Skip to main content

Fanatik taksub gila!

Selalu mereka bertanya,kenapa taksub sangat dengan Abuya? Kenapa bertuhankan Abuya? Bapak engkau tu sesat,dah mati! Apasal agungkan lagi? Hmm..kalau ikutkan memang malas nak jawab. Sebab rasanya kalau jawab pun bukanlah selesai masalah. Malah akan menambah masalah. Jawapan hanya untuk orang yang bertanya,tidak untuk orang yang nak buat naya. Tapi try jelah tulis.

Ayah..siapa yang tak sayang ayah? Sayangkan ayah itukan fitrah. Bila ianya fitrah,walaupun kadang-kadang ada kes ayah aniaya anak,tapi bukan mudah untuk anak membenci ayahnya sendiri. Apa lagilah jika ayah itu tidak ada salahnya. Salah sebagai manusia itu biasalah. Siapa yang tak bersalah? La ni dok heboh pasal Shila Amzah,ND lala dan Sharnaaz Ahmad. Maka hampir semua rakyat Malaysia berpendapat bahawa dalam hal ini ayah perlu diutamakan! Automatik!

Dan begitu jugalah dalam hal kami sebagai anak Abuya samada yang darah daging atau yang telah lama menganggap Abuya sebagai ayahnya dan dianggap anak oleh Abuya sendiri. Kita melihat sosok Abuya sebagai idola. Idola tu memang biasanya orang taksub,fanatik. Tapi tidaklah sampai menganggap dianya Tuhan. Dah tu yang orang boleh gila kat Kpop,Siti Nurhaliza,Hollywood,Bollywood semua tu,tak fanatik ke? Tak taksub ke? Walhal idola-idola itu bukanlah sebenar idola pun. Orang yang mengaku Rasulullah sebagai idola pun,nampaknya tidak pun betul-betul taksub dengan Rasulullah! Kalau taksub dengan artis,seluruh gaya rambut,baju,mekap,tudung,kening,kasut semua nak diikutnya. Sanggup perabih beribu bahkan berjuta untuk mendapatkan artis-idola kesayangannya. PSY punya pasal,juta pun jutalah.. Tapi bila kononnya taksub dengan Rasulullah,tidak pula bersungguh-sungguh nak hidup seperti baginda. Malah siapa yang dilihat cuba meniru gaya hidup Rasulullah itu akan dianggap kolot! Itulah sikap kita termasuk aku yang bercakap niha! Oh dunia.. Adilkah?

Berbalik pada cerita tadi.. Kalaulah terhadap orang yang takde kena mengena,darah daging pun takde,itupun boleh serah harta benda,inikan pula dengan darah daging yang disertakan kasih fitrah oleh Tuhan. Lebih-lebihlah lagi. Sepertimana orang hairankan kami yang sangat menyayangi ayah kami,begitu jugalah kami menghairankan orang yang sangat menyanjung fanatik taksub terhadap artis/idola kesayangan mereka. Padahal artis tu bukan kenal dia pun. Sayang pun tak. Walaupun artis memanglah cakap sayang peminat. Tapi kalau peminat kena kejar along pasal berhutang,agak-agak artis boleh tolong ke? Kalau tak boleh,kiranya tak cukup sayanglah tu. Tapi itu pun kita sayang cinta mati. Die hard fan haa!

Kepada orang yang tidak pun memberi manfaat dunia apatah lagi akhirat itupun kita boleh sayang fanatik taksub gila,masyarakat boleh saja terima,mengapa tidak kepada orang yang mengajarkan kita tentang Allah,Rasul dan akhirat? Yang hidupnya berfikir ingin menyelamatkan seluruh keluarga dan orang-orang yang bersamanya untuk dibawa kepada Tuhan.. Kenapa dipersoalkan? Kalau pun kita melihat dia itu sebagai sesat,apakah artis-artis korea,barat dan sebagainya itu tidak sesat? Islam pun tidak mereka itu. Boleh saja kita terima,bahkan sangat diperjuangkan! Siap dapat pangkat datuk lagi.. Mengapa kita berkompromi dengan hal yang ini,tapi tidak untuk yang lain? Tepuk dada tanyalah hati.

