Skip to main content

Lagi-lagi sesat!

Hampir seminggu jugak stall masak panas tak beroperasi sebab semuanya sibuk fokus shooting untuk Teater Haji Akbar. Jadi bila nak mula balik ni memang berserabutlah sikit. Jualan,belian,keluar masuk semua dah tak berhala. Maka malam tadi aku sempatkan diri jengah ke mat'am untuk pastikan apa-apa yang boleh dibantu. Alhamdulillah semuanya lancar. Chef Rizal tetap datang bertugas walaupun sakit gigi muka bengkak sebelah. Menu baru ayam golek diusahakan oleh Kimi yang baru datang dari chalet. Sempat juga aku membebel kat Jun melihatkan kelembapannya bersiap untuk goreng Ayam Ikhwan. Ayam baru nak potong,rempah tak bubuh lagi,lepastu baru perasan tepung habis. Yaallah..geramnyalah haii.. Nasib baiklah pandai dia berhujah maka redalah kemarahan dan selesailah masalah. Moga-moga semuanya akan bertambah baik. Dah tak lama pun stall ni. Bulan dua karang dah tak boleh nak operasi lagi. Waktu tu dah masuk musim umrah. Semua tenaga perlu dicurahkan pada katering. Dengarnya tahun depan sekali ganda lagi sibuk dari tahun ni. Adui tak terbayanglah macamana. Haritu pun rasanya dah tak sanggup..

Balik dari mat'am macam biasalah seluruh jasad,baju dan seangkatan dengannya akan berbau segala jenis masakan. Dahlah bilik panas aircond tiba-tiba tak boleh on pulak. Nasib baik cuaca dah agak sejuk. Kalau tak,mau aku tidur dalam kolam! Sambung sikit editing yang belum selesai dari pagi. Macamnilah aku..nak harap orang mengajar ngedit semuanya sibuk. Kalau nak belajar dengan krew kena turun bawah. Malasla! Susah-susah aku belajar dari youtube je. Berhasil alhamdulillah..tapi level budak sekolah rendah jela. Jadila dari takde kan? Usaha tangga kejayaan..!

Entry aku akhir-akhir ni memicu ramainya orang untuk bertanya soalan-soalan yang berkisar permasalahan sesat. Hmm..aku pun bingung nak jawab. Kalau aku jawab tak sesat,nanti adalah pihak yang akan terus mengatakan sesat. Kalau jawab sesat pulak,macam kelakarlah kan. Sebab aku tak rasa yang kami ni sesat. Hehe..macamana? Rasanya tulisan-tulisan aku tu dah boleh difahami serba sikit kot tentang pegangan kami ni. Macamnilah..kepada yang masih bertanya-tanya dan sememangnya ikhlas nakkan jawapan,aku rasa lebih baik korang kajilah dengan lebih mendalam tentang semua ni. Yang paling baik,tanyalah kepada Tuhan. Buat solat hajat ke istikharah ke..apa-apalah. Mudah-mudahan diberikan jawapan. Dan kepada yang sudah begitu yakin akan kesesatan kami,doakanlah moga Tuhan betulkan dan selamatkan kami. Doa tu kan senjata paling ampuh. Rasanya tak perlulah kita bergaduh-gaduhkan? Dunia sekarang dah dipenuhi dengan segala macam bentuk permusuhan,kebencian. Tak perlu kot kita menambah lagi. Andai ada yang baik,ambillah. Yang buruk,tinggallah. Mudah bukan?

Oklah..aku pun dah segar balik sebab dah mandi. Entah elok ke tidak mandi malam-malam ni. Tapi tak sangguplah tidur dengan bau dapur. Mata dah layu. Sampai ketemu..

Comments

Anonymous said…
Terima kasih kak Khaulah.. Sy faham situasi kakak. Sy akan cuba kaji sendiri lah ye.. Apa2 pun, jzkk. Sy sebagai saudara seislam akan sentiasa mendoakan yg terbaik utk kak. Moga terus hidup berlandaskan islam, insyaAllah diredhaiNya dunia akhirat. :)
Anonymous said…
Like this...
Anonymous said…
Baru 12.30am, xdela lewat sangat :-D
Luar biasa Abuya didik putra-putrinya

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...