Skip to main content

Roh haji

Labbaikallahumma labbaik..labbaikala syarikalakalabbaik.
Demikian panggilan Tuhan yang menggugah hati jutaan manusia untuk berdatangan padanya saban tahun disetiap Zulhijjah menyapa. Meriahlah kota suci kecintaan Allah dan Rasul ini dengan sekian ramainya tetamu Allah yang bertandang membawa bersama niat yang satu untuk menuju Tuhan pencipta.

Rumah Allah yang bercahaya

Namun kemeriahan lahir ternyata tidak menentukan kemeriahan roh. Ramainya manusia bukanlah penentu kekuatan agama. Bukankah itu yang kita fahami bahawa segalanya bermula dari sekeping hati?

Haji hakikatnya ialah satu perjalanan menuju Allah membawa bersama rasa hamba yang sebesar-besarnya. Ketika mana wukuf di Arafah,mengenang kembali detik pertemuan dua insan yang Tuhan pisahkan berpuluh tahun lamanya dan akhirnya dipertemukan disinilah mereka. Dosa yang kita cipta jauh lebih besar dari Adam dan Hawa namun Tuhan tidak pun menghukum kita sebegitu rupa. Takutilah Tuhan dengan sifat penyayangnya kepada hambaNya. Sungguh kita menginsafi diri dikesempatan ini. Padang Arafah menjadi saksi bahawa hamba sepatutnya meletakkan dirinya ditempat terendah dihadapan kekuasaan Tuhan.

Berdoa di Jabal Rahmah
Jabal Rahmah di Arafah

Aku hairan bagaimana manusia itu kerana Allah mampu untuk berhimpitan di Mina. Tidur berbumbung langit atau khemah,yang lelakinya hanya berpakaian ihram. Sungguh bukanlah suatu keadaan yang selesa. Namun begitu sajalah nilai seorang hamba untuk menuju Tuhannya. Mempersembahkan diri dengan keadaan yang cukup dhaif. Menyatakan kepada kuasa teragung itu betapa aku hanyalah secebis kehinaan yang kau ciptakan dan izinkan untuk sementara menumpang dibumiMu ini. Bagaimana aku boleh mengangkat kepalaku ini dan menyombong pada zat yang bila-bila saja boleh menghancurkanku?

Khemah di Mina
Mengambil berkat di tempat berkat
Mina dari atas..subhanallah
Diluar khemah Mina
Didalam khemah Mina

Lakaran sejarah yang membentuk haji itu,makin ditelusuri kian menambah sesak didada. Oh Tuhan.. Bagaimana Kau bisa ciptakan sebuah keluarga suci yang tidak hidup melainkan hanya untukMu. Mempersembahkan sebuah cinta yang kekal sebagai cinta teragung disepanjang umur dunia dengan penuh hanif..berlurus hati. Hingga nama mereka Kau ukir didalam upacara penyembahan yang menjadi syarat hamba diterima. Sungguh bayaran cintaMu pada mereka melangkaui segala nikmat yang ada.
Allahumma solli 'ala saidina muhammad wa 'ala aali saidina muhammad
Kama sollaita 'ala saidina ibrahim wa 'ala aali saidina ibrahim

Jamarat
Melontar jamrah..melontar nafsu

Kebenaran adalah hidangan penuh kepahitan. Sudah begitu yang menjadi ketetapan. Orang-orang kesayangan Tuhan bermain dengan nyawa mereka demi pembuktian kepada cinta yang diungkapkan. Ternyata keindahan pada kebenaran itu hanya akan tersingkap bila segala kesakitan ditelan umpama madu yang manis bersama senyuman yang terukir dihati. Dan ketika itulah Tuhan berikan kemenangan. Allahu akbar..

Tuhan..baru ku sedar bahwa cinta yang hanya menjaja kesenangan dimata itu ternyata palsu. Kerana tidak kutemukan cinta serupa itu didalam hikayat percintaanMu bersama orang-orangMu. Benarlah sabda dunia itu penjara bagi orang bertaqwa. Kerana bahagia sebenar hanyalah disyurga.

Mampukah kita dapatkan semua ini dari haji yang dikerjakan? Haji yang akan membuatkan roh benar-benar jadi cukup meriah melebihi kemeriahan manusia yang ada. Jika haji itu Tuhan nilai kerana fiziknya sahaja,maka tidak wujudlah kisah haji si tukang kasut yang tidak pun datang berhaji namun diberikan pahala haji mabrur yang tidak didapatkan sekalipun oleh mereka yang menunaikan haji. Segalanya dari Tuhan dan untuk Tuhan. Kita hanya berusaha melaksanakan sedang hati sangat ketakutan andai ianya tiada nilai disisi Tuhan.



Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...