Skip to main content

Sesatkah akidah mereka?!

:فقد روى الطبراني عن أنس أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:

من ترك الصلاة متعمدًا فقد كفر جهارًا

Bila baca hadis tentang siapa yang tinggalkan solat dengan sengaja maka kafirlah dia,hati terdetik..eh..kalau camtu banyaklah orang kafir ye. Sebab selalu je jumpa orang yang tak solat walaupun islam. Maksudnya kalau dia mati,kena kebumikan dekat perkuburan bukan islam lah kan?

Nampak mudah,tapi rupanya tidak semudah itu. Mengatakan seseorang yang islam,tapi tak sembahyang itu sebagai kafir adalah satu perbuatan yang sangat bahaya. Walau jelas perbuatannya itu sepertimana jelas apa yang tersurat didalam hadis,namun kita tetaplah perlu hati-hati kerana persoalan akidah itu sangatlah halus dan seni. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui.

Rasulullah mengambil masa 10 tahun untuk membaiki akidah manusia,sedang hanya 3 tahun diperlukan untuk mengajarkan syariat. Ini adalah bukti bahawa akidah itu sesuatu yang cukup sulit untuk diperkatakan. Apa lagilah kalau kita bukan ahlinya. Ahli akidah pula bukanlah orang yang banyak ilmu tentangnya,tapi ialah orang yang diberi Tuhan untuk benar-benar memahaminya sekaligus beramal dengannya. Maka hakikatnya tidak ramai orang yang betul-betul boleh dianggap sebagai mereka yang layak menilai dan menjatuhkan hukum terhadap akidah manusia.

Lain halnya dengan syariat. Syariat adalah persoalan lahir. Tak solat,tak tutup aurat,minum arak,berzina dan lain-lain. Jika seseorang melakukan perlanggaran syariat,mudah untuk kita menilainya. Contoh bila ada orang mendedahkan aurat,tidak pula boleh dikatakan,takpe..dah kerja dia kena pakai macamtu. Maksudnya,tetaplah dia bersalah kerana telah membuka auratnya. Tapi bila membabitkan akidah,sebaiknya kita perlu lebih berhati-hati. Kerana menuduh seseorang itu kafir atau sesat akidahnya,berat akibatnya. Lebih-lebih lagi jika orang yang dituduh itu tidak pun bersalah. Sebab itu walaupun jelas orang tu tak solat,tapi tidaklah kita berhak mengatakannya kafir kerna itu adalah urusan dia dengan Tuhan.

Jadi,kalau mereka yang jelas sudah melanggar syariat pun,kita tidak boleh menuduhnya kafir,apatah lagilah bagi orang-orang yang sempurna syariatnya! Andai ada hal yang menjadi pegangan mereka,yang kita tidak pun memahaminya kerana kita bukan ahlinya,maka lebihlah sepatutnya kita berhati-hati untuk mengatakan akidah mereka itu sesat! Sepertimanalah orang yang jelas melanggar syariat itu tidak mahu dikatakan sesat atau kafir,malah tetaplah mengaku bahawa mereka itu islam,apa lagilah dengan mereka yang kuat berpegang dengan syariat! Apakah sewenangnya kita boleh melabelkan mereka sesat?

Orang melayu cukup asing dengan hadis akhir zaman dan janji Tuhan yang dikatakan akan berlaku! Kemunculan Imam Mahdi dan orang-orangnya yang akan menyelamatkan dunia..tidak ramai yang tahu tentangnya. Lain dengan bangsa seperti arab,turki dan sebagainya. Mereka cukup yakin dengan hadis yang disabdakan sejak 1500 tahun itu bahawa islam akan kembali gemilang. Kebangkitannya bermula dari timur. Bahkan ada yang sudah cukup yakin bahawa timur itu ialah Malaysia dan Indonesia kerana melihat kepada arus kebangkitan islam yang cukup pesat di dua negara itu mengalahkan negara-negara lain. Sayang ye.. Disaat orang lain pun cukup tabik dan berharap dengan kemampuan Malaysia menerajui kebangkitan islam akhir zaman,kita malah tidak pernah pun memikirkannya apalagi untuk mempersiapkannya. Sibuklah kita berjuang menyelamatkan bangsa,sedang agama...? Entah apalah nasibnya..

Meyakini perihal janji Tuhan diakhir zaman,memperjuangkannya,bahkan menagihnya sepenuh hati dari Tuhan agar ia segera berlaku,itu adalah tanggungjawab semua manusia. Bukan hanya sekelompok golongan sahaja. Menunggu apa yang telah Tuhan janjikan akan berlaku,bukanlah hanya dengan bermenung dan menongkat dagu. Sebaliknya perlulah ada usaha yang dilakukan. Mengharap  ianya berlaku ditangan kita,bukanlah satu kesalahan. Kalau pun kelak bukan rezki kita,tidak pun kita rugi. Bukankah para sahabat ketika dikatakan konstantinopel akan jatuh ke tangan islam,mereka berkejar untuk membuktikan sabda nabi. Walaupun peristiwa itu hanya berlaku 700 tahun setelah itu! Tetaplah mereka mendapatkan ganjaran yang besar kerana menjadi orang yang bersungguh-sungguh membenarkan Rasulullah.

Kisah sebegini tidak ramai masyarakat kita yang arif tentangnya. Maka jadi hairanlah mereka terhadap orang yang bersungguh meyakininya. Dan dilemparkanlah dengan kata-kata seperti sesat dan menyeleweng. Padahal kalau hal ini hendak dipositifkan,cukuplah melihat keyakinan ini bukan disudut akidah. Tetapi lebih kepada khilaf yakni sesuatu perkara yang ada pro dan kontranya,boleh dibincangkan dan sangat boleh bertolak ansur tentangnya. Sepertilah kita cukup sporting terhadap mereka yang belum sepenuhnya mengikuti syariat Tuhan,dengan harapan Tuhan akan membuka hatinya suatu saat kelak,mengapa tidak kita juga bertoleransi dalam hal yang seumpama ini?

Maafkan saya andai pandangan peribadi ini mencetus rasa kurang senang dihati para pembaca. Tidak salah rasanya melontar pendapat. Sebarang komen sangat dialukan.

                                                       Jibah dah pandai pegang tasbih!




















Comments

Anonymous said…
assalamualaikum...saya Awis Arkani, nak bertanya, kamu ni anak kepada Allahyarham Abuya ka?

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...