Skip to main content

Potong kaki elak mati

Sebuah keluarga yang bahagia. Mak ayah bersama anak-anaknya. Hidup aman damai. Mak ayah bekerja kuat untuk mencukupkan keperluan makan,minum,pendidikan anak-anak. Keluarga ini cukup disayangi oleh jiran,rakan dan taulan. Mak ayahnya menjadi ibu bapa contoh kerana berjaya membina keluarga dan mendidik anak-anak dengan sebaiknya. Maka ramai jugalah ibu bapa lain yang meminta tips untuk mewujudkan keluarga bahagia seperti mereka.

Ujian Allah datang. Tiba-tiba seorang anak telah melakukan hal yang mengaibkan keluarga dengan merompak bank. Terpampang didada-dada akhbar perihal kejahatan si anak. Besarnya malu yang terpaksa ditanggung oleh mak ayah. Sebahagian masyarakat mula mencemuh keluarga itu tadi. Mak ayah dipersalahkan dek ulah sumbang si anak.

Maka anak tadi dipanggil dan ditanyakan apakah masalahnya hingga sanggup dia merompak sedangkan keperluan hidupnya sangat dicukupkan oleh mak ayah. Malangnya si anak yang telah dibutakan oleh nafsu,merasa seronok dengan dosa,enggan mendengar kata-kata orang tuanya lagi. Entah setan apa yang merasuk akal dan hati anak itu. Maka seisi keluarga memutuskan untuk mengusir saja si anak dari rumah dan tidak lagi menganggap dia adalah sebahagian dari keluarga. Kerna jika tidak diusir pun,sang anak memang berkeras untuk meneruskan kejahatannya itu. Lebih baiklah dia dibiarkan keluar dari rumah demi menyelamatkan maruah keluarga yang telah tercalar.

Gemparlah masyarakat dengan peristiwa sadis ini. Ramai yang bersimpati,namun akur dan mendokong keputusan keluarga itu kerana dilihat si anak sudah melampau. Namun ada juga sebahagian yang mengata-ngata kerna mereka lihat tak sepatutnya anak itu dihalau. Kesianlah pada anak yang terpaksa membawa diri tiada hala tuju. Mereka berpandangan seharusnya ibu bapa perlulah menunjukkan kasih sayang yang sebesarnya kepada anak-anak.

Demikianlah perbezaan memang tidak dapat dielakkan. Namun apa yang kita boleh simpulkan dari kisah ini ialah,kasih sayang tidak selamanya mampu mengubah manusia. Jika kelembutan hanya akan memudaratkan,maka kekerasan sangatlah diperlukan. Tuhan yang maha penyayang itu bahkan menciptakan neraka yang amat dahsyat untuk hamba yang ingkar.

Bagi mereka yang menyalahkan mak ayah yang telah mengusir si anak,mereka hakikatnya tersilap dalam menilai. Kita tamsilkan saja dengan seorang yang berpenyakit kencing manis. Ketika luka dikaki masih kecil,ubat dan rawatan cukup untuk melegakan. Namun ketika ianya makin besar dan parah,tidak boleh dirawat lagi,maka untuk tujuan keselamatan,perlulah kaki itu dipotong agar virusnya tidak semakin merebak hingga menyebabkan kematian. Terpaksa dikorbankan hal yang kecil demi keselamatan yang lebih besar.

Didalam membuat sesuatu penilaian,perlulah dilihat yang mana lebih utama. Yang lebih besar silapnya yang mana? Mak ayah ke silap kerana mengusir anak yang jahat dari rumah atau anaklah yang lebih besar silapnya kerana telah derhaka kepada ibu bapa yang telah sangat berjasa kepadanya selama hidupnya. Sama-sama kita fikirkan..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...