Hajat

Friday, February 22, 2013

Lepas subuh dalam keadaan mengantuk tapi cuba ditahan-tahan supaya tak tertidur,tiba-tiba Ummu panggil makan. Cepat-cepat lari ke dapur.

Hah? Betul ke apa yang mata aku nampak ni. Gosok-gosok..takut mamai. Waahhh.. memang betullah..

Sate Tembusu yang tersenyum
Awesome kan?

Kat Mekah ni apa yang dihajat memang akan dapat ye? Baru je haritu mengidam cicir liur nak sate tembusu ni. Tiba-tiba muncul. Siap dengan pakej tambahan tongkeng ayam goreng lagi. Benar-benar menceriakan hidup anda.. Terima kasih Tuhan. Terima kasih Kak Norlia. Susah-susah je bawak. Durian pun adaa..

Gambar haruslah ditempek dua kali!

Sebelum terlupa nak ucap jutaan billionan tenkiu kepada semua yang telah bersusah payah mengirimkan barang pada kami diperantauan ni. Ada yang dikenali pengirimnya,ada juga yang tidak mahu mendedahkan identitinya. Tup tup dapat tudung depan pintu bilik bertulis nama Khaulah. Telekung dapat sampai dua helai. Tuhan ganti telekung yang adik aku Fah gadai.

Korangg syukran tauuu.. Moga tuhan balasi semuanya. Kini almari kami secara berjemaah sungguh meriah. Alhamdulillah..

Bahagia
Pasaraya
:-)

 

1 comments:

nur athiqah said...

kak olah bagi la saya ckit.....bahagia nampak...stok makanan tuk berapa ari 2 he2