Skip to main content

Surat dari Jun

Assalamualaikum

Bismillahirrahmanirrahim...
Segala puja dan puji hanyalah untuk Allah, selawat sebanya-banyaknya untuk Rasulullah SAW.

"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan yang beramal soleh dan yang saling berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran".

1. Untuk permulaannya Jun nak ajak dan mengingatkan diri juga pada Kak Tiyyah untuk berpesan-pesan pada diri yang kita ni manusia yang sentiasa dalam kerugian, jika kita tidak pandai menggunakan masa kita dengan tepat dengan apa yang Allah dan Rasul hendak dan juga nak menjadi sebahagian manusia yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran. Sedangkan masa yang diberikan pada kita semua bukan lama, mungkin selepas menulis ini Jun akan mati, atau selepas Kak Tiyyah membaca surat dari Jun ni, Kak Tiyyah pula akan mati. Jadi moga-moga kita betul-betul pandai mensyukuri segala nikmat masa yang dah diberikan pada kita. Cuba Kak Tiyyah fikirkan kembali, renung-renungkan kembali apa yang dah berlaku dan apa effect dengan segala apa yang dah Kak Tiyyah sedang buat. Bukan sahaja Kak Tiyyah sudah menghabiskan masa semata-mata membuat akaun facebook untuk kepentingan Kak Tiyyah malah sebenarnya tidak membawa kebaikan apa-apa malah memburukkan lagi keadaan dan suasana dari perhubungan keluarga hingga melibatkan orang yang tiada kaitan keluarga malah masing-masing mencari peluang untuk memburukkan lagi keadaan, jadi semua sudah termasuk manusia yang rugi.

2. Kak Tiyyah pun kenal Jun dulu macam mana, tetapi kan Tuhan dah bagitahu selagi kita masih hidup, peluang untuk kita taubat dan baiki diri, menebus kesilapan dan kesalahan, sangatlah terbuka luas. Marilah Kak Tiyyah kita sama-sama kembali pada landasan yang sebenar, sampaikan dalam solat kita, wajib  kita baca "Tunjukilah aku jalan yang lurus" atau sekarang ni Kak Tiyyah  dah tak baca? Sebab dah tiada orang yang nak ajak Kak Tiyyah solat? Kalau landasan yang Kak Tiyyah lalui ni memang membuatkan Kak Tiyyah dapat seperti yang Abuya dan Ummu bawa dan diteruskan pula oleh pemimpin-pemimpin GISBH bawa, untuk dapatkan rasa takut Allah dan rindukan Rasul, Silakan! Kak Tiyyah tak kanlah dah lupa, di waktu Kak Tiyyah dijaga oleh Tuan Nasir dan Puan Azura, berapa banyak kali terpaksa diajak untuk solat, malah Kak Tiyyah boleh menipu semua orang yang Kak Tiyyah tak solat kononnya sebab datang bulan. Itu diwaktu ada orang yang nak ajak kepada kebenaran, walaupun sepatutnya Kak Tiyyah sebagai kakaklah yang patut ajak adik-adik solat, ajak adik-adik taubat dan baiki diri. Tapi kami semua pula yang terpaksa ajak dan sabar dengan ragam Kak Tiyyah lagi-lagi Tuan Nasir dan Puan Azura paling sabar layan karenah Kak Tiyyah. Kalau di waktu sekarang, ada ke yang sanggup layan Kak Tiyyah macam Tuan Nasir dan Puan Azura layan Kak Tiyyah memang dasyatlah hati orang itu. Sebab Jun melihat yang mampu melayani karenah gila Kak Tiyyah sampai tak nak mandi, tak nak makan, tak nak solat, tak nak tukar-tukar baju ni hanya Tuan Nasir dan Puan Azura sahaja. Tapi pernah tak Kak Tiyyah ucapkan terima kasih pada mereka, pada adik-adik yang menjaga Kak Tiyyah? malah Kak Tiyyah buruk-burukkan lagi adalah.

