Kumpulan nasyid Mawaddah yang awalnya hanya 4 orang ahli,terpaksa dibuat penambahan anggota memandangkan permintaan yang cukup tinggi waktu itu. Mawaddah menjadi satu-satunya kumpulan yang kurang menonjolkan personal artisnya,tapi lebih mengetengahkan nama kumpulan itu sendiri. Maka terwujudlah Akademi Mawaddah yang didalamnya ada lebih 50 remaja perempuan yang terlibat didalam bidang seni dan budaya. Daripada bidang suara,bermain alat muzik,production,marketing dan lain-lain semuanya diurus sendiri oleh para pelajar dibawah Akademi Mawaddah. Kalau artis lain tidak mudah menembusi pasaran Indonesia,namun Mawaddah mempunyai sekelompok peminat tersendiri disana. Begitu juga dengan negara seperti Australia,Eropah dan lain-lain.
Ditengah kerancakan bergelanggang kesana kemari,kita terpaksa akur dengan kehendak pihak berwajib yang telah mengeluarkan surat pekeliling untuk semua stesen tv dan radio juga semua pihak supaya tidak memberi kerjasama kepada kumpulan Mawaddah yang dipercayai SESAT. Walaupun banyak pihak yang sangat ingin bekerjasama dengan Mawaddah,malah tv3 sendiri pernah meminta video tour kita di Eropah,mereka terpaksa melupakan hasrat itu kerana takut melanggar arahan pihak berkuasa. Hingga pernah Mawaddah terpaksa menukar namanya kepada Hawra' demi membolehkan aktiviti berjalan seperti biasa,namun setelah itu tetaplah mendapat tentangan. Kita akur. Tanpa bantahan. Walaupun dalam hati dan fikiran penuh tanda tanya.
Mawaddah dikatakan sesat. Kalaulah saya diberi peluang bertemu dengan seorang pegawai agama yang bertanggungjawab menyesatkan semua ini,dan dia berfikiran TERBUKA untuk berbincang,ingin sekali saya tanyakan apakah definisi sesat itu? Kerana saya kurang memahami apakah maksud sebenar kesesatan yang didakwa itu. Adakah kerana imej yang dibawa? Atau lirik yang disampaikan?
Kalau nak cerita tentang imej,saya rasa kita perlu rombak semula sistem hiburan dinegara kita. Kerana para artis yang tidak dikatakan sesat dan diberi ruang yang besar untuk berkarya,imej mereka tidak pun menepati syariat yang digariskan oleh TUHAN? Itupun boleh saja kita beri kerjasama dan kebebasan. Malah siapa boleh nafikan bahawa drama dan filem kita atau program hiburan yang ada sekarang ni sebenarnya lebih banyak membawa kepada keburukan. Tidak sedikit isu artis yang bersikap keterlaluan,berpakaian kurang sopan dan sebagainya tapi hal itu tidak pun dilihat sebagai satu masalah. Adalah beberapa mufti beri pandangan,lepastu boleh jalan macam biasa. Tidaklah sampai artis itu dilarang untuk menjadi artis atau terus dipecat. Oh..sangat bertimbang rasa. Tetapi kenapa Mawaddah tidak mendapat peluang yang sama ya?
Tujuan saya meluahkan ini bukanlah kerana ingin menuntut keadilan jauh sekali untuk menyaman pihak tertentu. Sebab situasi ini sudah biasa kita lalui. Abuya dan Ummu di ISA 10 tahun tanpa bicara,tanpa perbincangan pun kita boleh terima. Tak bantah,tak protes pun. Sekali pun tak pernah buat demo macam pengikut Anwar Ibrahim. Rasanya kita cukup ok dengan semua layanan ini. Cuma sajalah nak tanya badan agama di Malaysia,sebenarnya macamana? Kalau kami nak pergi jauh macam Dato' Siti tu kami kena buat apa? Kena pakai serkup separuh ke? Atau lirik-lirik kami yang EXTREME sangat memuja Tuhan tu perlu dikurangkan keextremannya? Kita puja oranglah pulak. Asyik puja Tuhan je. Begitu ke? Sebab hairan jugak.. Persembahan kita diluar negara cukup mendapat sambutan. Malah rasa macam tak sangka bila sekarang di Perancis dah ada yang kenal Mawaddah dan hafal lagu Merci mon dieu. Tv dan radio mereka pun cukup berbangga untuk menemu bual kumpulan Mawaddah. Video klip kita dah sering diambil oleh Tv Jordan,Turki,Jerman dan seangkatan dengannya. Hmm.. Adakah mereka ni bodoh,dungu,kolot tak tau mana yang sesat dan tidak? Malah sering kita terlibat dengan program anjuran badan-badan agama di Jordan,Syria dan lain-lain yang didalamnya ada ulama-ulama yang cukup disegani. Atau ulama-ulama tu pun nak kena mengaji balik sebab tak dapat mengesan kesesatan Mawaddah? Ish..
Sekarang ni fenomena Kpop sedang melanda negara kita. Jutaan ringgit dihabiskan untuk membawa kumpulan pujaan ramai ini ke Malaysia. Kpop tu kalau tak silap bukan islam. Orang kafir. Malah ada antara mereka yang menganut aliran gothik yang jelas bertentangan dengan agama dan budaya kita. Namun mereka sangatlah beruntung kerana diberikan sambutan selamat datang yang cukup baik. Ahlan wasahlan dengan tangan yang terbuka. Semua pihak ok-ok saja. Hai..orang kafir lebih baik dari Mawaddah rupanya. Huhu.. Rasa macam double standard pun ye jugak. Eh tapi takpelah..kita tak kisah pun. Sebab kat luar negara sendiri pun kita dah cukup sibuk memenuhi undangan. Negara sendiri tak terima,Tuhan buatkan banyak lagi negara yang sudi. Terima kasih Tuhan.
