Selalu Ada..

Monday, February 11, 2013
Sudah sering ku ulang pada diri
Tuhan itu melihat hati
Bukan pada zahirnya peribadi..

Sudah sering ku pujuk hati
Andai dirimu tersakiti
Ingatlah janji yang kau patri
Bahwa hidup itu untuk mati..

Setiap duka
Setiap airmata
Tuhan sedang 'senyum disana'
Melihat tingkahmu bagaimana..

Tak mungkin ku damba dunia yang sementara
Inginku lepaskan semuanya demi syurga
Aku tagih bahagia pasca derita
Ku yakini Tuhan takkan mempersia..

Untuk kesekian kalinya
Ku adukan pada yang SELALU ADA
Tidak ku alirkan airmata
Selain untuk Dia yang sentiasa bersama..

Kabulkanlah..


3 comments:

Erra Kyra said...

amin...=')


*nice poem

Anonymous said...

Jadikanlah ia sebuah lagu
Pasti syahdu
Tak sabar nak tunggu
Menjadikan IA ada selalu
Selalu rindu
Seorang ghurabak iaitu aku

Khaulah bt Hj Asaari said...

Sudi jg erra singgah sini..

InsyAllah akan dibuat lagu..