3. Kak Tiyyah cuba fikirkan dan rasakan, Tiada siapa yang nak benci Kak Tiyyah sebab Kak Tiyyah tu zuriat dari Abuya dan Ummu. Malah mereka yang Kak Tiyyah zalimi dulu pun sekarang sangat mendoakan Kak Tiyyah. Supaya Kak Tiyyah sedar dan pulanglah kembali kepada jemaah yang benar ni, tapi pernah tak Kak Tiyyah mendoakan mereka semua? paling kurang mendoakan kami adik-adik Kak Tiyyah? atau yang keluar dari mulut Kak Tiyyah hanya caci makian sahaja? Dulu waktu kami kecil Kak Tiyyah lah yang sangat mengambil tanggungjawab menjaga kami sebab Abuya dan Ummu selalu pergi berjuang, tetapi sekarang kami bukan sahaja terpaksa menjaga Kak Tiyyah, malah terpaksa mengepung Kak Tiyyah sebab terlalu banyak kali Kak Tiyyah lari dan tak kisah lari ikut dengan siapa dan rumah siapa Kak Tiyyah nak masuk, malah Kak Tiyyah sanggup lari ketika salji hingga menyusahkan semua orang. Teringat dulu di Jordan bila ada sesiapa yang tak ikut disiplin yang Kak Tiyyah buat, bukan caci maki sahaja yang Kak Tiyyah buat malah Kak Tiyyah kurung mereka, tapi pernah tak mereka lari? mereka sangat terima sebab mereka akui kesalahan mereka. Walaupun sebenarnya Kak Tiyyah reka cerita kesalahan mereka malah ada yang kesalahan sebab tak sapu sampah pun Kak Tiyyah quarantinkan. Sebenarnya sebab mereka tahu hubungan Kak Tiyyah dengan remaja lelaki dan Kak Tiyyah nak tutup kesalahan Kak Tiyyah. Tapi sekarang Kak Tiyyah selalu cakap Kak Tiyyah terzalim, dianiaya. Kak Tiyyah selalu main-mainkan ayat guna nama Allah, "Mana Allah?" dan selalu cakap  "Allah faham, apa yang Kak Tiyyah buat ni" demi untuk meringan-ringankan solat dan melambat-lambatkan solat. Malah remaja boleh beramai-ramai tidur selepas subuh, Kak Tiyyah cakap tidak mengapa Allah faham kita letih berjuang semalam.

4. Padahal orang yang bermati- matian berjuang, hinggalah  sekarang ni semua orang di Malaysia dapat manfaat Islam tu Abuya, walaupun selepas tu orang hina Abuya, fitnah tuduh Abuya tu sesat, gila dan sebagainya. Tapi Abuya malah boleh cakap walaupun Abuya keseorangan Abuya tetap akan kayuh sendiri tapi Abuya tak pernah pun cakap dgn Tuhan, macam yang Kak Tiyyah cakap, Abuya yang Jun kenal tak merasakan Abuya berbuat walaupun hakikatnya Abuya dengan Islam tu macam darah dagingnya. Tunjuklah pada Jun di luar sana Islam yang bukan di mulut sahaja, tapi diamalkan dalam hidupnya seperti Abuya. Dr.Mahmood? Rahmat? Syed Azmi? lagilah jauh dengan anjing pun dia ambil ringan lagilah hal-hal Islam yang jauh besar nak difikirkan tanggungjawabnya. Gelombang orang berpurdah, berserban, berpoligami dan ada jemaah-jemaah di Malaysia ini, Abuya yang mulakan, malah makanan-makanan halal dari sekecil-kecil perkara hinggalah ada kilang Abuya yang mulakan, Abuya perjuangkan bukan baru tahun 2018 ini Kak Tiyyah, di waktu kita belum lahir lagi, dah 50 tahun Abuya berjuang walaupun dah di ISA kan, ada ke Kak Tiyyah pernah dengar Abuya cakap, tidak mengapalah  anak-anak semua, Abuya nak rehat, Abuya dah letih berjuang. Abuya dah tak sanggup berjuang kalau kena tangkap-tangkap ni, nak kena pisah-pisah dengan anak-anak yang ramai ni, pernah ke?. Ujian Abuya tu dah terlalu jauh dengan kita tapi Abuya tetaplah perjuangkan Allah dan Rasul, hingga Abuya menjadi manusia yang memberi manfaat kepada manusia yang lain.

5. Tapi Kak Tiyyah baru sahaja pegang Jerash dah rasakan berbagai-bagai bentuk aspek perjuangan Kak Tiyyah dah buat. Kak Tiyyah tolonglah rasakan. Jun pun sedang belajar untuk rasakan ini semua kalau bukan Tuan Nasir dan Puan Azura yang ingatkan, kongsikan, ceritakan betapa besarnya jasa-jasa Abuya dan Ummu tu. Jun lebih jahat dan jauh terpesong dalam berperasaan dari yang Kak Tiyyah lalui ni. Ampun Ya Allah. Taubatkan Jun dan kami semua. Jun tengok tidak ada sikit pun apa yang ada pada diri Tuan Nasir tu, melainkan mesti dikaitkan dengan Abuya, dari sekecil perkara hinggalah sebesar-besar perkara tidak ada yg tidak dikaitkan dengan Abuya dan Ummu. Betapalah rindunya, sayunya hati Tuan Nasir pada Abuya dan Ummu, jauh berbezanya kita yang ada darah daging dengan Abuya dan Ummu. Berbanding pemimpin-pemimpin GISBH yang tiada talian darah setitik pun. Kak Tiyyah sendirikan juga dah tengok apa yang Tuan Nasir dah buat kan di Turki?

