Mawaddah vs Kpop

Friday, November 2, 2012
Kumpulan nasyid Mawaddah yang awalnya hanya 4 orang ahli,terpaksa dibuat penambahan anggota memandangkan permintaan yang cukup tinggi waktu itu. Mawaddah menjadi satu-satunya kumpulan yang kurang menonjolkan personal artisnya,tapi lebih mengetengahkan nama kumpulan itu sendiri. Maka terwujudlah Akademi Mawaddah yang didalamnya ada lebih 50 remaja perempuan yang terlibat didalam bidang seni dan budaya. Daripada bidang suara,bermain alat muzik,production,marketing dan lain-lain semuanya diurus sendiri oleh para pelajar dibawah Akademi Mawaddah. Kalau artis lain tidak mudah menembusi pasaran Indonesia,namun Mawaddah mempunyai sekelompok peminat tersendiri disana. Begitu juga dengan negara seperti Australia,Eropah dan lain-lain.

Ditengah kerancakan bergelanggang kesana kemari,kita terpaksa akur dengan kehendak pihak berwajib yang telah mengeluarkan surat pekeliling untuk semua stesen tv dan radio juga semua pihak supaya tidak memberi kerjasama kepada kumpulan Mawaddah yang dipercayai SESAT. Walaupun banyak pihak yang sangat ingin bekerjasama dengan Mawaddah,malah tv3 sendiri pernah meminta video tour kita di Eropah,mereka terpaksa melupakan hasrat itu kerana takut melanggar arahan pihak berkuasa. Hingga pernah Mawaddah terpaksa menukar namanya kepada Hawra' demi membolehkan aktiviti berjalan seperti biasa,namun setelah itu tetaplah mendapat tentangan. Kita akur. Tanpa bantahan. Walaupun dalam hati dan fikiran penuh tanda tanya.

Mawaddah dikatakan sesat. Kalaulah saya diberi peluang bertemu dengan seorang pegawai agama yang bertanggungjawab menyesatkan semua ini,dan dia berfikiran TERBUKA untuk berbincang,ingin sekali saya tanyakan apakah definisi sesat itu? Kerana saya kurang memahami apakah maksud sebenar kesesatan yang didakwa itu. Adakah kerana imej yang dibawa? Atau lirik yang disampaikan?

Kalau nak cerita tentang imej,saya rasa kita perlu rombak semula sistem hiburan dinegara kita. Kerana para artis yang tidak dikatakan sesat dan diberi ruang yang besar untuk berkarya,imej mereka tidak pun menepati syariat yang digariskan oleh TUHAN? Itupun boleh saja kita beri kerjasama dan kebebasan. Malah siapa boleh nafikan bahawa drama dan filem kita atau program hiburan yang ada sekarang ni sebenarnya lebih banyak membawa kepada keburukan. Tidak sedikit isu artis yang bersikap keterlaluan,berpakaian kurang sopan dan sebagainya tapi hal itu tidak pun dilihat sebagai satu masalah. Adalah beberapa mufti beri pandangan,lepastu boleh jalan macam biasa. Tidaklah sampai artis itu dilarang untuk menjadi artis atau terus dipecat. Oh..sangat bertimbang rasa. Tetapi kenapa Mawaddah tidak mendapat peluang yang sama ya?

Tujuan saya meluahkan ini bukanlah kerana ingin menuntut keadilan jauh sekali untuk menyaman pihak tertentu. Sebab situasi ini sudah biasa kita lalui. Abuya dan Ummu di ISA 10 tahun tanpa bicara,tanpa perbincangan pun kita boleh terima. Tak bantah,tak protes pun. Sekali pun tak pernah buat demo macam pengikut Anwar Ibrahim. Rasanya kita cukup ok dengan semua layanan ini. Cuma sajalah nak tanya badan agama di Malaysia,sebenarnya macamana? Kalau kami nak pergi jauh macam Dato' Siti tu kami kena buat apa? Kena pakai serkup separuh ke? Atau lirik-lirik kami yang EXTREME sangat memuja Tuhan tu perlu dikurangkan keextremannya? Kita puja oranglah pulak. Asyik puja Tuhan je. Begitu ke? Sebab hairan jugak.. Persembahan kita diluar negara cukup mendapat sambutan. Malah rasa macam tak sangka bila sekarang di Perancis dah ada yang kenal Mawaddah dan hafal lagu Merci mon dieu. Tv dan radio mereka pun cukup berbangga untuk menemu bual kumpulan Mawaddah. Video klip kita dah sering diambil oleh Tv Jordan,Turki,Jerman dan seangkatan dengannya. Hmm.. Adakah mereka ni bodoh,dungu,kolot tak tau mana yang sesat dan tidak? Malah sering kita terlibat dengan program anjuran badan-badan agama di Jordan,Syria dan lain-lain yang didalamnya ada ulama-ulama yang cukup disegani. Atau ulama-ulama tu pun nak kena mengaji balik sebab tak dapat mengesan kesesatan Mawaddah? Ish..

