Skip to main content

Haji tahun ini

Malam tadi waktu masuk bilik air sebelum tidur,tengok ke cermin..rasa macam dah usang baju yang aku pakai. Terdetik nak beli baju murah-murah kat Sofwah Tower di Haram. Tapi terfikir pulak bukan senang nak ke Haram waktu-waku macamni. Orang padat sangat. Taftisy (pemeriksaan) pun makin leceh. Lupakan jelah niat tu.. Walaupun sebenarnya rindu juga dengan Haram.. Kaabah..

Mendung
 
Tiba-tiba lepas program pagi tadi Kak Azwa ajak ke Haram teman Ummu Anas. Yaallah..Tuhan mendengar detikan kecilku malam tadi. Laju je aku menerpa ke kereta,tumpang Ummu Anas isteri timbalan menteri Jordan ke Haram konfidenla sikit. Feeling macam kita anak menteri je.

Rindunya Masjid Haram
 
Masyaallah...padat sepadatnya disepanjang jalan menuju masjid. Kesian pulak Ummu Anas nak kena jalan jauh sebab kereta tak boleh parking depan masjid. Eh tiba-tiba ada kereta yang angkut orang macam kat padang golf tu. Kami bagi Ummu Anas naik,kami jalan kaki. Bahagianya dapat jejak kaki kesini setelah sebulan lebih tak berpeluang. Ramainya manusia berbondong-bondong datang untuk persiapan menunaikan fardhu haji yang tinggal berapa hari lagi. Sayu sangat hati.. Haji menuju Allah. Membawa hati untuk disucikan.. Moga aku direzkikan..

Dari dalam kereta
Sepanjang jalan menuju masjid
 
Bukan rahsia lagi bila saban tahu dimusim haji seluruh umat islam yang percayakan jadual Allah diakhir zaman ikut menanti kedatangan penyelamat yang Tuhan janjikan untuk menyelamatkan dunia. Kedatangan Ummu Anas dari Jordan kesini kali ini membawa bersama berita-berita besar untuk islam. Tolong lakukanlah Yaallah. Akhirilah penantian dan kerinduan ini dengan keselamatan untuk kami. Jadikan kami orang-orang yang direzkikan untuk bersama menyongsong kemenangan dariMu ini.Terasa basah hatiku menahan kesayuan. Layakkah aku..

Walaupun rintik-rintik tetap jakun
Redup kerinduan
 
Serasa bumi bagai mengerti kesedihan hati bila awan turut menumpahkan hujan pertama sejak sekian lama.. Jakun sebentar aku jadinya. Sungguh rahmat Tuhan maha besar. Hujan yang dinanti..tidak lagi ditakuti..datanglah bersama pelangi indah menghiasi bumi..

Basah kecil
 

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....