6. Kak Tiyyah cuba ingat, dulu orang sangat nak belajar dengan Zainab, orang lain sudah pasti jugalah melihat Kak Tiyyah kerana maknya, dan orang akan cakap Kak Tiyyah yang didik Zainab, tapi bila dia terlalu lama dijaga oleh Kak Tiyyah, melihat sendiri kata-kata perbuatan dan segala apa yang Kak Tiyyah buat, Zainab sendiri jadi sangat-sangat  menjawab cakap org tua, malah dengan Kak Tiyyah sendiri sebagai mamanya pun dia kurang ajar, tapi Kak Tiyyah pernah ke sedih dan risaukan Zainab hingga ke lubuk hati?yang memikirkan Zainab hingga sangguplah bawa Zainab ke Turki bukan Kak Tiyyah tapi Tuan Nasir dan Puan Azura, juga abang Long (Tuan Fadhil) yang Kak Tiyyah maki hina tu. Tapi rupanya bila dah bagi Zainab kat Kak Tiyyah, bukannya Kak Tiyyah nak ucapkan terima kasih, malah bukannya Kak Tiyyah jaga pun Zainab, kami adik- beradik yang lain ni jugak terpaksa jaga Zainab, malah bila Zainab sendiri melihat keadaan mamanya. Bukannya terubat rindu, tapi jadi sedih, kecewa dan takut dengan keadaan Kak Tiyyah yang sanggup busukkan diri, taknak mandi berminggu-minggu takkan sanggup Zainab nak cium dan peluk mamanya dalam keadaan begitu. Fitrah manusia itu sendiri sukakan kecantikan, wangi-wangian. Tapi Jun sendiri melihat bagaimana Tuan Nasir dan Puan Azura mendidik Zainab sehingga dia menjadi budak yang sangat berdisiplin, sepatutnya Kak Tiyyah berbangga dengan Zainab yang sekarang hasil didikan Tuan Nasir dan Puan Azura.

7. Kak Tiyyah kakakku, Jun bukan adik kandung Kak Tiyyah tapi Jun dapat rasakan Kak Tiyyah tak pernah membezakan Jun dengan adik-adik kandung Kak Tiyyah sendiri, begitu juga perasaan Jun pada Kak Tiyyah. Sebab itulah hebatnya Abuya didik kita sebagai adik, Jun merayu pada Kak Tiyyah. cukuplah kita semua dah membuatkan Abuya dan Ummu menangis kerana kejahatan kita, lebih-lebih lagi Jun  cakap ni untuk ingatkan Jun juga dah terlalu banyak Abuya menangis kerana kita. Kalau Kak Tiyyah dah sedar akan kehadiran surat-surat dari adik-adik  Kak Tiyyah ni, mungkin Kak Tiyyah dah malu nak kembali pada jemaah, sebab apa yang dah Kak Tiyyah lakukan ni, Kak Tiyyah percayalah, semua orang sebenarnya menanti kepulangan Kak Tiyyah, daripada Kak Tiyyah lari pergi kepada musuh-musuh Abuya, awal-awal pergi pada Salahuddin dan sekarang dengan Dr Mahmod, Rahmat dan lain-lain. Jun yakin bukan sebab Jun tulis surat ni, terus Kak Tiyyah berubah hati dan kembali pada jemaah, tapi sekurang-kurangnya Jun pun nak ambil saham kalau di akhirat nanti Allah tanya, kami adik beradik buat surat terbuka ni pun bukan sebab kami dah sangat merasakan besarnya jemaah ni, besarnya Abuya dan Ummu tu tapi moga-moga Jun niat dengan tulis surat ni untuk tebus segala dosa dan silap Jun pada Abuya, Ummu dan dosa kepada seluruh kepimpinan GISBH. Kalau Jun tak ikut sekali membantu, menyedarkan Kak Tiyyah tentang apa yang Kak Tiyyah dah lakukan ini. Kalau Kak Tiyyah tak malu, Abuya dan Ummu sangatlah malu, orang di luar sana bukan menghina Kak Tiyyah sangat walaupun mungkin ada, tapi orang akan cakap "Apa yang dah berlaku pada Ustaz Ashaari? tak pandai didik anak ke?." Atau bermacam-macam lagilah perkataan yang Jun sendiri takkan sanggup untuk menulisnya, kerana ayat-ayat orang yang sangat membenci Abuya sudah pastilah cenderung ke arah mazhab alhasadiah (dengki) tapi apa kata pak Latip? Abuya tidak salah dalam mendidik anaknya, semua para ayah di dunia sudah pasti mendidik anaknya dengan didikan yang paling terbaik, bukankah para Rasul juga ada keluarganya yang menentangnya, adakah para Rasul tersilap dalam mendidik?Salah kita sendiri yang sangat-sangat mengikut hawa nafsu kita sendiri. Lagi-lagi Kak Tiyyah tu perempuan sudah pastilah nafsu ada 9, perlu ada yang memimpin, kan pernah Tuan Nasir cakap, "Atiyyah ni bukan sebab kena sihir sangat pun, tapi degil, ikut sangat mazmumahnya". Dan Jun sendiri pernah dengar dari adik beradik yang lain tentang Kak Tiyyah, bila ramai yang mengadu hal Kak Tiyyah pada Ummu, apa kata Ummu? "Atiyyah ni nanti Abuya yang akan belasah sendiri cukup-cukup".

