Skip to main content

Surat dari Abad

1. Buat Kak Atiyyah yang kami semua kasihi dan sayangi, tulisan ini Abad tuliskan untuk Kak Atiyyah dan untuk Abad sendiri belajar atas kesalahan yang telah kita lakukan, dengan harapan, Allah rezkikan kefahaman untuk kita sama-sama mengikuti jalan kebenaran yang telah Abuya dan Ummu sediakan, dibawah pimpinan-pemimpin GISBH yang telah Abuya lantik.

2. Abuya bina jemaah ini dan terus dipertahankan oleh Ummu dan pimpinan GISB sebagai jalan untuk nak selamatkan manusia, bawa kepada Allah dan Rasul, sudah tentulah Abuya dan Ummu paling nak sangat selamatkan kita anak-anak Abuya dulu dan Kak Atiyyah sangatlah tahu bagaimana didikan yang Abuya dan Ummu buat untuk kita.

3. Tapi Kak Atiyyah ketepikan semuanya demi nak memuaskan kehendak nafsu, nak kekalkan ego, Kak Atiyyah jadi orang yang hilang pertimbangan bila diuji.

4. Atas izin Allah, pada Tahun 2010 Ummu letakkan Abad duduk di Jerash bersama dengan kak Atiyyah selama 5 tahun. Boleh dikatakan antara adik-beradik yang dapat duduk lama dengan Kak Atiyyah dan Abad juga sebagai saksi hidup, melihat secara langsung apa yang Kak Atiyyah buat, khususnya di Jordan.

5. Terlalu banyaknya kesalahan-kesalahan yang melanggar syariat Tuhan, tapi Pemimpin masih lagi beri kita peluang untuk baiki diri dan buat perubahan, tentulah ada hikmahnya Allah takdirkan kita terbuat salah, untuk kita kekal rasa hamba, malu dengan Tuhan dan manusia.

6. Tapi Kak Atiyyah tak nampak itu semua , Kak Atiyyah tetap dengan pendirian kak Atiyyah, tak nak buat perubahan, melawan dan mengamuk. Kak Atiyyah rasa apa yang Kak Atiyyah buat di Jerash adalah betul, kalau betul kenapa sampai meringankan sembahyang, mengajar orang mencuri, tak tahu apa sebenarnya yang Kak Atiyyah nak.

7. Cubalah sama-sama kita kenangkan Abuya dan Ummu dengan hati yang suci, apa yang Abuya dan Ummu lalui dan hadapi dalam nak pertahankan perjuangan ni, demi nak selamatkan manusia kembali pada Tuhan, penuh dengan ujian, bahkan kalau teringat saja boleh menangis, betapa beratnya apa yang Abuya dan Ummu lalui, orang hina, orang fitnah dan macam-macam lagi, itu juga Kak Atiyyah sangatlah tahu, tapi kalau hanya sekadar tahu, belum tentu kita rasa.

8. Janganlah kita pula menjadi sebab orang hina Abuya dan Ummu, hina perjuangan yang Abuya bawa, dgn sikap kita, tak fahamnya kita, tak mampu nak mujahadah buang mazmumah, sombong ego yang dah lama kita suburkan. Sepatutnya kitalah membantu pertahankan perjuangan ini bersama pemimpin yang Abuya  dam Ummu dah sediakan dengan kita baiki diri, buang perangai buruk sepertimana yang selalu diingatkan oleh Tuan Rasidi, Tuan Nasir, Tuan Lokman dan seluruh para pemimpin GISB, itulah pembelaan terhadap Abuya dan Ummu.

9. Kita Anak-anak Abuya baru sahaja nak belajar dengan Tuan Rasidi, Tuan Nasir, Tuan Lokman, Puan Dr Ibu Gina dan Cik Zura untuk rasakan apa yang Abuya dan Ummu tanggung, selama ini tak rasa. Cakap memang boleh, tapi nak rasa sangat susah, sangat perlukan bantuan pemimpin.

10.  Sebelum ini Kak Atiyyah diberi peluang untuk  melihat dan memantau pelajar-pelajar di Jerash, Kak Atiyyah buat program, boleh dikatakan setiap hari kak Atiyyah buat, cerita tentang Allah dan Rasul, tapi bila Kak Atiyyah diuji, Kak Atiyyah lupa Allah, lupa Rasul, lupa apa yang Abuya dan  Ummu  selalu ingatkan, malah Kak Atiyyah menyalahkan Tuhan. Kenapa Allah uji begitu dan begini? Sedangkan orang lain jauh lebih diuji dari kita pun tak salahkan Tuhan! Lemahnya jiwa kita, tak macam Abuya dan Ummu. Kita lihatlah contoh terbesar dan terdekat bagaimana Abuya dan Ummu, melalui pelbagai ujian yang kita sendiri tak mampu nak tempuh. Itu pun kalau kita nak belajar, nak rasakan.

11. Kak Atiyyah! Marilah kita takut dengan Allah Rasul dan ingatlah dosa. Sebab kalau Allah tak nak kita, Allah akan buat kita makin jauh dengan Dia.

12. Contoh Kak Atiyyah sangat-sangat mengabaikan syariat Tuhan, khususnya syariat sembahyang, Kak Atiyyah meringan-ringankan sembahyang,  sanggup qadho' sembahyang atas alasan yang tak boleh diterima dan tak logik, kerana terlalu letih keluar beli barang yang sebenarnya itu pun dibuat-buat sebagai sebab nak keluar dengan remaja lelaki yang Kak Atiyyah suka, juga merupakan anak didik Kak Atiyyah. Seriap hari Kak  Atiyyah akan cari sebab untuk keluar dengan pandu oleh remaja lelaki tersebut, dari pagi sampailah  ke tengah malam, kami semua menyaksikan, Allah dan Rasul lebihlah tahu, bahkan Maha tahu semua perkara yang kita lakukan.

