Main redah saja!

Saturday, February 23, 2013
Didalam mengajak manusia,atau dalam bahasa yang biasa digunakan ialah berdakwah,perkara apakah yang paling penting untuk kita lakukan dahulu agar dakwah kita diterima? Kerana tugas mengajak manusia ini tidak mudah. Kalau silap caranya,kita akan dianggap hendak 'mengajar' atau dikatakan konon merasa diri alim. Sudahnya,benda yang baik tapi dikeranakan tidak disampaikan dengan baik,maka orang pun tidak melihat ianya sebagai baik.

Tuhan jadikan setiap kita bersama latar belakang yang berbeza. Pengalaman hidup,pendidikan,kesusahan,kegembiraan yang dilalui setiap kita tidak sama. Maka pendekatan atau cara setiap orang juga pastilah berbeza juga. Untuk mendapatkan (perhatian) manusia,kita perlu mendapatkan hatinya terlebih dahulu. Untuk mendapat hati,kita perlulah menggunakan hati. Apakah fitrah hati? Mencintai Tuhan adalah satu fitrah. Ia wujud didalam hati setiap manusia,dan manusia sangat senang dengannya. Cuma cara melahirkan cinta kepada Tuhan itu yang berbeza.

Mari kita lihat bagaimana Nabi akhir zaman melakukannya didalam usaha dakwah Baginda. Perkara pertama yang dilakukan ialah mengenalkan TUHAN agar Dia dicintai oleh semua manusia. Cinta kepada Tuhan itu kelak akan menghasilkan rasa ingin melakukan segala yang dikehendaki Tuhan dan meninggalkan segala larangannya. Itulah syariat. Bagaimana kita boleh mengajak orang bersyariat sedang hatinya belum pun kenal Tuhan,apa lagi mencintaiNya? Syariat jadi berat bilamana manusia belum dapatkan Tuhan. Tapi bila Tuhan sudah benar-benar dihati,seberat apapun syariat itu,pasti akan mampu dilaksanakan.

Maka langkah pertama didalam berdakwah ialah Tuhan dahulu yang wajib dikenalkan. Bukankah awal-awal agama mengenal Allah? Tidak usahlah kita kisahkan tidak bertudungnya dia,seksi bajunya,sebaliknya berfikirlah untuk menanamkan Tuhan dulu dihatinya. Haruslah diingat bahawa kuasa merubah hati manusia itu bukan ditangan kita. Tuhanlah yang berkuasa melakukannya. Kerana itu didalam usaha menarik manusia kearah kebaikan,doa adalah hal terpenting yang mesti dilakukan. Kita berusaha sekuatnya,kemudian serahkan urusan itu kepada Tuhan.

Abuya sering didatangi pelbagai golongan. Pembesar negara,orang politik,artis,korporat,bahkan sekumpulan mak nyah pun pernah datang menemui Abuya. Bukan Abuya tak tahu jenis manusia yang dihadapannya itu. Tak pakai tudung,baju terdedah,pergaulan bebas,rasuah,berzina dan bermacam kejahatan lagi yang dilakukan,namun tak pernah Abuya menyinggung semua itu. Kerana Abuya tahu untuk merubah manusia,hati merekalah yang perlu diikat terlebih dahulu kepada Tuhan. Abuya tak pernah sibuk tentang syariat mereka. Abuya hanya akan bercerita tentang Tuhan saja. Hasilnya,bila hati mendapat sentuhan Tuhan,maka sedikit demi sedikit mereka sendiri yang akan merubah cara hidup mereka tanpa ada yang memaksa.

Tapi sayang,banyak orang yang tersalah langkah didalam berdakwah. Awal-awal lagi sudah lantang bercakap tentang syariat. Menyindir-nyindir bahkan sampai menghina mereka yang dilihat tidak sempurna syariatnya. Silapnya.. Pendekatan semacam itu sebenarnya hanya akan membuatkan orang makin jauh dari Tuhan. Bayangkan saja..kita tidak mengenali seseorang itu,tapi kita diarahnya untuk buat itu dan ini. Mampukah kita mengikutnya? Padahal kalau hati dah sayang,tanpa disuruh pun terus saja kita laksanakan. Samalah seperti orang yang tak kenal Tuhan tapi disuruh beramal dengan syariat Tuhan. Mahu ke dia? Kita nak ajak orang makan kenduri pun kena jemput elok-elok,bagi kad jemputan dan sebagainya. Inikan pula hendak mengajak orang kepada agama!

Syariat yang indah ialah bila diamalkan dari hati yang benar takut dan cintakan Tuhan. Bukan sekadar luaran saja,tapi hati juga ikut bersyariat. Hasil dari akidah dan syariat yang tepat ialah orang yang melihat terasa keindahannya. Negara Saudi contohnya dilihat paling ketat mengamalkan syariat. Tapi kenapa Saudi tidak pun dilihat sebagai negara islam contoh? Syariat yang mereka jadikan undang-undang itu bahkan dilihat sebagai satu penindasan dan dunia sangat prejudis dengannya. Tidak pun mampu menggambarkan islam yang sebenar. Inilah yang terjadi bila syariat dilaksanakan tidak dengan hati. Hanya kerana takutkan undang-undang manusia,bukan kerana takutkan Tuhan.

Kerana itu didalam menyampaikan dakwah,hati kitalah dulu yang perlu diubah. Periksalah hati.. Apakah ia sudah sepanjang masa dengan Tuhan? Kalau belum,malulah dengan diri sendiri. Sesungguhnya Allah itu melihat jauh ke dasar hati,bukan pada luaran peribadi.

Wallahu a'lam..


3 comments:

bintukamil said...

Salam kak khaulah.. saya juwairiyah.. saya minta izin akak untuk copy article akak ni kat fb saya.. saya akan letak alamt blog akak sekali.. lau akak dah izinkan baru saya letak.. syukran atas perkongsian yg sgt bermanfaat kak.. Mohon doakan saya kat bumi Sabah ni ya kak.. syukran jzkk..

Khaulah bt Hj Asaari said...

Ye silakan...

Anonymous said...

salam k olah...saje nk share..
penceramah pas yg agak famous skrg...tgk n nilaikn sendiri ye

http://www.youtube.com/watch?v=wcqBUFBb6Gg