8.  Kak Tiyyah bayangkan orang hina Abuya ni dari Abuya hidup, hinggalah Abuya sudah meninggalkan kita itu memang kerja musuh, Abuya cakap jangan salahkan musuh, sebab tu selalu Tuan Nasir ulang-ulang cakap, "Nanti kalau ana mati, orang akan kencing kat kubur ana". Tak sanggup nak dengar, tapi begitu sekali hati Tuan Nasir yang nak bela Mursyidnya lagi-lagilah bila dah jadi begini bermacam-macam  orang dari pelusuk negara, negeri, kampung, desa, orang kaya, orang miskin, NGO, dato', datin dan siapa yang memusuhi Abuya, akan bergembira dan sangat menunggu masa keluarga Abuya ni jadi huru hara, berpecah belah, tapi Kak Tiyyah mesti ingat dan setujukan, yang satukan kita, yang kita selama ni hidup cara sendiri, tidak ambil peduli sangat sesama kita, lebih-lebih lagi kalau bukan adik kandung kita siapa? Tuan Nasir dan Puan Azura, bukannya mereka minta duit pun dari jasa-jasa mereka tu, mereka nak kita bersatu dan menjadi model, kerana orang lain sangatlah akan meniru dan menjadikan anak-anak Abuya sebagai contoh, jadi jangan Kak Tiyyah salahkan mereka kalau ada yang tampil kehadapan memberitahu saya buat itu dan ini sebab melihat anak-anak Abuya pun buat.

9. Jadi Jun nak ajak sekali lagi pada Kak Tiyyah, yang sangat kami adik beradik sayang dan kasihi, untuk kita sama-samalah buang perangai buruk kita, mazmumah-mazmumah yang bersarang dalam hati kita, lebih-lebih lagi tentang sombong, akui jelah kita anak-anak Abuya sangat sombong kerana rasa mulia, rasa lebih baik dari orang lain, sebab mazmumah yang paling dasyat sekali ialah sombong, kan Imam Ghazali pernah cakap hampir mustahil untuk buang sombong dan mazmumah paling terakhir yang akan keluar tu sombong, itu pun kalau orang itu berusaha untuk membuangnya. Kalau yang tak sedar dia sedang sombong boleh tahan, tapi kalau dah dinasihatkan, dah ditegur masih berkeras, degil, bertambah-tambahlah jadi sombong, kita macam mencabar Tuhan pulak, dari kita dah dapat hidayah dah didalam cahaya, tapi kita lebih memilih pergi kepada kegelapan yang pekat, yang boleh membutakan penglihatan kita, tapi ini lebih bahaya, sebab boleh membutakan hati kita, janganlah kita nanti jadi sebahagian dari orang yang Tuhan katakan didalam Al-Quran, kami adakan dihadapan mereka dinding dan dibelakang mereka dinding,maka kami kaburkan pandangan mereka agar tidak dapat melihat(surah Yassin ayat 9).

