi tentang diri, Kak Atiyyah akan sebut jasa-jasa Kak Atiyyah khususnya ketika Kak Atiyyah di Jordan. Bahkan Kak Atiyyah boleh cakap dgn marahnya : “Tak de langsung ke kebaikan pada diri aku ni?” Marilah kita malu dengan Allah dan orangNya Kak Atiyyah. Memang tiada sikit pun kebaikan pada diri kita!!

4. Kalau Kak Atiyyah di pihak yang betul, sepatutnya sebagai kakak, Kak Atiyyah lah yang paling kena tunjuk contoh dan ingatkan pada adik-adik apa ingatan-ingatan, nasihat-nasihat, teguran-teguran yang telah Abuya dan Ummu bagi. Tapi rupanya Kak Atiyyah sangat tak ambil dan pandang remeh segala apa yang datang dari Abuya dan Ummu. Itulah sikap kita anak-anak Abuya Kak Atiyyah! Kerana kita hanya menganggap Abuya Ummu hanya Ayah Ibu kita yang biasa. Sedangkan orang lain jauh lebih menghargai Abuya dan Ummu sehingga mereka merasakan Abuya Ummulah Ayah Ibu mereka yang luarbiasa! 

5. Sengaja saya tambahkan lagi cerita Kak Atiyyah dulu-dulu. Supaya Kak Atiyyah nilai tindakan yang Kak Atiyyah buat sekarang ni betul ke macam yang Abuya ajar? Kak Atiyyah ingat tak Abuya Ummu marah Kak Atiyyah sebab Kak Atiyyah mengamuk baling garfu pada Kak Khaulah sampai berdarah mulut? Kak Atiyyah ingat tak Abuya tegur Kak Atiyyah jangan naik motor berdua dengan Abang Dad sekalipun adik beradik? Kak Atiyyah ingat tak kerisauan Abuya waktu Abuya di ISAkan, Abuya terpaksa sekolahkan kita di sekolah luar. Setiap petang Abuya akan mengintai tingkap untuk tengok kita balik dari sekolah. Kak Atiyyah ingat tak risaunya Abuya Ummu waktu tu bila tahu Kak Atiyyah berkawan dengan kawan sekolah berbangsa cina, lelaki pulak tu?! Dan banyak lagi yang tak dapat dituliskan di sini.

6. Cuba Kak Atiyyah fikir tindakan yang Kak Atiyyah buat sekarang, apakah sedang buatkan Abuya Ummu tersenyum bahagia? Kalau susah nak ajak untuk fikirkan Allah, Kak Atiyyah cubalah kenangkan wajah Abuya Ummu! Selalu Cik Zura ingatkan kita waktu kita sama-sama di Turki. Orang Cina, orang India pun sayang mak ayah dia. Dah kenapa dengan hati Kak Atiyyah? Begini ke sikap orang yang kononnya sedang menegakkan kebenaran? Derhaka dengan ibu ayahnya? Kak Atiyyah sanggup ke satu hari nanti, anak Kak Atiyyah Zainab bersikap yang sama seperti mana Kak Atiyyah bersikap pada Abuya dan Ummu? Nauzubillahh.. Ampuunnkan kami Ya Allah..

7. Betullah iman itu tak boleh diwarisi. Abuya dan Ummu itu adalah pejuang Islam. Mereka berjuang mengembalikan Allah dan Rasul ke hati-hati manusia sampai mereka mati. Cita-cita mereka mahu Islamkan dunia. Tapi kita anak-anak jauhnyaaaaa.. Saya nak ingatkan lagi sikap Kak Atiyyah. Boleh jadi Kak Atiyyah lupa lagi sebab bagi Kak Atiyyah remeh sahaja hal ini! Nak buktikan lagi yang dari dulu cita-cita dan jiwa kita sangat jauh dengan Abuya Ummu. Kak Atiyyah ingat tak, Kak Atiyyah malu bila anak Kak Atiyyah dibagi nama Zainab (diberi oleh Dr Mahmud). Macam nama kampung kata Kak Atiyyah. Sedangkan itukan nama anak Rasulullah SAW? Bila ada orang tanya siapa nama anak ni? Kak Atiyyah sebut namanya Amirah. Sanggupnya Kak Atiyyah tukar! Sebab nama Amirah tu kononnya glamourlah sikit! Patutlah Kak Atiyyah jadi begini sekarang sebab Kak Atiyyah juga sangat tak beradab dengan Rasulullah SAW. Marilah kita bertaubat Kak Atiyyah...

