Skip to main content

Sekolah

Aku tak pernah bercita-cita nak jadi cikgu. Tak pernah minat nak mengajar. Entah kenapa. Kerana aku malas belajar kot. Tahlah! Tapi cikgu/guru tak pernah sekalipun masuk dalam list cita-citaku sewaktu kecil dan besar. Aku tak rasa cikgu adalah kerja yang best padahal apalah yang aku tau pasal kerja seorang peguam diwaktu aku tergedik-gedik ingin menjadi peguam ketika masih sekolah rendah. Huh!

Takdir Tuhan merubah segalanya. Bila aku try test cuba mengajar bermula di Mekah haritu(rasa macam baru semalam jek) tiba-tiba aku diresapi perasaan,eh eh best jugak jadi cikgu. Eh.. bestlah rupenye! Selain dari aku bebas memarahi anak muridku,yang lebih besar ialah aku boleh belajar banyak benda yang aku mungkin belum tahu. Bila jadi je cikgu,terus timbul keinginan untuk tahu ini dan itu. Rasa bahagia bila boleh berbincang,saling bersoal jawab dengan anak muridku. Bertambah bahagia bila aku boleh kongsikan hal yang mereka tak tahu. Bukan pasal aku tau semua benda,tapi sebab kita boleh cari tau bersama. Ada hal yang aku tak pasti,senang je.. Aku suruhlah depa buat kerja rumah cari maklumat sana sini. Hihi

Dan sekarang aku percaya,tugas seorang guru jauh lebih besar dari itu. Sebelum ni aku prejudis saja dengan guru. Kini barulah ku tahu.. Guru bukan sekadar berdiri dikelas memberi ilmu,tetapi membimbing anak murid dalam seluruh kehidupan mereka juga adalah tugas utama seorang guru. Ikatan seorang guru dan murid tidak sepatutnya hanya terhad didalam kelas,tetapi guru juga harus menjadi orang yang ikut campur dalam memastikan masa depan dunia akhirat seorang muridnya. Bukankah guru juga memikul amanah dalam hal mencorak bangsa? Andai beban tidak digalas sempurna,punahlah nasib mereka!

Setiap hari aku terjerit-jerit pada mereka,mengejar segala kudrat yang mereka punya untuk pastikan mereka semua dapat dibina. Padahal aku sendiri jauh dari sempurna. Kerana itu aku berharap agar Tuhan sempurnakan aku dengan kehadiran mereka semua. Kita manusia,biasa sangat terlepas pandang setengah benda. Semoga dengan kebersamaan ini akan membuka mata,akal dan jiwa kita.

Aku senang melihat bagaimana mereka bertatih-tatih belajar dari guru yang bernama pengalaman. Aku juga seperti mereka. Pengalaman belum luas tapi ianya sudah bermula. Mengajak mereka memanfaatkan usia yang masih muda belia adalah satu usaha untuk aku menutupi segala kebaikan yang tidak sempat ku capai diusia remaja. Aku berharap mereka tidak melakukan kesalahan yang sama. Biarlah mereka mencorak sejarah yang berbeza. Walau kita manusia.. Salah silap dimana-mana.. Namun biarlah semuanya berlaku dengan penuh makna. Kalau ditilik kekurangan diri,siapalah yang sanggup nak galas beban ni. Diri sendiri pun tak guna,macamana nak ajak orang jadi luar biasa? Tuhanlah yang berkuasa melakukannya..

Sesekali hati terusik dek kesabaran Pak ude,Pak njang,Mat solo yang suka buat perangai,sedih sebab termarah Imran,Fida',Sya3. Kadang tu geram dengan karenah Musab,Awah,Rozi,belajar menghargai Mat Utbah yang mau belajar,Qutai yang taat,tabik dengan Fairuz yang pengemas,Hasanah yang lurus,Pipah yang macam ustazah,Adek yang tak fokus,Balkis yang misteri,Erun,Lilah,Ema' yang suka menolong. Tak lupa aku menekuni kegagahan Kakak,istiqamahnya Tim,penghiburnya Iyah..Aku mengajar depa tiap hari dan turut belajar dari mereka. Keberadaan mereka buat aku sedar banyaknya kebaikan yang aku tak punya. Aku menumpang semuanya.

Selalu aku sisihkan sedikit waktu berdoa buat mereka. Aku tidak punya wang untuk dikongsi bersama,tetapi Ummu sering mengingatkan,berilah Tuhan pada manusia. Jika manusia mendapatkan Tuhan dijiwa,mereka sanggup melakukan apa saja demi Tuhan cinta agungnya. Justeru itu betapa aku hargai kesanggupan adik-adikku ini untuk bersusah payah walau tidak dijanjikan upah. Kita kongsi sabun basuh,berus gigi,syampu,sampai stokin pun boleh pakai sorang sebelah! 

Wahai Tuhan.. Tolong pandu kami untuk jayakan pendidikan seperti pendidikan Rasulullah.

Comments

mammamia said…
Olah..cba try test jd cikgu tadika pulak!! Lg rasa dunia ni ana y pye tau!! Hehe..cba try test ea..
Anonymous said…
Try test cuba, the same word.. :D

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...