10. Kak Tiyyahkan pernah dengar sedikit cerita tentang Jun, sepatutnya sudah dapat belajar dari kesilapan Jun, Jun pun pernah dihukum hingga dibuang beberapa kali oleh Abuya, tapi itukan didikan oleh Abuya, selayaknya kalau kita dihukum, malah kalau kita dibuat lebih dari itu, terlalu banyak kesalahan-kesalahan yang sepatutnya kita sedar, sebenarnya hukuman atau didikan yang sedang Kak Tiyyah lalui itulah kasih sayang Abuya dan Ummu juga disambung oleh Tuan Nasir, bukankah Kak Tiyyah dah tahu, Ummu pernah cakap yang boleh marah-marahkan anak-anak Abuya ni siapa?hanya Tuan Nasir. Bukan sebab kerana Tuan Nasir tu garang, garang sebab kita buat salah tu normallah, semua orang kat mana-mana asrama pun, kalau buat salah tetap kena marah. Sudah pastilah dimana-mana sekolah pun, nak anak didikan dibawahnya berjaya, diberi penekanan, diberi perhatian bila gagal dan gagal, lebih-lebih lagilah Tuan Nasir yang memikirkan kita bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana. Biarlah kita dihukum didunia dari dihukum di akhirat Kak Tiyyah, bukannya Jun tak pernah lalui kehidupan diluar sana Kak Tiyyah, dah bermacam-macam jalan Jun lalui, tak pernah pun rasa bahagia seperti sekarang, Jun yakin di luar sana tak kan sama di dalam jemaah, susah nak cari kawan yang betul-betul setia dengan kita, susah senang bersama, ada ke Kak Tiyyah jumpa di luar sana tu?duduk luar ada ke orang ajak solat? syariat terjaga ke? ni baru sekejap je kat luar Kak Tiyyah dah sanggup tunjuk lengan, lepasni tak tahu pulak apa yang Kak Tiyyah sanggup nak tunjuk pada orang yang bukan mahram, nauzubillah. Tapi itulah hakikat di luar sana, sekurang-kurangnya di dalam jemaah ada yang nak membendung nafsu kita. Jun yakin mesti kak Tiyyah dah sempat lalui subuh gajah, kalau tak solat tu dah jauh sangat lah, Kak Tiyyah nak kena tahu, dunia luar dah terlalu rosak, nak berjalan seorang diri pun sangat bahaya, boleh jadi diragut, orang kidnap, lagi dahsyat kalau Tuhan taknak jaga Kak Tiyyah orang lelaki boleh ambil kesempatan, sebab cabul, rogol ni dah jadi lumrah akhir zaman, bukan nak takut2kan Kak Tiyyah, tapi nak ingat-ingatkan, selama ni dalam jemaah semuanya selamat, aman, damai, tapi takkan sama di luar, betulkan Kak Tiyyah rasa macam di dunia lain, macam kat planet lain,semua mata-mata lelaki menunggu masa nak menerkam kita, sebab Kak Tiyyah kan tahu wanita kan lemah, kalau Kak Tiyyah tak dapat nak rasa takut dengan Tuhan, moga-moga Kak Tiyyah boleh ambil sedikit cerita-cerita ni untuk Kak Tiyyah datangkan rasa takut, Allah boleh buat apa saja, Allah kalau murka akan biarkan je kita, untuk kita sedar, Allah boleh hina kita di dunia sebelum diakhirat pula. Ampun Ya Allah..ampunkan Jun, ampunkan Kak Tiyyah dan kami semua janganlah Kau terus biarkan kami dalam kemurkaanmu.

11. Kakakku sayang, Kak Tiyyah pun tahu anak Abuya yang paling jahat Junlah, tapi kalau bukan Abuya terus kepung Jun, disambung pula Ummu pula ambil tanggungjawab mengepung Jun, sedangkan Jun bukan anak kandung Ummu pun, tapi Ummu sanggup bawa ke hulu ke hilir sebelum pergi meninggalkan kita semua, disambung pula oleh Tuan Nasir dan juga Puan Azura, mereka lagilah tiada kaitan dengan Jun, sebab kalau Jun tak dikepung jauh jahat dari orang di luar sana, jauh jahat dari yang Kak Tiyyah sedang lakukan,  sekarang ni, sebab tu Kak Tiyyah pun dikepong juga, bukan sebab mereka benci, tapi sebab nak selamatkan kita, nak bagi kita hati seperti Abuya dan Ummu, yang sangat memikirkan nasib orang lain, bukan dirinya saja nak diselamatkan. Atas khianatnya Jun dengan Abuya, Ummu, Ummi dulu, atas kejahatan Jun, zalimnya Jun dengan Abuya, tak perlulah Jun cerita pada Kak Tiyyah, kerana melibatkan dosa-dosa besar, hingga memalukan Abuya, menghina Abuya, hingga Jun sendiri pernah benci Abuya, benci Ummu, benci keluarga sendiri, tapi yang selamatkan Jun sekarang Tuan Nasir dan Puan Azura, takpelah kalau selepas jun cerita dan kongsikan semua ini, semua orang lain benci Jun, tapi janganlah orang benci pada Abuya, benci pada Ummu, benci pada Tuan Nasir dan Puan Azura. Mungkin sekarang, ada segelintir yang benci dengan kita, kerana tersilapnya kita, lemahnya kita ikut akal kita malah nafsu kita, tapi bukankah besar dan mulia pandangan Tuhan yang kita nak. Bukannya kita boleh tebus semua ini pun, tapi kalau nak baiki diri, sudah sedar, Tuan Nasirkan selalu ajar kita, mulakan dengan taubat. Teringat kata-kata Encik Yahya, dosa-dosa yang kita dah buat tu, sebenarnya untuk kita mudah kenang-kenangkan dan menangis, baru kita sedar yang kita ni jahat, hina, lemah, banyak kekurangan, kalau tak kita anak-anak Abuyalah yang paling nak kembang (rasa bangga) paling rasa faham perjuangan, faham bertindak, faham dalam berperasaan, padahal berapa banyak hati dah kita sakitkan dengan kata-kata kita, perbuatan kita. Percayalah Kak Tiyyah, orang ikut cakap kita bukan sebab hormat kita, tapi sebab hormat Abuya yang lantik Kak Tiyyah sebagai penjaga mereka.