13. Contoh lainnya, Kak Atiyyah selalu berjumpa dengan remaja yang Kak Atiyyah suka itu, dengan alasan nak bincang hal-hal  dan masalah di Jerash, sangat tak logik, berbincang dengan lelaki yang bukan muhram dan hanya berdua-duaan. Banyak kali Abad datang untuk jadi mahram dalam menjaga Syariat dan paksa diri berdiri di antara Kak Atiyyah dan remaja tersebut walaupun Kak Atiyyah akan marah. Malangnya, apa yang berlaku, Kak Atiyyah akan halau Abad.

14. Contoh terbaru lagi, Kak Atiyyah sanggup! Tunjuk lengan kak Atiyyah pada semua orang, Kak Atiyyah tak malu ke? Kak Atiyyah tahu tak apa yang Kak Atiyyah buat selama ini dosa, kalau tak tahu, inilah tanda Allah biarkan kita, Abad pun malu nak cakap, sebab Abad pun jahat, bukan baik, terlalu banyak salah, bahkan  Tuan Nasir, Cik Zura dan En  Yahyalah banyak tegur salah dan silap Abad dan sampai sekarang terlalu banyaknya salah dan silap, tapi Abad direzkikan duduk di bawah pantauan Tuan Nasir dan Cik Zura  untuk buat perubahan jadi baik, baik yang mengikut Standard Allah dan Rasul, sepertimana yang Abuya dan Ummu nak. Mereka sangat-sangat nak bela kita, mereka nak bela anak-anak Abuya sebab mereka niat nak bela Abuya. Mana ada orang seperti mereka? Abad kongsikan cerita ini pun untuk Kak Atiyyah sedar dan Abad sedar, untuk kita kembalilah ke jalan kebenaran, angkat tangan dan mengaku salah. Ampun Ya Allah.

15. Kak Atiyyah cuba lihat, siapa yang meninggalkan perjuangan Abuya ini, kehidupan mereka terbela ke? insaniah mereka terbela ke?Abad yakin tiada. Buktinya Ummu Ain, sangat-sangat tak terbela. Bahkan bila mendengar kehidupan Ummu Ain sekarang, sangat-sangat tak mampu menahan sebak, sedihh, fitrah sebagai seorang anak sangat-sangatlah sedih, setiap hari menangis, berdoa moga Allah bela. Tapi demi kebenaran, kalau Allah rezkikan Abad hidup mati seribu kali pun, Abad akan cuba tetap dengan kebenaran Abuya dan Ummu dah sediakan bersama pemimpin GISB! Ummu Ain yang itu sangatlah didoakan oleh para pemimpin GISB kerana mereka melihat Ummu Ain isteri kepada Mursyid mereka. Ummu Ain sangat-sangat tak terbela. Mana pergi abang-abang, kakak-kakak (anak-anak Abuya yang tak bersama GISB) yang kononnya mengaku jemaah kebenaran dan meninggalkan jemaah yang Abuya bina? Kenapa tak bela? Kenapa  biarkan? Sedangkan Ummu Ain isteri Abuya. Sebenarnya mereka tak rasa pun besarnya Abuya, Abuya yang bagi kita Tuhan, ajak kita rindukan Nabi, apatah lagi isteri Abuya. Mereka hanya pandang sebelah mata sahaja. Sebab itu tak peliklah mereka sanggup menghina Ummu. Mereka melihat besarnya diri mereka sendiri, hakikatnya adalah golongan yang lemah jiwa, tak mampu ditegur, tak sanggup kena marah, sedangkan marah itu untuk nak dibetulkan mana yang salah, tapi inilah penyakit diri kita sebenarnya, yang kita sendiri tak mampu nak suluh, kerana selalu tertipu dengan nafsu, masih nak pertahankan mazmumah sendiri, hidup nak santai sahaja. Ampun Ya Allah, Ya Rasulullah.


16. KEMBALILAH kepada kebenaran, janganlah kita masih bersekongkol lagi dengan musuh. Musuh dalam diri, itulah nafsu dengan bisikan syaitan dan musuh di luar, yang dalam hati mereka tiada Tuhan, tiada Rasul. Buang sombong, ego, tundukkan nafsu dan lihatlah kebenaran yang ada di depan mata kita.

17. Untungnya kita anak-anak Abuya direzkikan duduk dengan Tuan Nasir,  Cik Zura dan  En Yahya yang sangat-sanagt nak bela Abuya dan Ummu. Selalu ingatkan kita, tegur kita, bongkar masalah-masalah hati kita, sebab nak bela Abuya, nak selamatkan kita, nak tingkatkan kita. Tuan Nasir selalu sebut, anak-anak Abuya mesti kena lebih dari orang lain, maksudnya kualitikan diri, kualitikan diri jadi orang bertaqwa. Dahsyatnya hati mereka! Kita tirulah, mereka bukan darah daging Abuya, tapi Abuya dan perjuangannya sangat menjadi darah daging mereka. Mereka tiada kepentingan!. Ini saja yang termampu Abad tuliskan, moga Allah dan Rasul bantu kita untuk baiki diri dan kembali kepada jalan kebenaran.

Ampunkan Kami Ya Allah, dengan berkat Rasulullah.

Abad, Manchester.

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a