Skip to main content

Surat dari Adik Bar

Assalamualaikum Kak Atiyyah yang sangat kami sayangi dan kasihi.

1. Adik menulis surat ini untuk mengajak Kak Atiyyah kembali dan nak mengambil saham juga dalam nak membela Abuya, Ummu dan pemimpin.

2. Semua orang sangat sayang Kak Atiyyah, bukan adik beradik  sahaja, tapi satu syarikat ni, semua orang mendoakan Kak Atiyyah terutama para pemimpin khususnya Tuan Nasir, Cik Zura yang paling sangat-sangat mendoakan, adik selalu melihat Tuan Nasir dalam doanya menahan sebak dan pernah sebab tak mampu nak tahan, Tuan Nasir menangis  ketika menyebut, "Selamatkanlah, kembalikanlah anak, cucu dan keluarga Abuya ke pangkuan Abuya". Tapi kita pun tak rasa dan tak menangis macam tu sekali.

3. Kak Atiyyah, cukuplah! kita susahkan Abuya, Ummu dan pemimpin, baliklah. Adik tulis ni nak ingatkan Kak  Atiyyah dan adik juga. Bila Kak  Atiyyah buat macam ni Abuya dan Ummu yang dapat nama buruk, kalau Abuya dan Ummu ada, mereka yang susah, orang hina Abuya dan Ummu. Sedangkan kita yang terlalu ikut nafsu, ikut kepentingan diri kita! Kita dapat apa? Nafsu tak pernah puas...

4. Adik teringat di Jerash dulu waktu berumur 12 tahun, Kak Atiyyah jaga adik selepas Ummu ke Mekah, Kak Atiyyah suruh beberape orang yang ikut Kak Atiyyah mencuri termasuk la adik, waktu tu terdetik dalam hati Abuya dan mak-mak kita tak pernah ajar mencuri tapi di sebabkan waktu itu Kak Atiyyah kata kita niat untuk Islam dan siapa yang tak pandai mencuri kononnya atas nama Islam tu, akan di panggil Jumud! Kak Atiyyah khianati Abuya, Ummu dan pemimpin tapi sekarang Kak Atiyyah dakwa di pihak Abuya...

5. Kak Atiyyah, adik akui waktu Kak Atiyyah buat perangai di Turki haritu, ada sedikit perasaan geram dan benci tengok perangai Kak Atiyyah yang susahkan semua orang terutama pada Tuan Nasir dan Cik Zura tapi Tuan Nasir dan Cik Zuralah yang ajak doa untuk Kak Atiyyah, Cik Zura setiap hari tanya kami adik beradik perempuan yang lain, ingat Kak Atiyyah tak waktu makan, malam-malam tengok Kak Atiyyah tak, semua bendalah ingat tak pada Kak Atiyyah, doakan tak Kak Atiyyah. Cik Zura yang betulkan perasaan kami terutamanya adiklah, bukan benci tapi doakan Kak Atiyyah. Tapi Kak Atiyyah tak rasa, malah Kak Atiyyah hina caci Tuan Nasir dan Cik Zura.

6. Kak Atiyyah kembalilah kepada kebenaran. Kami semua sangat-sangat sedang tunggu Kak Atiyyah kembali semula pada Abuya, Ummu dan pemimpin. Kita sama-samalah tebus dan bertaubat, kita semua pernah buat dosa, sementara Allah masih bagi kita peluang, kita taubatlah dan buat penebusan dosa seperti yang pemimpin kita kata "Iringilah kejahatan itu dengan kebaikan", moga kita semua teruslah direzkikan untuk diberi faham dan mampu laksanakan setiap hasrat Abuya, Ummu dan pemimpin pada kita. Supaya Allah selamatkan kita dunia akhirat atas keberkatan para kekasih-kekasih Allah. Ampun dan taubatkan kami Ya Allah..

Adik,
Claygate, London.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...