8. Tentang perkahwinan Kak Atiyyah dengan Abang Long (Tuan Fadhil). Kak Atiyyah ingat tak, selepas Kak Atiyyah dikahwinkan dengan Abang Long, Kak Atiyyah pernah cakap kepada Kak Linda (isteri Abang Fauzi) yang Kak Atiyyah tak suka poligami. Kak Atiyyah tak suka hidup bermadu! Kenapa Kak Atiyyah tak terus terang sahaja dalam video yang Kak Atiyyah buat, sebab-sebab sebenar kenapa Kak Atiyyah tak nak kahwin dengan  Abang Long? Kenapa nak tutup dan cover kesalahan dan kelemahan diri dengan memburuk-burukkan orang lain? Kak  Atiyyah belajar dari siapa? Kak Atiyah tak suka poligami sbb watak K Atiyyah yang suka menguasai. Sebab tu K Atiyah nak suami pilihan sendiri sebab suami yang Kak Atiyyah pilih sendiri tu nanti akan Kak Atiyyah kuasai sesuka hati K Atiyah.

9. Padahal kita kan dibesarkan dalam keluarga besar poligami yang Abuya bina sebagai tapak perjuangan. Abuya didik kita merasa sesama adik beradik seperti 1 ayah 1 ibu. Mak-mak semua adalah mak-mak kita bersama. Abuya ikat kita dengan memberi kita semua Tuhan. Abuya didik kita dengan kesusahan kerana di situ kita akan dapat Tuhan. Tapi rupanya kita sangat tak boleh disusahkan. Saya ingatkan lagi Kak Atiyyah takut-takut Kak Atiyyah lupa. Bukan ke ini juga yang Kak Atiyyah selalu sebut-sebutkan bahkan promosi kemana saja dengan siapa pun ketika di Jordan tentang poligami indah dari Tuhan, adik beradik dari 1 ayah 4 ibu? Orang pun terpegun dan tertarik terutama orang arab Jordan bila melihat keindahan Islam yang Kak Atiyyah cerita-ceritakan pada mereka. Tapi kenapa ye Allah izinkan dari mulut Kak Atiyyah juga keluar kata-kata menolak apa yang Abuya perjuangkan yang ianya datang dari Allah dan Rasul. Marilah kita takutkan Allah Kak Atiyyah yang boleh mengubah hati kita dan menarik hidayah dari hati kita!

10. Kalau dengan Ayah dan Ibu sendiri pun Kak Atiyyah biadab, dengan  orang lain apatah lagi! Semua orang Islam belajar tentang akhlak, tentang adab. Anak-anak dari kecil pun dah diajar hormat orang yang lebih tua dari kita. Tapi Kak Atiyyah sangat melampau bila terhadap orang kepercayaan Abuya, Kak Atiyyah memanggil dengan hanya menyebut nama mereka sahaja! Bahkan lebih melampau lagi, Kak Atiyyah gantikan nama Tuan Fadhil dengan babi! Itu ke akhlak orang yang sedang di pihak kebenaran, sedangkan orang yang Kak Atiyyah sangka mereka itu jahat, sedang tak putus-putus  mendoakan keselamatan untuk Kak Atiyyah bahkan mengajak seluruh ahli GISBH untuk sama-sama mendoakan. 