Sekarang ni fenomena Kpop sedang melanda negara kita. Jutaan ringgit dihabiskan untuk membawa kumpulan pujaan ramai ini ke Malaysia. Kpop tu kalau tak silap bukan islam. Orang kafir. Malah ada antara mereka yang menganut aliran gothik yang jelas bertentangan dengan agama dan budaya kita. Namun mereka sangatlah beruntung kerana diberikan sambutan selamat datang yang cukup baik. Ahlan wasahlan dengan tangan yang terbuka. Semua pihak ok-ok saja. Hai..orang kafir lebih baik dari Mawaddah rupanya. Huhu.. Rasa macam double standard pun ye jugak. Eh tapi takpelah..kita tak kisah pun. Sebab kat luar negara sendiri pun kita dah cukup sibuk memenuhi undangan. Negara sendiri tak terima,Tuhan buatkan banyak lagi negara yang sudi. Terima kasih Tuhan.

Kalau badan agama Malaysia memang tak senang dengan setengah kefahaman kita(yang tak pernah pun ditanyakan secara cukup professional atas nama agama),rasanya agama artis-artis kita yang ada pun apa kurangnya. Mereka diberi hak untu berkemban kerana tuntutan skrip.. Mawaddah belum pernah berkemban pun. Kita bukanlah mahu persoalkan sejauh mana beragamanya orang lain,cuma nak bandingkan sikit-sikit je. Tuhanlah yang lebih tau.

Kadang terfikir jugak,apakah kerana takutkan pengaruh yang ada pada Mawaddah yang diasaskan oleh Abuya ini akan melebar keseluruh masyarakat dan membuatkan kurangnya pengaruh terhadap badan agama yang ada? Minta maaf kalau salah meneka..

22 comments:

Anonymous said...

SubhanaALLAH masyaALLAH ...Maha Suci ALLAH SWT yang menciptakan segala sesuatu berpasangan;cukup siang malam sebagai tanda kekuasaan ALLAH SWT peringatan bagi yang berfikirQS.
bagaimana menentukan perbedaan Terang Nur cahaya siang bila tak ada pekat gelap malam dalam kata lain semakin pekat gelap tentu akan mempertegas eksistensi cahaya sunnahnya Terbit Matahari Fajar di Timur bersamaan terbenam Matahari di Barat
dimana di antara kedua kejadian alamiah tersebut memiliki perbedaan ruang yang sangat substansi serta signifikan efeknya dalam objektif sistem kinerja konstelasi rasional alam kehidupan ataupun subjektif perilaku emosional mahhuk hidup.
Saat terang terbitnya Matahari seluruh alam bergerak bangun terjaga hidup produktif teroksidasi positive energy menyegarkan cara berfikir lebih objective sebaliknya terbenam matahari gelap negative energy menidurkan kontraproduktif proses karbondioksida, sensitive emosional cara berfikir lebih subjective.
Demikian sekedar pendapat pribadi atss perbedaan warna ruang prespektif antara siang dan malam dalam tatanan kehidupan khususnya manusia.
Apresiasi terbaik hanya pada Rasulullah Muhammad SAW asbab beliaulah alam tercipta; Pijar cahaya mentari dhuha sumber kesuburan ekspresi kehidupan serta kelembutan cahaya purnama bulan menerangi kalam ilmu inspirasi kehidupan
wallahualam

M.D. said...

walaupun mawaddah disekat oleh sesetengah pihak tetapi mawaddah tetap subur dihati paminat2 (ana). teruskan usaha mawaddah!

Puteri Olis said...

sangat berpuashati dgn jawapan kak olah...kalau boleh nak seluruh rakyat malaysia yg membuat tntangan baca tntng nih...nampak sngat ketidakwarasan berfikir....dunia oh dunia...

Anonymous said...

hebatnya saudari khaulah membangunkan mawaddah ye...:)


http://abuyaidol.blogspot.com

Anonymous said...

