Skip to main content

Kaya dunia akhirat

Bila cita-cita waktu kecik kami (yang kurang relevan) telah dicantas oleh Abuya,dan Abuya galakkan untuk jadi peniaga,maka secara tiba-tiba aku membesar dengan cinta yang tumbuh terhadap perniagaan. Namun jiwaku jiwek. Takut pada persaingan. Maka apa yang aku lakukan ialah aku hanya akan meniaga barang yang sudah pasti ada pembelinya. Tidaklah aku sanggup untuk berisiko keluarkan duit banyak untuk jadikan modal kepada bisnes yang belum ku pasti untung ruginya. Sungguh tiada semangat usahawan langsung!

Aku bermula bila kerap berulang alik ke Indonesia. Diwaktu itu ada sejenis pakaian di Indonesia yang sangat digemari oleh orang Malaysia. Maka aku akan mengambil pesanan mereka,dan aku belikan barang-barang yang dipesan dengan menggunakan modalku dahulu,kemudian aku jual dengan harga semasa. Dengan itu selamatlah aku dari kerugian andai barangku tidak laku. Dimana sifat tawakalmu?? Tapi aku rasa untuk permulaan memang macamtulah kot yang terbaiknya. Kita bermula dengan hal yang kecil. Sikit-sikit lama-lama jadilah bukit.

Setelah itu aku diberi izin lagi untuk menimba pengalaman bisnes. Masih kecil-kecilan. Kami usahakan warung burger,ice blended dan sebagainya. Meniaga tepi jalan di Kampung Pochan. Seronok juga. Walaupun taklah sampai juta-juta tapi cukuplah nak lepaskan beli barang mandian. Oh ya..bagi kami barang mandian seperti syampu,pencuci muka dan adik beradiknya itu amatlah penting.

Lepastu yang paling aku ingat bila kami nak ke Eropah. Duit belanja memang takde maka aku segera berinisiatif membawa barang jualan dari Malaysia untuk dijual disana selain dari cd yang memang wajib. Kami biasanya dapat booth free,jadi manfaatkanlah. Rasa puas sebab sepanjang di Eropah boleh belanja guna duit jualan. Bukanlah belanja nak shopping kat Paris ke apa,tapi biasalah kalau teringin nak makan kebab,beli ole-ole kat kedai yang semua barang harga 1 euro..ok sangatlah tu.

Dan pengalaman bisnes terbesar ialah bila kena handle restoran Qasr Lubnan di Jerash Jordan yang bertaraf 3 bintang. Itu memang besar sungguh. Tak main-main punya. Duit jualan setiap hari kena asingkan untuk bayar cukai. Punyalah besar siap bercukai bagai. Sekali modal untuk bekalan hariraya sampai cecah 20k rm. Jualan 4 hariraya boleh capai 50-60k. Disitulah aku makin pasti jenis perniagaan yang aku minati ialah bisnes makanan. Bila dah agak mahir kendalikan restoran gabak tu,aku ajak adik-adik aku bukak stall burger ditingkat 2 restoran untuk memenuhi permintaan kami-kami disitu. Bisnes sesama sendiri pun sehari bolehlah masuk sekitar 200rm. Oklah kan? Aku saja nak bagi kerja kat adik-adik tu. Belajar untuk hidup. Walaupun bisnes ayah kita. Jangan jadi ayam daging goyang kaki,lepastu makan free. Aku nampak adik-adik pun berminat dan bersemangat.

Satu cara lagi yang aku buat juga ialah disebabkan aku tak banyak masa sangat untuk fokus bisnes je,maka kalau aku ada sikit-sikit duit tu aku tawarkan pada kawan-kawan yang nak meniaga tapi takde modal. Jadi nanti keuntungan kita bagi sorang sikit. Aku bisnes-bisnes ni bukan pasal nak tanggung hidup. Sebab kerja dengan sistem GISB ni rasanya keperluan aku yang ditampung lebih dari cukup. Tapi tula kata..sebab minat meniaga tu dah ada sikit-sikit. Maka praktikkanlah sesekali.

Abuya memang benar..perniagaan mengasah hati kita untuk kuat bergantung dengan Tuhan. Rezki ada dimana-mana. Namun walau apa sekalipun yang kita perbuat,niat WAJIB kerana Tuhan. Ramai orang bisnes..kaya raya didunia..tapi sedikit yang berbisnes boleh sampai turut kaya diakhirat..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...