Skip to main content

Surat dari Wadud

Assalamualaikum 

Kak Atiyyah yang dikasihi, semoga Kak Atiyyah dianugerahkan rasa takut setakut- takutnya pada Allah dan rasa betapa Allah tak pernah zalim di atas sikap dan dosa-dosa yang kita lakukan kerana merasakan Maha adilnya Allah akan semua yang dilakukan ke atas diri kita. Mohon keberkatan Mursyid dan Kekasih-kekasihnya. Ini sebahagian dari apa yang Wadud lihat sepanjang duduk bersama dengan  Kak Atiyyah khususnya ketika  Wadud berada di Jordan semoga Wadud dan Kak Atiyyah insaf dan bertaubat dengan sebenar-benar taubat:- 

1- Sangat tak menjaga syariat. Kalau pakai tudung mesti ada nampak sikit rambut sebab tak pakai anak tudung bahkan pernah ditegur tapi Kak Atiyyah kata tak selesa dan rimas.

2- Pernah keluar, Kak Atiyyah minta remaja perempuan keluar dari kenderaan Dodge dan tinggalkan dia dengan remaja lelaki kononnya ada hal penting yang nak disembangkan sedangkan sangat tak bersyariat kerana tiada mahram. Akhirnya berlaku maksiat. Kak Atiyyah sendiri tau dan mengakuinya. Kak Atiyyah tak takut ke Kak Atiyyah bercakap tentang Tuhan dalam ucapan-ucapan Kak Atiyyah tapi dalam masa yang sama Kak Atiyyah terlibat dengan dosa.

3- Sangat menguasai sehingga kalau ada Pemimpin yang tegur atau masuk campur di Jordan, Kak Atiyyah akan pertikaikan dan akan buruk-burukkan orang tu pada anak-anak buah bahkan ibu-ibu yang dihantar oleh Ummu ke Jerash untuk melihat sistem pndidikan di sana sangat-sangat teruji dengan sikap Kak Atiyyah yang suka perli-perli mereka.

3- Pernah mnghalau remaja perempuan dari Bandar Ikhwan Jerash kerana tak cukup bagi duit untuk assignment.

4- Menggunakan istilah pinjam (curi) untuk ambil barang-barang di Balad dan mengatakan ianya untuk Islam. Sehingga remaja-remaja perempuan dah biasa dengan istilah pinjam sehingga menjadi budaya.

5- Kalau berlaku pelanggaran syariat dikalangan anak-anak  buah tidak ditegur hanya marahkan hal kebersihan sehingga pernah marah sampai larut malam bahkan yang dah tidur pun minta dikejutkan

6- Kata-katanya sangat-sangat mengguris perasaan orang bahkan perli-perli sehingga orang lain rasa malu walaupun  dikalangan orang yang lebih tua darinya.

7- Kak Atiyyah datang ke matam di Irbid akan  minta diraikan dengan minta lauk-lauk, dan akan menghina orang Irbid dengan membanding-bandingkan apa yang Kak Atiyyah buat di Jerash.

8- Pernah ketika di Turki, Pengerusi Lembaga Penasihat bagi udang yang sangat banyak untuk dibagi dan diagihkan pada anak-anak buah di Jerash, tapi Kak Atiyyah tak bagi pada semua anak-anak buah. Hanya bagi pada orang yang Kak Atiyyah sayang.

9- Pernah saya bercakap dengan Abbad kenapa Kak Atiyyah selalu lebihkan atau layan seorang remaja lelaki yang tak mahram, sedangkan ada adik beradik yang mahram dengan Kak Atiyyah yang boleh drivekan Kak Atiyyah untuk urusan-urusan diluar, tapi Kak Atiyyah lebih berminat dengan remaja lelaki tersebut.

10- Pada tahun 2015, ketika Kak Atiyyah lari dari Jerash, Kak Atiyyah duduk di rumah orang Arab, sedangkan di rumahnya itu ada anak lelaki yang dah dewasa. Sangat-sangat bahaya.

11- Oleh kerana sikap Kak Atiyyah yang suka rehlah-rehlah sedangkan ketika rehlah tu bukanlah Kak Atiyyah begitu serius dalam memastikan syariat kerana Kak Atiyyah gagal untuk ikut syariat Tuhan, sehingga berlaku kematian seorang remaja (mati lemas) untuk Kak Atiyyah ambil pengajaran tapi Kak Atiyyah tetaplah tidak takut dengan peringatan Tuhan bahkan mempertikaikan teguran yg diperkatakan Bonda Ummu dan para Pemimpin.

12- Kak Atiyyah tak pernah mengikat anak-anak buah dengan Pemimpin yang sangat menghubungkan hati dengan Allah dan Rasul tapi ikat mereka dengan mmberikan hadiah-hadiah setiap bulan, hadiah pun dari barang curi, dengan  rehlah-rehlah yang melalaikan bukan makin mmbuatkan hati itu semakin dekat dengan Tuhan malah kawan-kawan arab di Jordan Kak Atiyyah berikan mereka wang untuk mereka diikat dengan Kak Atiyyah bukan dengan Mursyid dan Jemaah.

13- Wadud tak pelik dengan  bahasa-bahasa Kak Atiyyah yang Kak Atiyyah sebut dalam video, kerana itu lah juga basahan bahasa Kak Atiyyah dengan kami bahkan dan ucapan pun Kak Atiyyah boleh bercakap tanpa batas.. 

13- Kami adik-adik yang sangat sayangkan Kak Atiyyah kerana  Allah dan Rasul dan juga kerana Abuya dan Bonda Ummu. Mereka sangat-sangat sedih dan menahan perasaan dengan sikap dan kejahatan yang kita buat, kami sentiasa mendoakan Kak Atiyyah untuk dikembalikan pada Ayah dan Bonda bersama dengan Pemimpin-pemimpin Hati. Moga kita semua diselamatkan dunia dan akhirat tidak lagi menjadi mangsa kepada nafsu yang sangat-sangat jahat dan merosakkan diri kita dan orang lain. Terima kasih Abuya dan Bonda Ummu yang menghadiahkan kami Pemimpin Hati dan Ibu Hati yang sangat mengambil tanggungjawab pada kami untuk  terus dipandu agar kami selamat dunia dan akhirat.

Wadud,
30.03.18

Bandar Ikhwan Jerash - Jordan

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...