Terima kasih Khaulah atas post ni.
Memang sangat bersetuju dgn apa yg khaulah nukilkan. Saya pilih utk dengar Power Kaabah instead of Kpop yg sesat lg menyesatkan tu. Teruskan menulis krn ramai silent reader yg slalu baca cerita2 terkini kalian di sana. Ilal liqa'

Ahmad Soffian said...

Itulah...sedih nak kata... Orang Islam Malaysia sibuk berpolitik sehingga anak muda dah makin jauh dari Allah.. Dunia ini titi akhirat, lambat laun kita akan mati juga. Ramai yang tidak sedar maut sudah terlalu dekat dgn kita.

Jentayu said...

Kakak, saya ingin share post ini di blog saya ya.. Terima Kasih

Erra Kyra said...

minta izin . nak kopi. ^^

joe batu 3 segari said...

Salam..sy pemude yg berasal dr kmpg batu 3 segari lumut perak..dlm kmpg sy ni,pemude2 semuenye knl mawaddah..pada hal dieorg mcm pemude2 yg lain jgk..merempit,nakal dn mcm2 lg perngai remaje dieorg..knpe dieorg bleh minat mawaddah?pdhal takde pn kuar tv..sy ade 5 album mawaddah..knpe sy bleh ade byk album korng?artis yg top,yg slalu keluar tv..1 album dieorg pn sy takde..ini menunjukn tuhan kite maha adil..jgn lah bimbng wahai saudara ku,ujian datng bagai peluru,mungkin tak tertempis oleh dirimu..maka percayelah ade hikmah disebalik awan yg menurunkn hujan..salam..

joe batu 3 segari said...

Salam..

emi nizam said...

salam..khaulah n gang x perlu gundah gelana dgn sekatan rasmi pihak berkuasa kerana hati2 masyarakat tidak dapat mereka sekat terutamanya untuk berhubung dengan sesuatu yang mendekatkan dan mengingatkan diri mereka kepada Tuhan. saya sendiri x pasti sejak bila saya kenali mawaddah tp sejak album ptama lagi saya mmg da dengarkan lagu2 berkenaan. jika ada show area lembah klang saya hadiri, malah penah d putrjaya awal 2000-an saya hadir 3 malam beruturt tatkala mawaddah berpersembahan. apapun, saya doakan moga x sedkit masa lagi kalian bebas menonjol d media2 massa malaysia..insya Allah.

Anonymous said...

assalamualaikum....teruskan perjuangan kalian kerana Allah....insyaAllah jika betul niatnya...Allah akan bantu...

~kisah balqis~ said...

ketidak adilan sering berlaku di dlm usaha menegakkan kebenaran krn manusia itu lebih mengutamakan kepentingan diri n kehendakkan nafsu lebih dr segalanya

ahmad azlan said...

saya salah seorang yang mengikuti perkembangan Al-Arqam,Abuya,Mawaddah,dan seangkatan dengannya. saya yakin ianya satu dn membawa akidah yang sama. saya juga penggemar ilmu tasawuf.

tetapi khaulah,saya telah membuat berbagai-bagai kajian dan menjumpai banyak fakta dan bukti yang sebenarnya jadual Allah itu tidak pernah tidak terjadi.tidak ingat kisah dahulu di mana seorang yang bernama Azura yang tidak dikenali menjadi penghubung antara Abuya dan Rasulullah dalam peristiwa Jadual Tuhan yang dikatakan tersebut.

pihak Global ikhwan juga tidak dapat menjawab kenapakah Abuya meninggal dunia sebelum sampainya masa jadual Allah swt itu berlaku dan masih diulang-ulang oleh Ummu Jah. Benarkah ia ghaib?ataupun ia sudah meninggal dunia sehinggakan dalam majlis penerangan Ummu Jah tersasul beberapa kali menyebut meninggal dunia dan ghaib.

Berkenaan tengan aurad muhammadiah, negeri sembilan sekarang adalah negeri yang melindungi orang2 yang mahu bertarikat,maka kenapakah tidak mahu mendaftar disana di bawah enakmen tariqat tasawuf jikalau benar aurad muhammadiah itu dan benar yang syeikh suhaimi itu benar imam mahdi yang ditunggu2.

kemudian Ummu Jah mengulang2 perkataan bergabung dengan Rasulullah saw, Rasulullah saw itu siapa?tidak adakah orang lain sebelum Syeikh Suhaimi dan Abuya yang soleh lagi alim tak pernah pula menjadi pilihan Allah swt untuk bergabung dengan Rasulullah saw?mungkin anda belum membaca kitab2 tarikh qurra' yang menunjukkan mereka ini sangat soleh dan amalan mereka sehingga tidak dapat kita jangkau dengan diri kita sendiri.