Kalau badan agama Malaysia memang tak senang dengan setengah kefahaman kita(yang tak pernah pun ditanyakan secara cukup professional atas nama agama),rasanya agama artis-artis kita yang ada pun apa kurangnya. Mereka diberi hak untu berkemban kerana tuntutan skrip.. Mawaddah belum pernah berkemban pun. Kita bukanlah mahu persoalkan sejauh mana beragamanya orang lain,cuma nak bandingkan sikit-sikit je. Tuhanlah yang lebih tau.
Kadang terfikir jugak,apakah kerana takutkan pengaruh yang ada pada Mawaddah yang diasaskan oleh Abuya ini akan melebar keseluruh masyarakat dan membuatkan kurangnya pengaruh terhadap badan agama yang ada? Minta maaf kalau salah meneka..

Comments
bagaimana menentukan perbedaan Terang Nur cahaya siang bila tak ada pekat gelap malam dalam kata lain semakin pekat gelap tentu akan mempertegas eksistensi cahaya sunnahnya Terbit Matahari Fajar di Timur bersamaan terbenam Matahari di Barat
dimana di antara kedua kejadian alamiah tersebut memiliki perbedaan ruang yang sangat substansi serta signifikan efeknya dalam objektif sistem kinerja konstelasi rasional alam kehidupan ataupun subjektif perilaku emosional mahhuk hidup.
Saat terang terbitnya Matahari seluruh alam bergerak bangun terjaga hidup produktif teroksidasi positive energy menyegarkan cara berfikir lebih objective sebaliknya terbenam matahari gelap negative energy menidurkan kontraproduktif proses karbondioksida, sensitive emosional cara berfikir lebih subjective.
Demikian sekedar pendapat pribadi atss perbedaan warna ruang prespektif antara siang dan malam dalam tatanan kehidupan khususnya manusia.
Apresiasi terbaik hanya pada Rasulullah Muhammad SAW asbab beliaulah alam tercipta; Pijar cahaya mentari dhuha sumber kesuburan ekspresi kehidupan serta kelembutan cahaya purnama bulan menerangi kalam ilmu inspirasi kehidupan
wallahualam
http://abuyaidol.blogspot.com
Memang sangat bersetuju dgn apa yg khaulah nukilkan. Saya pilih utk dengar Power Kaabah instead of Kpop yg sesat lg menyesatkan tu. Teruskan menulis krn ramai silent reader yg slalu baca cerita2 terkini kalian di sana. Ilal liqa'
tetapi khaulah,saya telah membuat berbagai-bagai kajian dan menjumpai banyak fakta dan bukti yang sebenarnya jadual Allah itu tidak pernah tidak terjadi.tidak ingat kisah dahulu di mana seorang yang bernama Azura yang tidak dikenali menjadi penghubung antara Abuya dan Rasulullah dalam peristiwa Jadual Tuhan yang dikatakan tersebut.
pihak Global ikhwan juga tidak dapat menjawab kenapakah Abuya meninggal dunia sebelum sampainya masa jadual Allah swt itu berlaku dan masih diulang-ulang oleh Ummu Jah. Benarkah ia ghaib?ataupun ia sudah meninggal dunia sehinggakan dalam majlis penerangan Ummu Jah tersasul beberapa kali menyebut meninggal dunia dan ghaib.
Berkenaan tengan aurad muhammadiah, negeri sembilan sekarang adalah negeri yang melindungi orang2 yang mahu bertarikat,maka kenapakah tidak mahu mendaftar disana di bawah enakmen tariqat tasawuf jikalau benar aurad muhammadiah itu dan benar yang syeikh suhaimi itu benar imam mahdi yang ditunggu2.
kemudian Ummu Jah mengulang2 perkataan bergabung dengan Rasulullah saw, Rasulullah saw itu siapa?tidak adakah orang lain sebelum Syeikh Suhaimi dan Abuya yang soleh lagi alim tak pernah pula menjadi pilihan Allah swt untuk bergabung dengan Rasulullah saw?mungkin anda belum membaca kitab2 tarikh qurra' yang menunjukkan mereka ini sangat soleh dan amalan mereka sehingga tidak dapat kita jangkau dengan diri kita sendiri.
Jangan marah jikalau orang menuduh kita sesat jikalau kita sendiri tidak mampu memberikan jawapan ke atas apa yang kita dakwakan.kerana dosa kesesatan lebih besar dari dosa segalanya.sekadar sebuah persoalan ke atas global ikhwan.tentang lagu dan muzik saya tiada komen,bagus dan keep it up
sayangilah abuya,dia sedang diadili oleh tuhan di sana.janganlah dakwan2 yang global ikhwan sendiri tidak dapat menjawabnya akan menyusahkan abuya di alam sana.
salam
Sudah tau "Mawaddah" semenjak Tahun 2002-an kalau tidak salah di Indonesia, tapi sampai sekarang sama sekali belum mengenal nama-nama personil dari "Mawaddah" yang 4 orang, jikalau berkenan bisa diberitahukan siapa-siapa namanya . . .