Skip to main content

Barulah aku faham..

Aku ni memanglah jarang ambil tahu tentang perkembangan politik Malaysia mahupun dunia. Entahlah..kurang berminat. Tapi boleh pulak akhir-akhir ni minat terhadap politik tu tiba-tiba menjelma. Bukanlah aku rasa nak ikut bertanding pilihanraya pun,cuma aku ada rasa tertarik untuk ambil tahu apa sebenarnya yang berlaku didalam dunia politik. Selama ni sibuk pasal dunia artis je. Huh!

Bukan apa,Abuya memang banyak tulis tentang orang politik ni. Dalam sajak atau bukunya,pasti akan ada diselitkan tentang politik. Gambaran yang Abuya berikan perihal orang politik tu sebenarnya aku tak terbayang pun. Sebab memang kurang ambil tahu. Ada juga tokoh-tokoh besar politik dari dalam dan luar negara yang datang jumpa Abuya memohon panduan dan sebagainya. Dalam setiap ucapan Abuya terhadap mereka,biasanya Abuya banyak membidas mereka. Bidasan kasih sayang sudah tentunya! Tak kurang juga yang datang mengajak Abuya untuk tubuhkan parti politik memandangkan pengaruh yang Abuya ada. Tapi Abuya menolaknya dengan berkata,politik bukan cara saya. Bahkan Al Arqam dulu pernah ada yang cuba tawarkan kerusi dalam parlimen. Tapi Abuya tegas dengan prinsipnya bahawa politik bukan caranya.

Jadi akhir-akhir ni rajinlah aku mencari-cari video di Youtube nak tengok perkembangan politik di Malaysia. Yaallah...sakit jantung aku melihatnya. Aku takla sangka macamtu sekali. Aku terbayang taklah parah sangat. Sebab memang selama ni aku heran bila ramai sangat orang cakap yang keadaan politik Malaysia semakin meruncing. Malah yang bercakap tu ialah orang-orang besar negara,para pemerhati politik dan juga bahagian keselamatan. Aku tak bayanglah teruknya macamana. Yang paling terkejut bila tengok debat parlimen mahupun debat/gaduh mulut sewaktu berkempen. Maki hamun,caci mencaci,jatuh menjatuhkan,mencarut,baling batu,bertumbuk..aduii.. Setahu akula,waktu belajar moral/akhlak dari sekolah tadika lagi pun,kita diajar tak boleh bergaduh. Kalau kawan cubit,kita kena sabar. Tak boleh cubit balik. Kena kasih sayang. Tak boleh jerit-jerit. Mencarut lagilah tak boleh!

Kalau gaduh,macamnila kan..?
Tapi bila tengok orang tua yang bergaduh,secara terbuka,pemimpin negara pula tu..sedih.. Pemimpin beginikah yang nak disandarkan nasib rakyat? Nak bergantung hidup didunia pun dah tak percaya,boleh ke nak bergantung hidup diakhirat? Semuanya sama je pulak tu. Yang cakap islam pun sama naik je nampaknya! Hilang profesional mereka. Jadi tak bernilai. Padahal semua tu bertaraf Yb,Dato',Tan sri,ulama'! Hmm.. Apalah nak jadi. Patutlah Abuya tak suka sangat dengan politik. Barulah aku faham..

 

Comments

khairunnisa said…
politik malaysia sentiasa merisaukan rakyat..=(

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Baina Urdun wa Sa'udi

" Eh korang! Dah lama tak makan maqlubah kan? Teringinnya.." Selera makan dah mula naik perasan orang mengandung mengidam macam-macamla tu. " Aah laaa.. Jom kita minta Hamoudeh ma'zum kita nak? " Sahut lagi sorang pencinta makanan. " Jommm...!" Semua mereka bersorak girang. Kami adik beradik bolehlah dikategorikan spesis manusia yang pantang. Pantang nampak makanan maka akan bergeloralah jiwa raga. Sudahlah begitu,malah akan makan apa saja selagi halal. Suka makan tu mazmumah. Tapi mudahan kami masuk kategori mereka yang suka meraikan orang yang masak lalu akan makan dengan berselera sehingga orang yang jamu berasa bahagia. Aminn.. Bukanlah nak cerita tabiat makan kami yang telah pun diketahui umum itu. Tapi nak buat sedikit analisa tentang perbezaan adat diantara orang arab Jordan dan Saudi. Terkait makanan. Eh Kalau dihitung betul-betul aku ni dah ulang alik Jordan tu adalah dekat 11tahun. Kalaulah aku ada anak,maka anak aku tu dah darjah 5....

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...