12. Bukannya Jun tak malu nak tulis semua ini, Jun jauh jahat dari Kak Tiyyah, tapi percayalah, Kak Tiyyah belum jauh lagi untuk patah balik sebelum anasir-anasir jahat, yahudi, syaitan yang merasuk diri, hingga Kak Tiyyah akan hilang pertimbangan diri, yang haram dijadikan halal, cuba tengok orang sekeliling, yang bantu Kak Tiyyah, contoh mudah bagi Kak Tiyyah nampak, Syed Azmi, dia pasti ada hujah kenapa pegang anjing, padahal anjing ada batas-batasnya walaupun ada beberapa keqdaan dibenarkan untuk membelanya, seperti digunakan untuk menjaga haiwan-haiwan ternakan kita, seperti kambing atau untuk berburu. Tapi kalau tak faham takut selepas ini kemungkinan dia pegang babi pula, bermain dengan babi, atau apa-apa la hujahnya, yang haram tetap haram, tapi bila nafsu menguasai akal, nak dijadikan jugak logik, malah menggalakkan pula orang lain menirunya. Itu belum pula Dr Mahmood dan Rahmat, kalau di dalam FB pun boleh memaki hamun, menfitnah, sesuka hatinya. Kak Tiyyah boleh bagitahu tak bagaimana orangnya yang sebenar di alam nyata? selepas ni dengan Kak Tiyyah pulak dia maki, hina dan fitnah. Abuya yang dulu pernah menjadi guru mursyidnya, itu pun sanggup dihina difitnah, lagilah Kak Tiyyah yang tak pernah memberi apa-apa, dari sudut keuntungan dunia, apatah lagi akhirat.

13. Jun yakin Kak Tiyyah pasti masih ingat kata-kata Tuan Nasir, ana ni nak ajak orang baiki diri, taubat, buang perangai-perangai buruk, pernah tak Kak Tiyyah dengar Tuan Nasir  nak ajak kita berzina? pergi merompak?mencuri? pergi kelab malam atau paling ringan pun, Tuan Nasir ajak kita hisap rokok?Inilah pendekatan yang selalu Puan Azura buat, bila bercakap dengan kita, detail dan nak kita rasakan, paling kurang kita dapat fikirkan. Kita ni sebab anak Abuya je orang nak pandang, nak tengok, sedangkan bukan ada apa-apa pun pada kita, tapi kita akan memiliki semuanya, isi dunia dan langit bila kita dapatkan Allah dan Rasul.

14.  Jun tak nampak selain Tuan Nasir dan Puan Azura, yang sanggup nak marahkan anak-anak Abuya, mereka sangat rapat dengan Abuya dan Ummu secara lahir dari dulu lagi, jadi secara lahirnya pun bila Abuya dan Ummu sudah tiada, sudah pastilah hati mereka ingin membalas jasa Abuya dan Ummu dengan menjaga kita pula, walaupun sebenarnya jasa Abuya dan Ummu itu tak dapat dibalasi dengan apa-apa tetapi sekurang-kurangnya mereka dapat melepaskan rindu pada Abuya, pada wajah Kak Tiyyah ada sedikit rupa Abuya, pada watak Kak Tiyyah pula ada sedikit macam Ummu. Jadi sepatutnya kita juga dapat membalas rindu pada Abuya dan Ummu bila melihat wajah Tuan Nasir dan Puan Azura, cara mereka ingin islam menang dimana-mana, cara bercakap, cara bertindak, gaya mereka. Bila kita lupa Abuya dan Ummu, dalam tindakan kita, walaupun ingin membangunkan Islam, mereka yang akan ingatkan, sebab taknak kita berbuat dengan rasa berbuat, kita buat semua itu dan boleh berbuat sekalipun, sebab berkat Abuya dan Ummu sebagai ayah dan mak kita yang sentiasa menunjukkan model pada kita, dan sentiasa mendoakan kita menjadi seperti mereka, jadi  sudah menjadi kewajiban kita mengingati ayah dan mak sendiri, kalau ayah dan mak kita pun boleh lupa, itu derhaka namanya. Kak Tiyyah mesti dah nampak di luar sana kan, berapa ramai anak-anak derhaka dan janganlah kita menjadi seperti mereka. Kak Tiyyah juga tahu, 3 amalan yang akan Abuya dan Ummu akan dapat setelah mati, 1: sedekah jariah, 2: ilmu yang memberi manfaat, 3: doa anak yang soleh. Adakah Kak Tiyyah sentiasa mendoakan Abuya dan Ummu? kalau betul Kak Tiyyah sayang pada mereka? amalan apa yang Kak Tiyyah sedang buat untuk disedekahkan amalan pada mereka? kalau Kak Tiyyah ada buat, nanti bila Kak Tiyyah mati, Zainab pula akan menyambung amalan Kak Tiyyah. Mana Kak Tiyyah fikirkan? sama ada Zainab bila duduk dengan Kak Tiyyah dia rosak, atau biarlah dia dengan orang yang boleh mendidik rohnya, dia menjadi anak solehah dan sentiasa nanti mendoakan Kak Tiyyah sebagai balasan, kerana mendidik dia untuk mendapatkan Allah dan untuk menjadikan seseorang itu soleh atau solehah, tidak semestinya ditangan mak atau ayahnya. Kerana di akhir zaman ni, mak ayah lebih suka didik anak mengikut akal dan nafsu anaknya, anak yang masih kecil bila menangis, tangan kanan diberi ayam dan tangan kiri diberi ais krim. Tak dididik dengan Tuhan dan syariatNya.