Saya kira persoalan yang saya timbulkan ini ialah juga jawapan kepada mereka yang bertanya. Kita memang tidak sempurna. Terlalu banyak yang perlu dibaiki dari masa ke semasa. Maka didalam kekurangan yang ada ini,berlebih kuranglah kita sesama. Janganlah sesiapa dijadikan mangsa kerakusan nafsu kita. Mudah-mudahan dengan itu Tuhan akan sempurnakan juga kita akhirnya..

Maaf bermaafan kita ye..

Comments

Popular posts from this blog

" Kenapa Abuya pukul Jun? "

Alhamdulillah.. Adik beradik aku pun sudi untuk kongsikan kisah mereka bersama Abuya diblog ni. Kalau tak,asyik kisah aku je. Macamlah aku ni anak tunggalkan! Jom dengar apa Jun nak kata. Oh ye.. Jun ni adik paling hyper. Hihi.. Di era arqam jarang sekali duduk bersama Abuya,dek kerana sibuknya Abuya dalam berjuang nk selamatkan hati-hati manusia ke seluruh pelusuk dunia. Nak dijadikan cerita,bila era pengharaman berlaku,maka kami adik beradik yang hingusan dan masih kecil dikumpulkan,barulah episod berumah tangga dengan family yang banyak bersama 4 org mak. Di waktu era Arqam,Jun sendiri dapat merasai kegarangan Ummi. Dulu Ummi memang garang giler,silap sikit je kena bantai dan dimasukkan kepala dalam kolah macam nak putus nafas. Tapi semuanya berubah setelah bertemu kembali di era pengharaman. Memang berbeza watak Ummi hasil didikan Abuya. Ada sekali tu,Abuya tanya kat semua anak-anak yang ada,apa cita-cita kami. Waktu tu masih kecik,ada yang nak jadi askar (tu aku lah) ada yan...

Kembara Paris - Samara part 4

Ahad - 29 September 2019 Denyut Islam di Bohoniki BOHONIKI. Letaknya di timur laut Poland. Kampung kecil yang jalannya sempit bersama beberapa buah rumah kayu di kiri dan kanan. Damai. Jauh dari kesibukan kota. Terasa seperti masuk ke kampung kita di Malaysia. Lebih lagi terasa sayu bila melihat sebuah bangunan kayu yang mungil saja ukurannya bersama halaman yang dihiasi bunga-bunga yang segar mekar. Itulah surau yang menjadi monumen penting kehadiran Islam di Poland. Kampung ini dibangunkan oleh etnik Tartar yang mendapat izin dari raja di waktu itu sebagai membalasi jasa mereka yang setia dengan Poland. Etnik Tartar ini datang ke Poland untuk mencari perlindungan dari perang di negara mereka dan itulah sejarah bagaimana Islam hadir di negara bekas jajahan komunis ini. Keturunan Tartar ini masih wujud di Poland hingga ke hari ini. Cuma tidak tahu sejauh mana mereka masih terikat dengan apa yang dibawa oleh nenek moyang mereka dahulu. Sedang kami asyik bergambar d...

Selingan

Kita buat selingan sikit ye.. "SUDAH LE..INI SEMUA POYO!!!!KO CAKAP BLEH LE... KO ADIK BERADIK TU YG HIDUP SENANG LENANG.. TERBANG SANA SINI MCM ANAK MENTERI, MNGALAH ANAK RAJA. CUBA MCM ORG LAIN DUK SETEMPAT, BUAT KEJE2 YG RUMIT DAN COMOT. KONON MALU MKN KT KAFE, MMG LE MALU SBB DTG TOLONG MAKAN JE, CUBA DATANG TOLONG MASAK XDE LE MALU BATANG HIDUNG TU....KEJE NYANYI BUDAK HINGUSAN BLEH BUAT, CUBA KEJE DUK CUCI PUNGGUNG ANK ORG MAMPU??? XYAH SEBULAN, SEMINGGU CUKUP LE....PIRAHHH!!! INI SEMUA POYO!!!!!" Hah? Terkejut tak tengok ada tulisan besar maki hamun? Ni aku ambil dari ruangan komen pembaca. Tak pastilah hamba Allah ni tertekan caps lock atau memang dia marah sangat dan dia harap dengan tulisan besar ni aku akan faham mesej yang dia nak sampaikan. Rasanya kalau tulisan kecik pun aku faham insyAllah. Kat BB aku,saiz tulisan no 5 je. Kecik tu. Tapi alhamdulillah boleh nampak. Sebenarnya bukan sikit-sikit aku dapat maki hamun macamni. Tapi tak pernah layan. Sebab aku...