11. Sebenarnya awal-awal lagi, dah banyak ingatan-ingatan dari Allah untuk Kak Atiyyah sedar dan insaf. Kak Atiyyah tak ingat ke? Rehlah terakhir yang Kak Atiyyah anjurkan di Jordan. Di saat Kak Atiyyah telah banyak mengubah apa yang Ummu dah susun sebelum meninggalkan Jerash, (ziarah terakhir Ummu di Jordan pada hujung tahun 2014). Bahkan dah terlalu banyak kerosakan dan maksiat yang Kak Atiyyah lakukan pada waktu itu di Jerash. Akhirnya ketika rehlah itulah, Allah ambil nyawa salah seorang remaja lelaki kerana lemas. Tidak mengapalah  Allah ambil budak lelaki itu kerana memang dia dikenali budak yang baik oleh kawan-kawannya. InshaAllah dia selamat. Tapi cubalah bayangkan kalau Kak Atiyyah yang Allah matikan waktu itu? Rasul kan sebut “Cukuplah kematian menjadi pengajaran”. Tapi ternyata Kak Atiyyah tetap tak nak ambil pengajaran!

12. Akibatnya Kak Atiyyah makin jauh dan jauh. Tentulah Kak Atiyyah lupa maka saya sebagai adik tolong ingatkan lagi. Bila Ummu pergi, siapa yang tolong jaga Kak Atiyyah? Jaga adik-adik Kak Atiyyah? Bahkan Tuan Nasir Cik Zura bela kita. Kita sama-sama di Turki dijaga oleh Tuan Nasir dan Cik Zura bukan sehari dua Kak Atiyyah! Kenapa yang direndam dalam kolam tak sampai setengah jam tu yang Kak Atiyyah ungkit sangat? Itupun rasanya tak cukup untuk Kak Atiyyah yang dah berhari-hari tak mandi! Duduk villa, dapat ziarah sana-sini, makan macam-macam, semua tu Kak Atiyyah tak ingat? Kenapa ujian sikit ibarat digigit nyamuk yang Kak Atiyyah besarkan. Abuya cakap orang macam ni, macam katak bawah tempurung! Kalau bukan kerana Tuan Nasir dan Cik Zuralah yang selamatkan kita, dapat ke kita nikmati semua tu? Bahkan yang lebih besar dari itu, mereka bagi pada kita ialah Allah dan Rasul! Sebab merekalah paling tahu apa hasrat Abuya dan Ummu pada anak-anak.

13. Untuk pengetahuan semua yang tidak tahu, yang jaga Kak Atiyyah bukan orang-orang biasa. Rasanya kalau ditanya kepada Pengerusi Eksekutif syarikat apa pun, tak ada yang sanggup buat kerja yang dibuat oleh Tuan Rasidi sebagai PE GISBH. Saya antara yang menyaksikan macamana sabarnya Tuan Rasidi dan Ibu Gina menjaga Kak Atiyyah. Dalam hujan, lamanya Ibu Gina pujuk Kak Atiyyah yang duduk di luar rumah kerana tak nak masuk rumah. Bukan sekali tapi banyak kalinya kejadian Ibu Gina terpaksa merendahkan dirinya untuk memujuk Kak Atiyyah. Saya sebagai adik pun surrender dengan kedegilan Kak Atiyyah. Bahkan Tuan Rasidi dan Ibu Gina berpesan pada saya, kena banyak mengalah dengan Kak Atiyyah. Begitu jugalah kepimpinan Ibu-ibu lain yang sanggup taat bila diarahkan untuk jaga Kak Atiyyah. Kerana mereka tahu, di kalangan staff atau anak-anak buah tak akan mampu untuk jaga Kak Atiyyah yang luarbiasa degilnya!

14. Antara lain watak Kak Atiyyah lagi ialah sangat tak mahu belajar dari kehidupan dan kesusahan orang lain. Antara lain kata-kata Cik Zura lagi ialah, kita ni kena bandingkan susah kita dengan kesusahan Rasulullah, kesusahan para Sahabat, kesusahan Abuya Ummu, kesusahan orang yang berjuang dulu bersama Abuya. Baru kita rasa kecil sangatnya ujian kita! Akibatnya Kak Atiyyah tetaplah keras dan membatukan hati dan merasa akulah satu-satunya di dunia yang diuji berat oleh Allah dan kerana itulah Kak Atiyyah lari dari Allah.