15. Bila anak menangis ada yang bagi HP, jadi dari kecil mereka sudah dirosakkan, dilatih, jika mereka ingin sesuatu mak ayah perlu ikut cakap mereka, jika tidak mereka akan menjerit, meraung dan akan meracau. Mak ayah kononnya kesian dengan anak, bagilah anak itu dengan apa yang nafsu anak itu suka. Sebab itulah tak pelik budak-budak sekarang kecil-kecil lagi dah ada HP sendiri, nanti mak ayah bagi  alasan, mudah nak hubungi mereka, Tuan Nasir selalu cakap, sedangkan dalam HP saja, boleh terlibat dengan macam-macam maksiat, mulanya hanya dengan video lucah, merebak kepada berzina dan parahnya hingga merogol. Kak Tiyyah, Jun cakap ni bukan reka cerita untuk takutkan Kak Tiyyah, tapi Kak Tiyyah sendiri boleh nampak jaminan keselamatan bila Zainab bersama jemaah, lebih-lebih lagi Zainab dijaga oleh abang Long (Tuan Fadhil), sudah pastilah dijaga lahir dan rohnya dengan secukupnya. Jun pun kalau diberi tawaran, nak jugak anak-anak semua dijaga mereka, iaitu pemimpin-pemimpin GISBH sendiri, kerana sangat berdisiplin lahiriah dan rohaniahnya. Jun rasa cukuplah apa yang dah Jun cakap ni, bukan kata-kata yang panjang atau pendek, yang akan membuka mata hati kita dan hati Kak Tiyyah, untuk menjadi manusia yang berjaya di dunia dan di akhirat, lagipun banyak kali Tuan Nasir cakap, kami yang perlu taubatkan dulu, tangiskan dosa-dosa, dosa yang dah terbuat, sedang buat, atau takut ada dosa yang akan dibuat, sudah pastilah Kak Tiyyah sangat kenal adik-adik Kak Tiyyah sendiri, masih perlu dibimbing, ditegur dan dimarah, agar nafsu kita tak selesa, cuai, lalai dan santai, kerana kita selalu buat bermacam-macam alasan bila berlaku kesalahan atau kejadian,  teringat kata  Tuan Anuar, ”Kita bolehlah nak reka 1000 alasan sekalipun, tetapi ingat Tuhan nak dengar ke alasan-alasan kita?” bukankah kita dah diberi peluang, demi peluang, jadi kami utuskan surat ini bukan untuk Kak Tiyyah saja, untuk kami juga dan pada mereka yang sudi membaca surat terbuka ini, agar sama-sama kita dapat belajar dengan kisah ini, yang sudah pastilah menjadi perhatian dan jun yakin sekarang ni, bila Kak Tiyyah dah baca surat-surat kami, sedikit terubat rindu pada Tuan Nasir dan Puan Azurakan? jadi Jun nak tambahkan sedikit kekuatan, agar Kak Tiyyah kuat jiwa dan dapat menerima semua ini, moga-moga Kak Tiyyah dinampakkan sesuatu dan rupanya kejadian ini membuatkan seluruh keluarga Abuya kembali bersatu, saling kuat menguatkan dan menjadi model kepada seluruh dunia, itulah cita-cita Abuya kepada kita. Terimalah sebuah sajak yang ditulis oleh Abuya dan sudah dilagukan, Kak Tiyyah kalau ada masa dengarlah. Moga datang kembali rasa rindu Kak Tiyyah kepada Abuya, Ummu, Tuan Nasir dan juga Puan Azura.

