Skip to main content

Bukan semua mampu berjuang

Bukan semua orang boleh memperjuangkan kebenaran
Tidak semua orang mampu memperjuangkan Islam
Kerana di dunia ini tidak dijanjikan apa-apa kecuali kesusahan dan penderitaan
Lantaran itu kita lihat di dalam sepanjang sejarah
Para pejuang kebenaran bukan calang-calang orang
Orang yang yakin, siddiq, ikhlas, sabar
Dan mempunyai ilmu yang memandu perjalanan hidup para pejuang
Orang yang setia dan telah menjual dunianya untuk Tuhannya sahaja yang tahan
Orang yang memandang Akhirat itu besar, dunia itu amat hina
Yang mampu berjuang bukan macam berkelah dan piknik-piknik
Berjuang adalah berkorban, berkorban, terkorban
Berjuang memberi tenaga, ini amat meletihkan
Berjuang berhadapan dengan ujian dan cabaran, memerlukan kesabaran
Berjuang adakalanya terbuang, tidak kurang juga ke penjara
Kemuncaknya mati dibunuh orang
Para pejuang bukan senang hendak setia dengan pemimpin
Bukan mudah bersama pemimpin di waktu susah dan senang
Jangan pula apabila kena ujian besar-besaran lari bertempiaran
Apabila di waktu tenang, pemimpin diterima
Orang datang pula kembali berjuang
Apabila di waktu disanjung orang, kita pun macam singa garang
Apabila mendapat kesusahan lari pula tinggalkan pemimpin keseorangan
Nanti apabila terasa kena tipu, perjuangan diterima orang datang pula merayu-rayu ingin bersama
Ini bukan pejuang sejati dan hakiki
Pejuang yang ikhlas sanggup berjuang bersama pemimpin
Di waktu susah dan senang
Tidak mengapa waktu tertentu mengundur diri
Mengatur strategi dan menunggu peluang
Bukan lari kerana menentang
Atau bekerjasama dengan musuh-musuh kebenaran

Nukilan Ayahandaku tercinta..
Sent from my BlackBerry® wireless device from STC

Comments

ABIDLILLAH.. said…
assalamualaikum...
walaupun saya bukanlah pengamal tarekat AM, bahkan pernah dituduh SB oleh seorang ahli AM, tetapi jauh di pelosok hati saya mengkagumi Abuya walaupun sering kali mendengar dan membaca akan 'kesesatan' Abuya dan jemaah GISB daripada pelbagai media massa.. namun, saya masih x dapat menolak hati sy daripada terus mengkagumi Abuya sama ada daripada sajak2 beliau dan sebagainya.. bahkan lagu-lagu nashid yang sering kali saya dengar semasa memandu atau di rumah, ialah lagu-lagu nashid dendangan Mawaddah dan GH sehinggakan saya pernah dicop pengikut arqam,gisb, sesat, tetapi ahli gisb yang pernah rapat dengan saya pula mendakwa saya sebagai musuh atau pengintip yang cuba mencari kesalahan GISB.. entah lah.. Allah lah pemilik hati dan Dia maha mengetahui akan segala-galanya... biarlah apa orang nak kata, saya tetap mengkagumi Abuya dan akan terus mendengar nashid-nashid mawaddah dan GH..

Popular posts from this blog

Kisah selawat

"Kisah Pemuda Yang Suka Berselawat Ke Atas Nabi" Dikisahkan pada zaman Khalifah Umar r.a ada seorang lelaki yang kaya dibidang duniawi dan dia mempunyai tabiat yang buruk disamping itu dia sangat suka berselawat ke atas Nabi S.A.W. Apabila telah tiba ajalnya dia menjadi begitu susah sehingga mukanya menjadi hitam dan apabila orang melihatnya akan merasa takut. Disebabkan masanya semakin hampir maka dia pun berkata ; " Wahai Abu Qasim(Muhammad), sesungguhnya aku telah menyintai kamu dengan memperbanyakkan selawat ke atas kamu." Belum selesai orang itu berkata-kata maka turunlah seekor burung dari atas, lalu menyapu salah satu sayapnya kepada orang itu maka dengan segera wajah orang itu menjadi putih bersih dan berbau harum, Dan akhirnya dia meninggal dunia dengan syahadat. Apabila orang ramai membawa jenazah orang itu ke kubur dan meletakkannya di liang lahad, maka kesemua mereka mendengar suara yang berkata: " Sesungguhnya orang lelaki ini tidak

Pantai Timur kami datang!!

Satu pagi,beberapa minit sebelum waktu yang sepatutnya aku bangun sahur,teet teet.. Bunyi bb ku. Bukan teet teet la. Ada bunyi lain entah macamana bunyinya. Dengan mata separa terbuka aku bukaklah bbm itu. " Kamu dan Ajwad ikut Ummu ke Kelantan. Yang lain show di FCH " Haa?? Yaallah.. Terus aku mengetik keypad bold 4 usangku ini yang dah selalu sangat mati sendiri,nak angkat Q10 tak mampu lagi, " Ummu,kami ada 4orang je " Berdebar tunggu keputusan. Dub dub. " Ok semua ikut ke Kelantan. Kamu naik alphard. " Fuhh legaaa.. Ummu bukannya boleh tu. Nampak kami ramai je mulalah tak tahan nak pecahkan kami ke beberapa kumpulan. Aku rasa akhirnya kami semua akan jadi artis solo kot. Sebab Ummu memang nak pastikan betul mesej Allah Rasul ni segera sampai ke tengah masyarakat. Aduii.. Waktu ni rasa macam nak suruh Abg Am dan Kak Picah pun tolong nasyid sekali! Ku sangkakan kami akan menghabiskan sisa-sisa Ramadhan di BCH mahupun FCH,namun perancangan Tuhan mengatasi

" Setiap kuda yang datang,bersamanya kebaikan "

Macamanalah aku boleh terlupa nak share cerita pasal ziarah kami ke stable kuda milik Sidi Hisyam di Jeddah haritu. Kami datang dengan 3 buah kereta yang telah meramaikan suasana pada petang itu. Sidi Hisyam dan keluarga telah mengundang kami sekeluarga untuk makan tengahari dirumah rehat miliknya yang terletak didalam kawasan stable kudanya itu. Makan pulak Nasi Mandi kambing idaman hati. Haish.. Macam biasa lepas makan kami hadiahkan nasyid untuk tuan rumah. Stable kuda milik Sidi Hisyam ini merupakan antara stable yang terkenal disini. Namanya ialah Mazra'ah Sawari. Punyalah besar kawasannya,aku tengok dah macam zoo+stadium bola. Setiap tahun akan diadakan pertandingan kuda (arab) cantik dan penyertaan datangnya dari seluruh Saudi dikalangan kerabat diraja dan orang-orang kaya. Sidi Hisyam sendiri merupakan seorang korporat besar yang memiliki rangkaian perniagaan yang cukup gah. Rasanya kalau sebut nama Sawari tu semua orang kenallah. Perkenalan dengan Sidi Hisyam bermula b