Jangan marah jikalau orang menuduh kita sesat jikalau kita sendiri tidak mampu memberikan jawapan ke atas apa yang kita dakwakan.kerana dosa kesesatan lebih besar dari dosa segalanya.sekadar sebuah persoalan ke atas global ikhwan.tentang lagu dan muzik saya tiada komen,bagus dan keep it up

sayangilah abuya,dia sedang diadili oleh tuhan di sana.janganlah dakwan2 yang global ikhwan sendiri tidak dapat menjawabnya akan menyusahkan abuya di alam sana.

salam

joe batu 3 segari said...

Salam..

anjangmuor said...

Ada album terbaru tak?

Khaulah bt Hj Asaari said...

Terima kasih buat semua yang terus mendukung dan mendoakan. Semoga Tuhan membalasi dengan segala kebaikan. Album insyAllah sedang dalam pembikinan. Doakan agar semuanya lancar..

Khaulah bt Hj Asaari said...

Oh ya..tentang persoalan sesat,rasanya tak timbul soal kita tidak menjawab persoalan msyrkt. Kalau memang ada yg dtg berbincang,pasti kita akan mnjwb. Sepanjang diMekah,ramai yg dtg sendiri kerumah dan brtanyakan semuanya dan alhmdulillah mrk puas dgn jwpn,dismping melihat sendiri apa yg kita bangunkan.. Saya ada melampirkan beberapa entry lg sbg jwpn LAGI. Tuhanlah yg mnjadi saksi kpd semua ini..mhn maaf klu tdk berkenan..

Studiokini said...

nk sangat tengok mawaddah bangkit mcm dulu.sekarang dah xtau berita ttg mawaddah.dulu album mudah ja beli tp sekarang dah xtau album mawaddah yg mana yang terbaru

man abg ngah said...

sy sbnrnya bngge dgn olah n group mawaddah..kuat smgat..dlu sy x thu psal mawaddah ni tp d sbb kn sorg kwn ni bg sy dgr lgu2 mawaddah,sy rse ssuatu smp sy ase nk jgk thu lbh detail psl mawaddah ni..kt blog ni ade tjwb srba ckt psoalan sy..sdih bla dpt thu phk bwjib wt mcmni kt mawaddah..alhamdulilah,ALLAH d bg rzki yg mlimpah kt mawaddah..sy nk sgt jupe n tgk show mawaddah d mlaysia ni.mm..tp ape kn daya..mawaddah xde kt sni..btl ke???.nsib la dpt jgk upload lgu2 mawaddah ni..nk cri cd pny la susah kt cni...smuga ALLAH brkati sgale urusan yg d lkukan mawaddah skalian...i luv uolss.

Anonymous said...

Salam Ukhuwah dari Indonesia . . .

Sudah tau "Mawaddah" semenjak Tahun 2002-an kalau tidak salah di Indonesia, tapi sampai sekarang sama sekali belum mengenal nama-nama personil dari "Mawaddah" yang 4 orang, jikalau berkenan bisa diberitahukan siapa-siapa namanya . . .

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya baru saja mendengar lagu2 lama Mawaddah dalam bulan puasa lalu. Agak lambat juga saya jumpa kumpulan ini, walaupun saya ada perasan semasa browsing lagu nasyid di youtube. Mungkin sebb tak pernah dengar nama Mawaddah, hingga satu hari saya "terclick" lagu "Luruskan Hatiku". Part chorus saya dah start menangis, sampai hujung. Tak berhenti di situ, saya terus dengar lagu2 Mawaddah yg lain, spt Kalau Tuhan Dikenali, Terima Kasih Tuhan, dll. Terus saya menangis lagi, walaupun saya lelaki, ahh tak kisahlah, lelaki pun manusia juga, heheh!. Lirik Mawaddah memang tulus dan meresap ke jiwa. Sekali sekala saya cuba share lagu2 anda dgn rakan2 sepejabat saya, penerimaan, suam2 kuku saja. Tak tahulah...mereka nampaknya lebih gemar muzik mainstream, Kpop, Hollywood yg makin lama makin menjauhkan diri dari mengingat Tuhan yg Esa. Teruskan berkarya, pasti Allah SWT ada balasannya utk segala kepayahan anda semua.