15. Mahalnya kebenaran, Maha berharganya Allah dan RasulNya. Sebab itu Abuya Ummu dan orang mereka sanggup menjual dunia dan korbankan segalanya untuk dapatkan redha Allah dan Rasul. Tapi kita belum sampai ke tahap itu bahkan sangat jauh sekalipun kita anak-anak Abuya. Dalam hal Kak Atiyyah, panduan yang Tuan Rasidi, Tuan Nasir, Tuan Dato’ Lokman dan para lembaga penasihat khususnya ingatkan kami ialah untuk merasa sangat berdosa. Mengajak kami adik beradik merasa sampai ke lubuk hati, Kak Atiyyah jadi begitu kerana dosa-dosa kamilah. Patutnya Kak Atiyyah dah boleh fikir, orang yang sedang berada di sekeliling Kak Atiyyah, yang kononnya nak bela Kak Atiyyah tu, ada tak ajak Kak Atiyyah untuk kenangkan dosa-dosa sendiri, ajak bertaubat? Saya masih ingat, sewaktu Ummu meleraikan perbalahan antara kita 3 orang (Kak Atiyyah, Kak Khaulah dan saya) sewaktu di Jordan itu, Ummu cakap “Tengok Atiyyah ni, itulah Ummu”.. Tak luluh ke hati Kak Atiyyah? Itulah hati Ummu yang dididik oleh Abuya. Begitu juga para Pemimpin dan Ibu-ibu yang dididik oleh Abuya dan Ummu, merasa semua yang berlaku adalah kesalahan mereka. Bahkan merekalah yang sedang sangat bertanggungjawab untuk menyelesaikan hal Kak Atiyyah ini. Mereka ajak kami selesaikan masalah ini dengan baiki diri sungguh-sungguh, taubat dan mengambil pengajaran diatas apa yang berlaku. Kerana memang kami khususnya saya masih tak rasa diri jahat padahal sangat menyakiti Abuya Ummu dan pemimpin. Sebab tu kita kena akur Kak Atiyyah dengan apa yang Allah lakukan pada kita waktu ini. Kita kena sangat-sangat belajar dari orang lain yang tak ada kaitan darah pun dengan Abuya tapi sangat membela Abuya di saat susah dan senang. Moga-moga dengan peristiwa ini, menyedarkan kita yang kita hanya hamba, hamba manalah boleh sombong sebab itu adalah pakaian Tuhan.

Setakat ini sahaja Kak Atiyyah yang sangatlah didoakan agar kembali kepada Abuya Ummu dan para Pemimpin. Kembalilah kepada perjuangan. Harapan Abuya Ummu ialah, kita sama-sama tebus dan teruskan perjuangan yang mahal ini dengan belajar rasa-rasa hati Abuya dan orang Abuya. Di sini saya tutup dengan sebuah sajak yang ditulis oleh Abuya/Ummu untuk kita sama-sama hayati.

Ya Allah wahai Tuhanku
Di atas segala keputusanMu
Aku sebagai hambaMu
Sanggup untuk menerimanya
Walaupun ia pahit bagiku
Aku tetap terima jua
Kepahitan ini perlu untukku
Agarku rasa rendah diri

Untuk aku merasa lemah
Agar aku tidak sombong
Juga tidak pemarah dan besar diri lagi
Untuk aku contohi Rasulullah tercinta
Yang mampu merendah diri
Sedangkan Baginda begitu mulia

Wahai Tuhan aku redha
Dengan ujian ini padaku
Aku cuba untuk bersabar
Sepanjang ia berlaku padaku

Ujian itu penghapusan 
Dosa-dosa yang kulakukan
Wahai Tuhan bantulah aku
Untuk menerima takdirMu ini

Dan bantulah aku untuk meyakini
Dengan kebaikan yang Engkau janjikan 
Yang Engkau janjikan bersamanya

Sesungguhnya ku yakin sekali
Sesudah ujian ini, ada nikmat yang akan berlaku
Jangan sia-siakan keyakinan ini
Itulah harapanku di dalam ketakutan ini
Perkenankanlah wahai Tuhan
Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Tim, Indonesia

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a