ORANG YANG KUAT JIWA DAN BERJIWA BESAR,
TIDAK PERNAH KECEWA DALAM PERJUANGAN,

KALAU PERJUANGAN IBARAT SAMPAN DILAUT,
WAKTU CUACA BAIK LAUTAN TENANG,
DIA LAJUKAN SAMPAN,
WALAU SESEKALI BERHADAPAN DENGAN RIBUT,
PANDAI PULA DIA MENGGENDALIKAN PERLAHAN,
DENGAN PENUH BERHATI2,
BIJAK MENONGKAH OMBAK,
PANDAI MENGGELECEK ANGIN,

WAKTU KAPALNYA KARAM,
SETENGAH KAWAN KAWANNYA TENGGELAM,
PANDAI PULA DIA BERENANG,
DAN MAMPU KE DARAT REHAT SEKETIKA,
KEMUDIAN BELAYAR SEMULA,
MUNGKIN DENGAN SATU LAGI STRATEGI BARU,
NAMUN PUTUS ASA,
TIADA DIDALAM KAMUS HIDUPNYA..

4/4/2018

JUN-RUSHOLME, MANCHESTER,
UNITED KINGDOM

Comments

Popular posts from this blog

Surat terbuka untuk Kak Atiah

Assalamualaikum wrt wbt Bismillahirrahmanirrahim.. Surat terbuka untuk kakak ku Ummu Atiyyah bt Asaari. Moga-moga Kak Atiah dalam keadaan sihat lahir dan batin dan juga sedang sangat sedar apa yang telah dilakukan ini, serta faham kesan dan akibatnya kepada diri sendiri terutamanya dan juga seluruh keluarga. Saya tuliskan surat terbuka ini adalah untuk menjawab segala apa yang telah Kak Atiah perkatakan samada melalui video di facebook juga melalui tulisan (Syed Azmi) yang telah tersebar, sekaligus untuk mengingatkan Kak Atiah terhadap apa-apa yang mungkin Kak Atiah terlupa. Tak salah rasanya untuk kita adik beradik saling ingat mengingatkan pada kebenaran dan kesabaran.. 1- Kak Atiah diberi amanah untuk menjaga syarikat di Jerash, Jordan. Sementara kami adik beradik yang lain juga diberi tanggungjawab di cawangan GISBH yang lain. Di Jerash, Kak Atiah bukan saja diamanahkan untuk menguruskan perniagaan restoran, tapi turut diberi kepercayaan menjaga lebih 50 orang pelaj

Surat dari Fatim

Assalamualaikum Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang 1. Ini surat terbuka lagi untuk Kak Atiyyah yang dikasihi. Sebagai tambahan atas apa yang telah diperjelaskan oleh adik beradik yang lain. Semoga kita dapat rasakan ini semua adalah tanda kasih sayang Allah, Rasul dan Pemimpin kepada kita yang meminta kita untuk beriman dan beramal soleh dan menjadi orang yg saling mengingat-ingatkan kepada kebenaran dan kesabaran. Kalau tidak begitu, kita termasuk di kalangan orang-orang yang rugi. 2. Kak Atiyyah yang kami kenali orangnya suka membantu orang, sangat menjaga kebajikan orang lain. Sangat menjaga kebersihan. Itu antara kelebihan yang Allah berikan pada Kak Atiyyah untuk Kak Atiyyah menjadi hamba yang bersyukur di atas semua yang dipinjamkan Allah kepada Kak Atiyyah. Tapi kata Abuya dan para pemimpin GISBH juga selalu ingatkan, kebaikan mesti dibuat atas dasar iman yang kuat kepada Allah. Kalau kebaikan dibuat bukan atas dasar iman, Allah tak pandang pun

Surat dari Kakak

Kepada Kak Atiyah yang disayangi, semoga ini menjadi ingatan buat kita anak-anak Abuya, bahawa Abuya kita itu bukan macam yang kita fikirkan.  1. Cukuplah selama ini banyak kita berdosa dengan Abuya. Kita taubat dan tebuslah dosa kita pada Abuya moga tuhan terima kita.  2. Kak Atiyah menjaga pelajar di Jerash kerana kepentingan diri Kak Atiyah. Sesiapa yang tak memberi keuntungan pada Kak Atiyah, Kak Atiyah sisihkan. Bila Kak Atiyah arahkan  mereka mencuri untuk keperluan Kak Atiyah mereka taat kerana takut tindakan Kak Atiyah dan kerana Kak Atiyah tipu mereka dengan kata-kata, ini dibolehkan untuk Islam. Lagipun Kak Atiyah anak Abuya.  3. Bila mereka melawan, mereka dianggap pengkhianat dan dipandang hina oleh Kak Atiyah. Kak Atiyah akan mengajak semua pelajar lain pun turut menghina sedangkan mencuri itu bukan satu dosa yang kecil. Abuya dan Ummu didik kita, susah macam mana sekalipun jangan mencuri. Mereka takut nak tegakkan kebenaran kerana Kak Atiyah akan bertindak a