Bernafsu

Friday, February 15, 2013

Malam kian larut. Mataku masih terkebil-kebil. Arghh.. Sukarnya untuk lelap. Tiba-tiba.. Aduh..

Segera ku capai iphone 5 ditepi bantal. Tak mampu ditahan. Ku toleh kiri dan kanan. Aku layari laman web yang tak sepatutnya aku buka lebih-lebih lagi ditengah malam yang sepi ini. Ku tatap gambar-gambar didalamnya sepuasnya. Walau hanya gambar namun tetap mampu melepas rindu..sedikit.. Aku bahkan telah lupa bilakah kali terakhir aku menikmatinya.

Ampunkan aku Tuhan. Aku gagal.. Aku tak mampu.. Lemah melawan nafsu..

Sate Tembusuuuuuuu.. Hanya melihat gambarmu cukup mengubat rindu.. Tidak adakah yang sudi mengirimkannya kesini untukku?

Konon nak dietla kan?! Tengah malam ini kerja kau? Kejamnya kau oh perut yang berkeriuk kelaparan. Tidooo!!

 

5 comments:

Anonymous said...

haha..suspen jer cter...buad sndiri jer satay tu..

Khaulah bt Hj Asaari said...

Masalahnya perut tembusu lembu susah dapat..

Anonymous said...

xpe sis..blik mlysia la..nnt blh mkn puas2...d mekah lembu ada ke xde?

Anonymous said...

Siannye k.olah....

Anonymous said...

Kt sini da sampe x lalu....hihi