Skip to main content

Satu petang dikedai burger

Setiap petang kami akan turun untuk berjalan-jalan disekitar Mujamma' Zumaili yang terletak berhadapan dengan apartment 5 tingkat yang kami tempati di Arjan,satu kawasan baru yang diterokai di Jordan,terletak hampir dengan Duwar Dakhiliah,Amman.

Ada satu kedai fast food yang baru dibuka nampaknya. Peniaganya seorang pemuda Mesir. Petang tu aku ajak Wadud dan Fatim kesitu,saja nak belanja depa burger.

Selesai mengorder burger,si peniaga tadi pun memulakan perbualan.

" kam surah hafaztum minal quran? " (berapa surah yang kamu hafal dari quran)

" mush ketir..mumkin ba'dhu surah min juz 'amma ",jawabku.. (tak banyak..mungkin beberapa surah dari juz 'amma)

Kemudian dia pun bersyarah panjanglah kepada kami sambil menunggu burger masak tu,katanya dia hafal seluruh alquran. Kamu patutnya kena hafal juga. Dengan bangganya dia pun bercerita bahawa sebagai orang arab,mudah baginya untuk menghafal quran. Tidak seperti orang melayu yang mengambil masa yang panjang untuk hafal kerana bukan bahasanya. Dia pun bacalah beberapa ayat quran dari macam-macam surah. Kami hanya senyum saja. Nak tergelak pun ada dengan suaranya yang serak-serak kering itu,tapi ditahan saja demi menjaga hatinya yang sedang bersemangat itu. Setelah selesai syarahan panjangnya itu,aku pun cakap,ayah aku mengajarkan untuk beramal dengan quran. Bukan hanya membaca dan menghafalnya. Jadi, kami orang Malaysia ni lebih sibuk tumpu nak memahami dan mengamalkan quran.

Melentinglah dia..kamu nak cakap aku ni hafal quran tapi tak amal ke? Kami hanya senyum sambil mengangkat kening.

Menghafal quran itu dituntut. Tapi mengamalkannya itu penentu keselamatan diakhirat.

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...