Skip to main content

Syria Allah Hamiha

Sedang asyik aku melahap roti canai D'saji dengan penuh sopan,aku disapa oleh seorang wanita arab yang bertanyakan dimana restoran yang ada menjual mee/spagheti. Aku pun tunjukkan padanya beberapa kedai. Lepastu baru aku perasan yang lahjah arab yang dia gunakan macam familiar je.

" min wein enti ",aku bertanya untuk kepastian.

" ana min suria ",jawabnya sopan.

Ye..lahjah syria memang sedap didengar. Lembut iramanya.

Aku dengan semangat cerita kat dia yang setiap hari aku doakan keselamatan untuk Syria. 'Suria Allah Hamiha' (Allah melindunginya). Itulah kata-kata yang biasa didengar atau dilihat tertulis disepanjang jalan dinegara itu. Moga Allah sentiasa melindunginya.

Aku tidak pernah lama di Syria. Paling lama seingatku sekitar hampir 3 minggu. Oleh kerana Syria merupakan antara negara jiran terdekat dengan Jordan,maka seringlah aku ulang alik untuk cop visa atau kadang sekadar untuk ziarah keluarga dan kawan-kawan disana. Biasanya kesana menaiki bas atau teksi. Pertama kali aku jejakkan kaki di Syria ialah pada tahun 2001. Waktu tu aku ikut kawan nak perpanjang visa. Aku rasa Syria merupakan negara yang cukup antik pemandangannya. Damsyik yang klasik. Kota lama yang banyak menyimpan sejarah agung islam. Sempat aku kunjungi Homs,Halab dan juga Hamah,satu tempat yang menjadi tarikan pelancong kerana disana adanya kincir air yang tertua didunia. Aku tak pasti apakah itu satu-satunya atau mungkin ada juga ditempat lain. Tapi memang tua sungguh. Dan unik. Yang paling penting,Syria merupakan antara negara yang banyak terletak didalamnya makam para nabi,para sahabat,orang-orang soleh dan wali-wali. Pastilah keberkatan mereka mengalir dibumi syam itu.

Walau hanya sempat singgah-singgah,tapi ramai juga kenalanku disana. Yang paling tak terlupakan ialah Syekh Solah Kaftaru,isterinya Ummu Basil dan keluarga yang sangat baik menerima kami sebagai tetamu selama 2minggu. Mereka merupakan anak menantu Syekh Kaftaru yang merupakan pengasas Mujamma' Abu nour tempat ramai pelajar Malaysia menuntut disitu. Menurut cerita mereka,Abuya pernah datang kesana diwaktu awal-awal penubuhannya. Syekh Solah dan isteri pun pernah datang ziarah Abuya di Malaysia. Ada juga Marwan,Usamah,Syekh Mahmud,Dima dan Amani Syahadah dan beberapa orang lagi. Bagaimanakah nasib mereka sekarang?

Tiba-tiba aku rasa macam dah lama sangat duduk di Syria. Memang tak banyak yang aku tahu tentangnya. Cuma adikku Wadud yang sempat lama disana memang selalu cerita tentang pengalamannya hidup di ardhu syam. Kalau dengar ceritanya memang takkan habis. Sakit perut gelak. Yang paling masyhur ialah cerita pengalaman berurusan visa di Jawazat. Kisah tentang sistem disana yang jauh sangat ketinggalan dengan negara kita. Dengan Jordan pun rasanya dah jauh beza. Bayangkan.. banyak urusan yang masih menggunakan kertas-kertas bersama tulisan tangan. Hingga Wadud menggelarnya sebagai negara kertas. Kalau diborder perlu menunggu lama sebab mereka masih menggunakan manual-tenaga manusia untuk menuliskan satu-satu nama orang yang keluar masuk. Setelah beberapa tahun adalah sedikit peningkatan,tapi pegawainya yang masih baru dengan komputer hanya mampu menaip menggunakan satu jari! Oh Syria.

Terus terang aku lebih selesa di Jordan. Syria bagiku hanya tempat untuk persinggahan. Aku tak mampu untuk hadapi hiruk pikuk hidup disana. Kalau nak naik servis (van awam),aku terpaksa melompat kedalamnya kerana pemandu takkan berhenti! Keadaan lalu lintas yang sangat menakutkan. Aku pernah hampir dilanggar bas ketika hendak menyeberang. Tiada tolak ansur. Aku pula memang ada penyakit takut melintas. Aku rasa hidup disana keras. Maka aku tak rasa Syria sesuai dengan jiwa.

Melihat Syria yang terkini,ada airmata yang mengalir disudut hati. Walau aku sendiri tidak pernah menyayanginya sepenuh hati,tapi tidak bermakna musibah yang menimpanya ini ku pandang sepi. Doa selalu ku kirimkan agar keamanan segera diperolehi.

Syria tetap mekar dihati dan ingatan para pencintanya. Terutama rakyatnya,juga bagi mereka yang pernah bermastautin disana. Syria memberikan tidak sedikit kemanisan yang dikecapi. Antik,kuno,jakun,tapi itulah hiburannya pun. Aiskrim tumbuknya yang paling sedap,manisannya yang menggiurkan,salatah fawakehnya yang buat tidur tak lena. Belum lagi cerita tentang Jabal Arbaien yang melelahkan,Jabal Qasiyun yang cantik diwaktu malam.. Dan lebih dari itu,padanya ada janji Tuhan. Semoga Tuhan selamatkan semuanya,bebaskan Syria dari cengkaman musuh-musuh agar Syria kembali indah untuk turut menyongsong jadual Tuhan bersama mengembalikan kegemilangan islam.

Pemandangan dari atas Jabal Arbaien- Damsyik
 

Comments

Anonymous said…
Assalamualaikum.. Kak Khaulah. :) Sy ada permintaan besar dari akak. Sy nak lagu 'Bantulah Aku Melawan Nafsu' lirik arab yg dirumikan, boleh? Sbb sy selalu nyanyi lagu tu, tp takut klu tersalah sebutan, lain pula maksudnya. Moga akak faham niat sy ni. Terima kasih kak. :)

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...